Ebook Cinderella Di Aidilfitri.Pdf

Ebook Cinderella Di Aidilfitri.Pdf

Cinderella di Aidilfitri PERSIAPAN HARI RAYA √ Baju kebaya tiga pasang √ Selendang untuk ke kubur dan masjid √ Beg tangan baru √ Kasut baru yang sangat cantik lagi vogue ia tersenyum sampai nampak gusi bila Dsahaja melihat senarai persiapan hari raya semuanya serba sempurna. Baju- baju kebaya sudah siap digantung dalam almari. Selendang warna putih berlabuci Ain Maisarah itu pula boleh dipadankan dengan warna ketiga-tiga baju kebaya. Tapi itu semua tidak sehebat merenung lama kasut raya tahun ini. Kasut yang diperolehi dengan berkat usaha memujuk semanis mulut serta merayu sepenuh jiwa. Hampir satu bulan dia menabur kata-kata pujuk rayu. Segala penat lelah berjaya juga bilamana kasut idaman jenama GUESS by Marciano sudah sah jadi miliknya! Nanti bolehlah dia berbangga-bangga sampai kembang-kembang hidung depanahli The Wannababes yang lain! Ah! Seronoknya raya kali ini! Diana merenung lama ke arah wajah ibunya, Puan Suraya. Mata pantang 2 Cinderella di Aidilfitri selang lima saat, akan menjeling tajam barang sekali dua. Tak cukup dengan itu, mulutnya muncung boleh disimpul jadi riben hadiah krismas. Wajah Diana benar- benar menunjukkan riak tak puas hati lagi memendam rasa sakit hati! “Mama…. adik tak mahu ikut!” Buat kali ke-dua puluh tujuh dia menyuarakan protes hatinya. Puan Suraya yang sedang membetul- betulkan selendang di hadapan cermin jadi terkaku seketika. Dia menjeling Diana daripada biasan imej cermin. “Adik jangan nak mengada-ngada! Mama kata ikut, ikut sajalah!” “Adik tetap tak mahu ikut. Petang ni ada siaran langsung konsert raya Akademi 3 Ain Maisarah Fantasia! Please mama!” Diana mencuba nasib lagi memujuk. Diana memang sudah hafal benar dengan semua senarai rancangan program TV sempena raya tahun ini. Pukul 2.00 petang ada Chit Chat Istimewa Raya Azwan Ali. Itu salah satu rancangan kegemaran Diana. Pukul 4.00 petang pula ada konsert reunion khas Akademi Fantasia. Semua pelajar dari musim pertama hingga musim kelima akan beraksi. Diana betul- betul tak mahu ketinggalan mellihat keletah Vince, Zahid, Mawi, Faizal dan Mila. Semua johan pertandingan Akademi Fantasia dari musim pertama hingga musim ke lima akan beraksi. Lebih menggamatkan suasana, pengacara kekal AF iaitu Aznil Hj. Nawawi juga tak 4 Cinderella di Aidilfitri mahu kalah. Aznil sudah mengumumkan mahu menyanyikan dua lagu raya! Mesti ketawa tak kering gusi melihat telatah Aznil! Tetapi dalam banyak-banyak, Diana amat ternanti-nanti kemunculan Dafi yang sangat cute-mute. Diana memang gilakan Dafi sejak bermulanya musim kelima Akademi Fantasia. Malah Diana sering mengingatkan rakan-rakan The Wannababes yang lain supaya memanggilnya dengan nama gelaran baru iaitu ‘DiFi’ (gabungan nama Diana- Dafi). Menggedik sungguh! Diana juga mati-mati tak mahu dipanggil dengan gelaran biasanya iaitu ‘Di’ seperti kelaziman. Begitulah kroniknya minat dan angau Diana terhadap Dafi! 5 Ain Maisarah Diana terlalu tertunggu-tunggu siaran khas ASTRO kali ini. Mulanya ingatkan dia dapat menonton dengan tenang kerana sejak mula takbir raya sampai ke tengahari, Diana akur dengan semua rencana aktiviti beraya bersama keluarga. Tetapi Diana bagai terkena serangan sakit jantung bila Puan Suraya membuat pengumuman mahu menyambung lagi lawatan beraya di rumah datuk dan nenek saudara pula pada sesi petang! “Adik….dengar cakap mama. Raya cuma setahun sekali. Inilah masanya nak melawat saudara-mara kita.” “Tapi mama…. konsert reunion AF pun setahun sekali!” Bibir Diana kelihatan setiap saat makin muncung ke hadapan. 6 Cinderella di Aidilfitri “Kenapa adik asyik pentingkan TV? Sampai di kampung pun ingat nak tengok TV saja!” Puan Suraya menjeling anak bongsunya itu. “Pagi tadi adik dah ikut lawat ke kubur. Adik pergi semua rumah pakcik-makcik. Petang ni adik nak duduk rumah. Please mama.” Diana mencuba nasibnya lagi. Puan Suraya menghentikan seketika aktiviti mengoles pemerah pipi pada kedua belah tulang pipinya. Dia merenung lama wajah Diana. “Adik nak kasut raya mahal, mama dah belikan. Harga kasut GUESS adik lebih mahal dari harga kasut raya mama. Adik ingat lagi janji-janji adik pada mama?” Diana mengangguk lemah. “Ingat.” “Apa janjinya?” 7 Ain Maisarah “Sepanjang tahun mesti jadi anak yang mendengar kata.” Puan Suraya tersenyum menang. “Hah! Ingat pun! Mama dah tunaikan permintaan adik nak kasut raya mahal tahun ni. Adik pula mesti tunaikan janji jadi anak yang mendengar kata. Sekarang dengar arahan mama, pergi bersiap. Kita nak ke rumah Tok Alang Mat Win.” Diana mengeluh perlahan. Nampak- nya Dafi kesayangannya terpaksa dikorbankan semata-mata kerana janji- janji terdahulu Diana yang terlalu mahukan kasut GUESS! Sebenarnya kasut GUESS itu bukanlah dibeli kerana mahu digayakan sewaktu hari raya. Lagipun Diana tahu sangat sepupu- sepupu di kampung semua jenis 8 Cinderella di Aidilfitri tak pandang jenama. Asal cantik di mata, mereka pasti ikhlas memuji. Mereka juga takkan bersusah payah mahu melihat label jenama kasut yang letaknya pun dibawah kaki. Tujuan sebenar Diana mahukan kasut GUESS itu kerana mahu memastikan dirinya tidak kalah bergaya jika dibandingkan dengan ahli The Wannababes yang lain. Dia yakin Fasharina bt Tan Sri Hisham, ketua The Wannababes akan menggayakan sesuatu yang unik lagi mahal. Shasha naib presiden The Wannababes juga pasti tampil hebat dengan kasut berjenama. Maklum sahaja, Shasha anak bekas model terkenal Singapura iaitu Datin Rina Kirana. Mudah sahaja bagi Shasha mahu mendapatkan segala barangan 9 Ain Maisarah berjenama yang dikehendakinya. Linda, Sazzy, Fazura dan Nana juga pastinya masing-masing bergaya hebat raya tahun ini. Diana tidak boleh ketinggalan! Dia salah seorang ahli kumpulan paling popular di Sekolah Menengah Sri Bangsar. Penampilannya mesti stylo dan setanding ahli The Wannababes yang lain! Ah! Sedihnya terasa menusuk jiwa! SituasiDiana kini bagaikan ditelan mati mak, diluah mati bapak. Jika dia memilih Dafi, maka kasut GUESS pasti dalam bahaya. Mama mungkin akan menarik balik kasut tersebut dengan serta-merta. Jika Diana memilih menyelamatkan kasut GUESS, maka hilanglah peluang mahu menyaksikan Dafi beraksi. 10 Cinderella di Aidilfitri Aduh! Pening betul! “Kenapa adik termenung lagi? Cepatlah siap. Lepas Zohor kita terus sambung beraya ke rumah saudara- mara.” Lamunan panjang Diana diganggu oleh suaraarahan Puan Suraya. Diana memandang sayu ke arah Puan Suraya. Dia mahu mencuba nasib buat kali terakhir. “Mama…. adik nak duduk rumah. Nak tengok ASTRO. Bolehlah mama.” Puan Suraya sekali lagi terhenti dari menyolek wajah. Kali ini matanya lebih tajam merenung. Bibirnya diketap geram. “Asyik-asyik nak tengok ASTRO, nak tengok ASTRO…..nak tengok ASTRO! Hari raya pertama pun tak mahu ziarah saudara-mara sebab nak tengok ASTRO. Jangan sampai balik KL 11 Ain Maisarah nanti mama buang kuali ASTRO rumah kita!” Puan Suraya mula mengugut gaya merbahaya. Diana makin menunduk. Dia tahu harapannya amat tipis. Dia perlu menerima ketentuan takdir, tidak akan dapat melihat rancangan TV yang sekian lama dinanti-nanti! Rumah Tok Ngah dan Nek Senah menjadi destinasi ketiga lawatan hari raya. Rata- rata semua rumah menghidangkan lauk- pauk cap boria belaka. Ketupat, rendang, biskut raya dan sirap. Diana mengerling ke arah jam tangannya. Sudah pukul 3.45 petang! Bermakna tinggal 15 minit sebelum konsert AF bermula! Keluhan maha berat 12 Cinderella di Aidilfitri dilepaskan. Sudah terikat lagi tersimpul kaki dan tangannya, tidak mampu berbuat apa-apa. Terpaksa membiarkan minit-minit terakhir sebelum rancangan yang dinanti dipancarkan secara langsung ke kaca TV. Diana memandang ke arah mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan. “Dulu mak kamu tu, bila disuruh mengaji macam-macam alasan diberi. Sakit perutlah, sakit gigilah, sakit kukulah. Liat betul!” Nek Senah mengimbas kembali kisah-kisah lama zaman Tok Kaduk. Encik Naimi yang mendengar tergelak besar. Dia turut menyampuk mengata isteri sendiri. “Sampai sekarang pun 13 Ain Maisarah tak berubah, Nek! Bila nak memasak, masa itu jugalah tangan rasa lenguh, lutut rasa nak tercabut, badan rasa nak demam!” Puan Suraya tersipu-sipu malu bila rahsianya didedahkan. Kakak dan abang Diana turut tergelak kuat. Siapa sangka mama mereka juga kaki putar belit alam waktu zaman muda remaja! Namun gelak tawa serta gurau senda itu tidak sedikit pun mampu mencairkan muncung kebal tanda tak puas hati Diana. Sesekali dia sedar mata Puan Suraya menjelingnya tajam. Bagai memberi peringatan supaya menjaga tingkahlaku ketika di rumah orang. Pasti mama mahu dia berlakon memaniskan muka di hadapan saudara mara. Diana rasa nak menjerit geram! Dia nak balik tengok TV! Membuak- 14 Cinderella di Aidilfitri buak betul kemarahan hinggakan Diana tidak langsung mengucap sepatah kata di rumah saudara-mara yang dilawatinya. Yang penting padanya, hanyalah mahu menyaksikan konsert AF! Memang Diana betul-betul kena demam kemaruk AF! 4.45 petang. Sudah 45 minit konsert berlangsung. Diana rasa nak tercabut jantung dan sesak nafas bila teringatkan betapa dia sudah terlepas menyaksikan telatah mencuit hati Aznil Hj Nawawi. Adam mungkin sudah selesai berjoget lambak dengan penuh gaya. Mawi mungkin sudah habis menyanyi merdu. Dafi pula sudah pasti tersenyum manis mengalahkan madu sepanjang beraksi di atas pentas. Aduh, seksanya! 15 Ain Maisarah “Mama….. ada berapa banyak rumah lagi kita nak pergi?” Diana bertanya dalam nada suara bosan yang terlebih dos. Puan Suraya memandang ke kerusi penumpang bahagian belakang. Dengan nada menyindir dia menjawab. “Ada banyak

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    34 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us