Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Selasa, 26 November 2

Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Selasa, 26 November 2

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 26 NOVEMBER 2019, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 15 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1423-MQT0766 Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah pembaharuan yang telah dilakukan pentadbiran baru NAFAS dan apakah masalah-masalah dan kepincangan yang berlaku di dalam NAFAS sebelum ini. 2. PR-1423-MQT0757 Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bila hasil kajian Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) akan dibentangkan dan sejauh mana ia akan mempengaruhi sistem persekolahan negara pada masa akan datang. 3. PR-1423-MQT0761 Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah dasar semasa kelulusan program "Malaysia My Second Home" (MM2H) di bawah jawatankuasa MOTAC dan Kementerian Dalam Negeri dan berapa kelulusan dan tunggakan kes MM2H untuk tahun 2019 dan sama ada semua kelulusan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa yang ditentukan. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 26 NOVEMBER 2019, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 62 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1423-L05853 Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana kemajuan yang telah dicapai oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik. 2. PR-1423-L06482 Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan tong sampah “Roll On Roll Off” (RORO Bin) di kawasan petempatan rumah panjang di kawasan luar bandar Sarawak bagi menggalakkan amalan kebersihan yang baik. 3. PR-1423-L06922 Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimana Kementerian Kesihatan dalam menangani isu kekurangan MENTARI di Sabah untuk meningkatkan kesejahteraan sosial rakyat di Sabah. AUM DR 26/11/2019 2 4. PR-1423-L06221 Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan berapa jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan mengapakah promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 ini dilihat kurang memberangsangkan terutamanya di media massa dan media sosial. 5. PR-1423-L06584 Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah Kementerian akan mengkaji semula kadar bayaran kepada penerbit drama/cerekarama dan dokumentari yang tidak sesuai lagi kini kerana kadar terdahulu sudah terlalu lama tidak disemak selain peningkatan kos produksi. Kadar bayaran yang terlalu rendah inilah yang menyebabkan mutu drama di tv menjadi lesu dan hanya berkisar tentang cinta yang membosankan penonton. 6. PR-1423-L06792 Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah yang terkini diambil oleh Kementerian untuk menggerakkan badan dunia dan serantau bagi menyambung pelaksanaan repatriasi pelarian Rohingya untuk kembali ke tanah air mereka di Myanmar. 7. PR-1423-L07077 Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah terdapat sebarang cadangan penguatkuasaan terhadap penggunaan rokok elektronik atau “vape” khususnya dalam kalangan pengguna bawah umur 18 tahun. 8. PR-1423-L07055 Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai semua syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) serta syarikat-syarikat GLIC dan GLC di bawah kawalan Kementerian Kewangan yang dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu dan menyatakan perbandingan gaji mereka dengan gaji CEO yang terdahulu. 9. PR-1423-L06624 Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah pakej pelancongan istimewa dan kerjasama pintar dengan persatuan pengusaha pelancongan syarikat penerbangan dan badan korporat bagi mempromosi pelancongan negeri Sabah, terutama Parlimen Tenom sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. 3 AUM DR 26/11/2019 10. PR-1423-L06264 Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapa jumlah rumah kampung dan rumah panjang yang telah dan akan dibaik pulih di Parlimen Tanjong Manis dalam tahun 2019. Apakah bantuan baik pulih ini masih diteruskan. 11. PR-1423-L07151 Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah Kementerian ada menyediakan rangka kerja bagi penambahan pencawang telekomunikasi di kawasan Nanga Kumpang, Jelukong, Merio Tambak, SK Batang Ai, Ensawang, Kumpang Paoh, Kumpang Langgir, Ulu Engkari, Nanga Entalau Skrang dan Nanga Menjuau Skrang yang mana kawasan ini tidak mendapat liputan telekomunikasi dengan baik. 12. PR-1423-L06722 Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah sebenar tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang perlu dibayar selepas siasatan dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. 13. PR-1423-L05771 Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa bilangan graduan kedoktoran yang telah diambil bekerja secara kontrak dan apakah nasib mereka atau bagaimana Kementerian membantu mereka selepas kontrak tamat . 14. PR-1423-L06778 Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkara yang menyebabkan pihak Kementerian mengambil langkah membatalkan kontrak 33 syarikat Bumiputera yang membekalkan perabot kepada semua agensi Kerajaan di seluruh negara. 15. PR-1423-L06846 Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan secara terperinci mengenai aktiviti pelancongan di negeri Perak dari segi jumlah pelancong dan keuntungan yang diperoleh. Apakah usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menaik taraf dan memajukan destinasi atau pusat-pusat pelancongan di negeri Perak. AUM DR 26/11/2019 4 16. PR-1423-L06484 Datin Mastura binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah kerjasama Kementerian dengan Kementerian Pendidikan dapat membendung pelajar-pelajar sekolah daripada membeli rokok elektronik (vape) secara efektif memandangkan penjual- penjual vape terlalu ramai dan sebahagiannya mungkin tidak berdaftar sebagai penjual vape secara sah. 17. PR-1423-L06255 Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah wang daripada 1MDB yang telah dapat dipulangkan ke negara kita setakat ini. Nyatakan negara-negara yang telah memulangkan wang 1MDB tetapi dijangka berbuat demikian dalam masa yang terdekat. 18. PR-1423-L07195 Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan ketika ini Kementerian telah membenarkan penubuhan Syarikat Koridor Utiliti di negeri-negeri "sebagai penghubung di antara Majlis Daerah dengan swasta". Langkah ini sedikit sebanyak telah membebankan pemaju-pemaju kerana mereka mengenakan bayaran perkhidmatan yang agak tinggi sedangkan untuk mendapatkan kelulusan, pemaju-pemaju terpaksa membuat perkiraan sendiri dan tidak membantu kepada pemaju-pemaju perumahan. 19. PR-1423-L06743 Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah perkembangan Program PeKa B40 dan setakat ini berapakah bilangan terkini yang mendapat manfaat daripada program ini khususnya di negeri Sabah. 20. PR-1423-L05940 Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memulihkannya. 5 AUM DR 26/11/2019 21. PR-1423-L06089 Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah formula bagi Kerajaan Persekutuan menentukan peratusan pemberian penambahan hasil kepada Kerajaan Negeri. Adakah akan dipertimbangkan peningkatan peratusan bagi negeri-negeri berpendapatan rendah seperti yang dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 September 2019. 22. PR-1423-L06750 Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) akan siap sepenuhnya dan berapa peratuskah pembinaannya sehingga sekarang. 23. PR-1423-L06654 Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah wang Kerajaan Pakatan Harapan sudah diguna untuk menyelamatkan Tabung Haji, FELDA dan 1MDB sehingga kini. 24. PR-1423-L06364 Tuan Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) statistik kediaman mewah, kos sederhana dan kos rendah yang tidak terjual; dan (b) justifikasi penganjuran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) kepada warga asing bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual. 25. PR-1423-L06980 Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan Kempen Pemilikan Rumah 2019 atau "Home Ownership Campaign" (HOC) 2019 sebagai salah satu inisaitif perumahan di bawah Bajet 2019 dalam mengurangkan jumlah hartanah yang tidak terjual di dalam pasaran. 26. PR-1423-L05798 Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    24 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us