Bersatu Pinda Perlembagaan Parti Sebelum Pemilihan Malaysiakini 28 Jun 2019 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Akan Memper

Bersatu Pinda Perlembagaan Parti Sebelum Pemilihan Malaysiakini 28 Jun 2019 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Akan Memper

Bersatu pinda perlembagaan parti sebelum pemilihan Malaysiakini 28 Jun 2019 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memperkukuhkan perlembagaan sedia ada menerusi proses pindaan yang dijangka dilakukan pada bulan hadapan sebelum melaksanakan pemilihan parti itu, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya. Beliau, yang juga Timbalan Menteri Luar, berkata pindaan perlembagaan yang akan dilakukan menerusi mesyuarat agungnya itu akan melibatkan perubahan besar beberapa klausa dalam perlembagaan sedia ada. "Pindaan perlembagaan ini penting untuk parti sebelum kita ingin menetapkan tarikh pemilihan cawangan dan bahagian. "Jadi kita tidak mahu media terlalu fokus tentang pemilihan Bersatu kerana sebagai parti yang baharu berusia kira-kira dua tahun, masih banyak perlembagaan yang perlu diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Melaka dan Pejabat Bersatu Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Melaka, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pemilihan Bersatu yang sepatutnya diadakan tahun ini, tidak akan ditangguhkan. Semalam Bernama melaporkan pemilihan Bersatu perlu diadakan lebih awal kerana pentadbiran parti itu ketika ini adalah berasaskan kepada pemimpin yang dilantik. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Marzuki berkata, beliau bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir, yang juga Pengerusi Bersatu, bahawa pemilihan parti itu perlu segera dilakukan bagi memilih pimpinan baharu yang lebih agresif, memahami dan memberi komitmen untuk mengembangkan parti berkenaan. "Saya sebagai Setiausaha Agung Bersatu akan mencari kaedah mempercepatkan pemilihan parti kerana apa yang kita hadapi sekarang ini ialah ramai dalam kalangan pemimpin bahagian yang kita lantik sebelum ini kurang menunjukkan komitmen terutama untuk memperhebatkan keanggotaan dan ada juga bahagian yang menyekat keanggotaan serta mengekang penubuhan cawangan," katanya. Beliau berkata tindakan itu tidak bagus untuk Bersatu kerana ia membantutkan perkembangan parti berkenaan yang kini mencecah hampir 500,000 anggota dengan jumlah lebih 2,000 cawangan dan 198 bahagian termasuk di Sabah dan Sarawak. Sementara itu, Mohd Redzuan berkata kewujudan Pejabat Bersatu Melaka menunjukkan perkembangan positif keutuhan parti itu yang semakin diterima rakyat. Setakat ini, Bersatu Melaka mempunyai 20,000 keanggotaan yang menjadi penggerak utama dalam menyampaikan maklumat tepat berkaitan parti itu kepada rakyat negeri ini. Copyright © 1999-2012 Mkini Dotcom Sdn. Bhd Source: https://www.malaysiakini.com/news/481633 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    3 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us