Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 35 Selasa 13 November 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 7) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 (Halaman 34) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 34) Usul Anggaran Pembangunan 2019 (Halaman 34) DR.13.11.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Selasa, 13 November 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Puan Maria Chin binti Abdullah [Petaling Jaya] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa kerajaan masih bergantung kepada cara penahanan preventif (preventive detention) di bawah SOSMA, POCA dan POTA sedangkan Kanun Tatacara Jenayah telah memperuntukkan prosedur tahanan reman bagi kesalahan-kesalahan keselamatan. Menteri Dalam Negeri [Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Tuan Yang di-Pertua, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) merupakan satu undang- undang berbentuk tatacara khas yang digubal di bawah Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi menentang perbuatan subversif dan tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam walaupun undang-undang itu berlawanan dengan mana-mana peruntukan mengenai kebebasan asasi di bawah Perkara 5, Perkara 9, Perkara 10 dan Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan. Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) pula merupakan undang-undang yang berbentuk pencegahan yang juga digubal di bawah Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan. Ketiga-tiga akta ini digubal di bawah Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan pihak berkuasa membawa penjenayah dan pengganas ke muka pengadilan tanpa perlu melalui proses perundangan yang biasa. Ini kerana proses perundangan yang biasa memerlukan beban bukti yang jelas di mana saksi-saksi perlu hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dan diperiksa balas oleh peguam tertuduh. Semua bukti yang dikemukakan hendaklah berbentuk kebolehterimaan ataupun admissibility. Bagi kes-kes yang melibatkan kesalahan keselamatan, keterangan yang diperolehi dari saksi-saksi adalah berbentuk risikan dan tidak boleh didedahkan di mahkamah terbuka demi menjaga keselamatan mereka. Terdapat juga keadaan di mana saksi enggan hadir di mahkamah untuk memberikan keterangan walaupun ditawarkan perlindungan dan identiti mereka tidak DR.13.11.2018 2 didedahkan semata-mata untuk mengelakkan keselamatan diri mahupun keluarga mereka terdedah dan seterusnya terancam. Justeru, undang-undang berbentuk pencegahan digubal di bawah Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan penjenayah atau pengganas ditangkap dan ditahan di suatu tempat untuk dipulihkan melalui suatu modul pemulihan yang bersepadu. Walau bagaimanapun, kerajaan sedar bahawa pelaksanaan undang-undang ini telah menimbulkan pelbagai dakwaan mengenai pelanggaran hak asasi manusia ke atas subjek yang ditahan. Justeru, kerajaan sedang mengkaji semula undang-undang ini untuk tujuan penambahbaikan. Sehubungan itu, jawatankuasa khas dan jawatankuasa teknikal kajian undang-undang berkaitan keselamatan telah ditubuhkan untuk meneliti secara lebih terperinci setiap peruntukan dalam undang-undang yang berkenaan. Antara perkara yang dipertimbangkan oleh kedua-dua jawatankuasa itu ialah ditambah baik untuk tempoh tahanan di bawah akta-akta berkenaan yang dilihat terlalu panjang, kuasa polis berkaitan tangkapan dan siasatan yang dilihat terlalu luas dan boleh disalahgunakan dan judicial intervention termasuk kuasa mahkamah untuk mengadakan semakan kehakiman yang agak terhad. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Puan Maria Chin binti Abdullah [Petaling Jaya]: Terima kasih. Sebelum saya tanya soalan, minta izin to welcome Sekolah Seri Cahaya, Selangor dan juga Cempaka International School Damansara Heights. Terima kasih. [Tepuk] Soalan saya ialah dalam perubahan ini, adakah tempoh masa, time frame? Adakah komiti yang akan ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah ini? ■1010 Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin: Tuan Yang di-Pertua, kita telah pun menubuhkan jawatankuasa teknikal dan sebuah jawatankuasa yang saya fikir penting untuk meneliti semua cadangan yang telah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak dalam siri pertemuan dan juga perbincangan dengan stakeholders ataupun pemegang taruh. Sekarang ini sudah sampai ke peringkat akhir. Kita telah pun menyediakan draf dan kita kemukakan kepada pihak Jabatan Peguam Negara. Saya kira bila selesai dikemukakan kepada kita, kita akan bawa kepada Jemaah Menteri dan selesai di peringkat Jemaah Menteri ataupun Kabinet, akan dibawa ke Parlimen. Memang hasrat saya selaku Menteri yang bertanggungjawab untuk menyegerakan proses itu. Kalau boleh dibawa dalam sesi Parlimen ini, kita bawa di sesi Parlimen ini. Kalau tidak pun paling lewat, saya fikir sesi Parlimen selepas bulan Mac kalau tidak silap saya, insya-Allah. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Saya ingin bertanya. Setakat manakah keberkesanan SOSMA, POCA dan POTA dan berapa ramai penjenayah telah dihukum. Ada berita-berita menyatakan bahawa kerajaan ingin menghapuskan SOSMA ataupun menukar dengan akta yang lain. Terima kasih. DR.13.11.2018 3 Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin: Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua bahawa semua akta yang telah pun dibawa ke Parlimen dan diluluskan dengan berdasarkan kepada Perlembagaan amat penting dan saya kira tanpa ada akta sama ada SOSMA, POCA dan POTA, saya tidak boleh menjamin bahawa negara kita menjadi negara selamat sebagaimana yang kita lihat pada hari ini. Namun begitu, kita perlu meneliti semula akta ini bukan kerana apa tetapi kerana kita nak menentukan supaya tidak ada elemen-elemen yang dianggap menindas ataupun yang bertentangan dengan hak asasi manusia atau yang disebutkan dalam keadaan yang lalu sebagai zalim. Disebabkan itulah, maka kita telah pun menubuhkan jawatankuasa untuk menelitinya. Dalam soal begini, jumlah yang terlibat yang telah pun ditahan di bawah akta kita ini tidaklah terlalu ramai. Saya boleh bacakan ada data yang ada di hadapan saya ini. Kalau ada ditahan di bawah POCA, di pusat pemulihan khas kita ialah seramai lebih kurang– SOSMA lebih kurang seramai 2,000 lebih. Kemudian di bawah POCA seramai 475 orang dan juga demikian dalam bab yang lain itu kurang bilangannya di bawah POTA lebih kurang sembilan orang sahaja. Jadi saya kira langkah ini penting untuk menentukan supaya keadaan kita terkawal dan ini telah pun kita laksanakan dengan sebaik-baiknya berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. 2. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan sekarang untuk memansuhkan hukuman mati sama ada akan memberikan pengecualian kepada jenayah kejam seperti kematian seorang bayi 11 bulan setelah dirogol yang telah dilaporkan baru-baru ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Kuching atas soalan yang begitu relevan dan terkini. Tuan Yang di-Pertua, Jemaah Menteri telah memutuskan secara kolektif pada 10 Oktober tahun ini supaya hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan. Lapan akta tersebut ialah seperti berikut. (i) Kanun Keseksaan; (ii) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37]; (iii) Akta Senjata 1960; (iv) Akta Penculikan 1961; (v) Akta Angkatan Tentera 1972; (vi) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006; (vii) Akta Perdagangan Strategik 2010; dan (viii) Akta Dadah Berbahaya 1952. Susulan daripada keputusan tersebut, memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan ulasan dan juga pandangan berkenaan termasuklah jenayah kejam. Mengenai kes kematian bayi Zara baru-baru ini, kerajaan amat bersimpati, Tuan Yang di-Pertua, dengan ahli keluarga mangsa dan juga mengucapkan DR.13.11.2018 4 salam takziah kepada mereka. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini kelmarin bahawa kes ini adalah dalam siasatan polis. Seperti yang Yang Berhormat sedia maklum, selepas sahaja siasatan selesai oleh pihak polis, kertas siasatan tersebut akan dibawa kepada pihak pendakwa raya untuk meneliti kesemua keterangan dalam kes ini dan akan membuat keputusan untuk menghadapkan suspek-suspek berkenaan untuk didakwa di mahkamah mengikut undang-undang negara ini. Sekian, terima kasih. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Jadi isu ini sangat hangat didebatkan dan mengundang pelbagai kontroversi dan juga salah faham. Bagi saya sesuatu polisi yang baik harus mengambil kira juga conditions on the ground dengan izin dan rintihan rakyat. Jadi saya cadangkan keputusan ini dihadapkan ke Jawatankuasa Khas Parlimen atau select committee agar keputusan dapat dipertimbangkan dan lebih banyak engagement with different stakeholders dilakukan dengan izin. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih. Terima

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    191 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us