PROGRAM PENGAWASAN COVID-19 NEGERI SELANGOR Selangor menunjukkan tren laporan kes COVID-19 harian yang tinggi selama beberapa minggu ini. Faktor yang amat membimbangkan adalah apabila rakyat Selangor yang dijangkiti COVID-19 tetapi tidak mengetahuinya, atau diistilahkan sebagai silent carriers. Mereka ini adalah golongan yang tidak bergejala dan sihat. Golongan ini amat merisaukan kerana mereka boleh menularkan dan menjangkiti kumpulan yang berisiko tinggi. Bagi memulakan Fasa Mitigasi Wabak Pandemik COVID-19 Negeri Selangor, Pelan Tindakan Kesihatan Awam Negeri Selangor akan melaksanakan program pengawasan melalui langkah active case detection ataupun mengenal pasti kes secara aktif. Program saringan COVID-19 ini akan berlangsung bermula 8 Mei 2021 di DUN Kajang dan DUN Semenyih dan akan berlangsung sehingga 10 Jun 2021 yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Saringan percuma ini akan dilaksanakan di dua DUN setiap hari dan akan meliputi seluruh 56 DUN yang terletak di dalam negeri Selangor. Program ini akan memberi manfaat dan peluang kepada rakyat negeri Selangor yang berisiko, pernah menjadi kontak dengan pesakit COVID-19, bergejala dan juga rakyat yang bimbang tentang status mereka. Diharap dengan program ini, rakyat Selangor akan mengambil langkah proaktif dengan menjalani saringan di kawasan- kawasan di seluruh negeri Selangor mengikut tarikh yang ditetapkan dan memainkan peranan untuk mengurangkan wabak COVID-19 di negeri Selangor. DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI Dato’ Menteri Besar Selangor 4 Mei 2021 Lampiran 1 – SENARAI LOKASI DUN DAN TARIKH SARINGAN KOMUNITI COVID-19 DAERAH DUN TARIKH SEMENYIH 8/5/21 KAJANG SUNGAI RAMAL 9/5/21 BALAKONG HULU LANGAT TERATAI 10/5/21 DUSUN TUA LEMBAH JAYA 11/5/21 PANDAN INDAH BUKIT ANTARABANGSA 18/5/21 HULU KELANG SUNGAI TUA 19/5/21 GOMBAK SETIA GOMBAK RAWANG 20/5/21 TAMAN TEMPLER KUANG 21/5/21 SERI KEMBANGAN SERI SERDANG 22/5/21 KINRARA SUBANG JAYA 23/5/21 SERI SETIA TAMAN MEDAN 24/5/21 BUKIT GASING PETALING KAMPUNG TUNKU 25/5/21 BANDAR UTAMA BUKIT LANJAN 26/5/21 PAYA JARAS KOTA DAMANSARA 27/5/21 KOTA ANGGERIK BATU TIGA 28/5/21 MERU SEMENTA 29/5/21 SELAT KLANG BANDAR BARU KLANG 30/5/21 KLANG PELABUHAN KLANG PANDAMARAN 31/5/21 SENTOSA SG. KANDIS 1/6/21 KOTA KEMUNING DENGKIL SEPANG 2/6/21 SG. PELEK SIJANGKANG 3/6/21 KUALA BANTING LANGAT MORIB 4/6/21 TANJONG SEPAT DAERAH DUN TARIKH SG. BURONG 5/6/21 PERMATANG KUALA BUKIT MELAWATI SELANGOR 6/6/21 IJOK JERAM 7/6/21 BATANG KALI HULU HULU BERNAM SELANGOR 8/6/21 KUALA KUBU BHARU SG. AIR TAWAR 9/6/21 SABAK SABAK BERNAM SUNGAI PANJANG 10/6/21 SEKINCHAN .
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages3 Page
-
File Size-