Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA Bil. 6 Selasa 15 Mac 2011 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 29) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah (Jasin) (Halaman 29) DR. 15.3.2011 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 15 Mac 2011 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh manakah kos penjagaan kesihatan negara ini dapat dikurangkan melalui pelaksanaan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care bagi meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan kerajaan dan swasta mengikut pilihan tanpa mengambil kira status kewangan. Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Liow Tiong Lai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, implementasi menyeluruh Sistem 1Care akan memberi banyak kebaikan kepada rakyat Malaysia. Dengan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional ini kualiti perkhidmatan kesihatan negara dapat dipertingkatkan. Rakyat akan mendapat perkhidmatan kesihatan primer lebih rapat apabila berdaftar dengan doktor keluarga yang menjaga keperluan kesihatan penduduk untuk jangka panjang. Penekanan diberi kepada keselamatan pesakit, menjamin pencapaian atau akses semua rakyat kepada perkhidmatan kesihatan, universal coverage dan penggunaan sumber atau resource kesihatan di kedua-dua sektor swasta dan awam dengan cara optimum dan efisien. 1Care juga melibatkan mekanisme pembiayaan perkhidmatan kesihatan yang bersesuaian dan lebih terurus. Justeru 1Care akan melindungi rakyat dengan insurans kesihatan sosial yang komprehensif untuk benefit package yang jelas dan telus. Pada masa yang sama kos rawatan tidak akan melambung sehingga di luar kemampuan rakyat dan rakyat tidak akan mengalami kemudaratan kewangan yang besar dengan izin, catastrophic health spending apabila jatuh sakit. Sekiranya Sistem 1Care telah berjalan sepenuhnya penjimatan akan bertambah tahun demi tahun. Rakyat akan menikmati perkhidmatan kesihatan dengan kos yang lebih rendah tetapi dengan kualiti yang lebih tinggi. Penekanan juga diberi kepada tanggungjawab individu, keluarga, komuniti dan sektor korporat agar memainkan peranan dalam perkongsian kos perkhidmatan kesihatan, peningkatan dan penjagaan tahap kesihatan sendiri dan populasi. Golongan yang tidak berkemampuan dan kurang bernasib baik akan terus dilindungi melalui pembiayaan kerajaan. Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. DR. 15.3.2011 2 Yang Berhormat Menteri, kita tahu kesihatan adalah merupakan keperluan asas dan rakyat menyedari bahawa negara kita ini mempunyai doktor dan hospital yang terbaik tetapi mungkin ada sedikit kebimbangan kepada rakyat. Mereka mahu tahu sama ada mereka mampu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan sama ada kerajaan akan memikul tanggungjawab untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang terbaik kepada rakyat. Jadi soalan tambahan saya, sejauh manakah 800 klinik kesihatan dan juga lebih daripada 7,000 klinik swasta yang ada di Malaysia ini mampu berfungsi sebagai doktor keluarga rakyat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dengan caj yang mampu ditanggung oleh semua lapisan rakyat? Adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu badan bebas dengan mungkin kuasa autonominya untuk menguruskan dana Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care bagi mengelakkan konflik kepentingan dan juga untuk memastikan proses tadbir urus dana yang akan membiayai kos penjagaan kesihatan kepada rakyat ini akan menjadi lebih efisien dan lebih efektif? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Di bawah konsep 1Care ini, memang kita sekarang dalam perancangan. Kita diberi dua tahun untuk menyediakan blueprint ini. Dalam dua tahun ini kita telah pun merancang bagaimana kita dapat menunjukkan satu sistem yang dapat integrasi pengamal-pengamal perubatan kita iaitu di sektor swasta dan sektor kerajaan. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, kita ada 7,000 GP clinic dan kita ada 800 klinik kerajaan. Satu swasta satu kerajaan, bagaimana kita boleh integrasi kedua-dua sektor dan membolehkan rakyat membuat pilihan. Dia hendak pilih ke government atau kerajaan, kita boleh juga memberi tanggungan dan membantu rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik. Ini satu cara yang paling baik untuk kita meningkatkan, menggunakan resource kesihatan yang sedia ada iaitu 7,000 GP yang ada di luar di sektor swasta, bagaimana untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat keseluruhannya. Berhubung dengan pewujudan satu badan yang dapat menguruskan dana kesihatan, mekanisme pembayaran perkhidmatan kesihatan yang lebih terurus akan dibangunkan di bawah satu badan autonomi kerajaan iaitu National Health Financing Authority (NHFA), merupakan badan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan non profit . Sistem dan cara pembayaran kepada pengamal perubatan akan menggunakan mekanisme pembayaran yang terbukti di seluruh dunia sebagai mekanisme berkesan untuk menangani peningkatan kos yang mendadak iaitu NHFA ini akan mendapat sumbangan yang terbesar daripada kerajaan. Sumbangan daripada majikan dan juga daripada pekerja untuk membiayai kos perkhidmatan kesihatan apabila kita dapat melaksanakan Sistem 1Care ini kelak. Ini pada peringkat cadangan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. DR. 15.3.2011 3 ■1110 Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya setuju bahawa peningkatan untuk menolong masyarakat dengan 1Care ini, bagus, saya setuju 100%, tetapi saya khuatir sikit, bukankah ini 1Care, 1Malaysia ini adalah satu slogan kerajaan Barisan Nasional. Ini kerana kalau kita tengok Yang Berhormat, saya berani untuk mencabar mana-mana Ahli Parlimen di sini, slogan-slogan Perdana Menteri sebelum ini seperti Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, semua dah lupa. Bersih, Cekap dan Amanah sudah jadi temberang... Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Menyampuk] Keadilan Untuk Semua... Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Jadi soalan saya adalah... Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Menyampuk] Sama dengan Keadilan Untuk Semua Yang Berhormat Ipoh Barat... Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Slogan sama yang diguna pakai... Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Slogan PKR. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Selepas itu kita lupa dan tidak pakai lagi. Saya fikir, bila kita melaksanakan 1Care Klinik dan sebagainya, itu adalah untuk manfaat masyarakat, tetapi kalau ia dirangkumi dengan slogan. Nampaknya ia hanya pada setakat ini sahaja, setakat Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri sahaja. Adakah ini hasrat kerajaan Barisan Nasional... Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Menyampuk] Yang Berhormat Ipoh Barat, hasrat Pakatan Rakyat ini, jaga dululah... Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Atau ini betul-betul untuk menolong masyarakat? Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Yang Berhormat Ipoh Barat, apa yang dikatakan itu tidak benar. 1Care ini bukan slogan. Apa yang kita telah laksanakan Klinik 1Malaysia yang memberi perkhidmatan yang begitu baik kepada penduduk di bandar. Ramai memberi sokongan untuk mendapatkan perkhidmatan ini. 1Care ini juga bukan slogan. Ini adalah satu perancangan untuk kita integrate public and private sector . Pengamal-pengamal perubatan akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Oleh itu saya rasa... Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ini lebih baik daripada Keadilan Untuk Semua. Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Yang Berhormat Ipoh Barat hanya tahu berpolitik sahaja. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Sloganlah . Boleh setuju dengan saya, itu slogan juga? Ikut arahan Perdana Menteri. Do you agree with me? Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Ini bukan slogan, ini adalah satu perkhidmatan. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Cheap publicity. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat.. DR. 15.3.2011 4 Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Kita adalah berasaskan perkhidmatan, rekod perkhidmatan kita adalah baik di Barisan Nasional ini. Terima kasih. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh mengenai 1Care. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Terima kasih Yang Berhormat... Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Penting soalan ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ini semua penting Yang Berhormat, apa-apa perkara yang dibawa ke dalam Dewan ini semuanya penting. Saya menjemput Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan]: Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36. Yang Berhormat Ipoh Barat menggunakan perkataan yang kesat saya dengar tadi. Jadi kita mahu... Beberapa Ahli: “Temberang”. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan]: Ya “temberang”. Dia cakap “temberang”, ini perkataan kesat. Jadi kalau boleh saya minta dia tarik balik kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, saya pun boleh cakap nanti perkataan “temberang” ini, bolehkah? Kalau boleh tidak apa. Saya mahu dia tarik balik, ini perkataan kesat. Mengikut seksyen 36(4). Timbalan
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages159 Page
-
File Size-