Dewan Negara

Dewan Negara

Bil. 18 Rabu 12 Disember 2018 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman 2) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 (Halaman 22) _________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018 DN 12.12.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad 4. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim 7. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh 8. “ Tuan Aknan a/l Ehtook 9. “ Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram 10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 11. “ Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 12. “ Puan Hajah Azizah binti Haji Harun 13. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias 14. “ Puan Bathmavathi Krishnan 15. “ Dato’ Chai Kim Sen 16. “ Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah (Selangor) 17. “ Datuk Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan 18. “ Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 19. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu) 20. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin 21. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak) 22. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat 23. “ Dato’ Indera Hoh Khai Mun (Pahang) 24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung 25. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah 26. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid 27. “ Datuk Jamilah Sulaiman 28. “ Datuk John Ambrose 29. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 30. “ Dato’ Sri Khairudin Samad 31. “ Tuan Khairul Azwan Harun 32. “ Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Kewangan 33. “ Datuk Lee Tian Sing 34. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ii DN 12.12.2018 35. Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah) 36. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin 37. “ Datuk Mohan a/l Thangarasu 38. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) 39. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor) 40. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan) 41. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak - Menteri Komunikasi dan Multimedia 42. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah 43. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa 44. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff 45. “ Datuk Ng Chiang Chin 46 “ Dato’Ong Chong Swen 47. “ Dr. Nuing Jeluing 48. “ Datuk Paul Igai 49. “ Datuk Lim Pay Hen 50. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 51. “ Datuk Rabiyah binti Ali 52. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris 53. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad 54. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis) 55. “ Datuk Sambathan a/l Manickam 56. “ Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff 57. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian 58. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang) 59. “ Puan Sopiah binti Sharif 60. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee 61. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong 62. “ Datuk Ir. Yong Wui Chong 63. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas 64. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor) 65. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak) DN 12.12.2018 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman Setiausaha Dewan Negara Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Siti Norlina binti Ahmad Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan Sherliza Maya binti Talkah Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad Noor Afiza binti Mohd Fadzi Herdawati binti Mohd Amir Abbu Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim Mohd Salleh bin Ak Atoh Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim Hizamihatim Maggisa bin Juarah DN 12.12.2018 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Rabu, 12 Disember 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] PEMAHSYURAN TUAN YANG DI-PERTUA PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara ini mempersetujukan Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang. [Setiausaha membacakan Perutusan] “10 Disember 2018 Perutusan Daripada Dewan Rakyat kepada Dewan Negara Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya: 1. (D.R. 24/2018) Rang Undang-undang Kewangan 2018; 2. (D.R..22/2018) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018; 3. (D.R. 23/2018) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018; 4. (D.R. 30/2018) Rang Undang-undang Kastam (Pindaan)(No.2) 2018; 5. (D.R. 31/2018) Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2018; 6. (D.R. 28/2018) Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2018; dan 7. (D.R. 29/2018) Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2018. Yang Ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT” 2 DN 12.12.2018 URUSAN MESYUARAT Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 66(2), saya mohon memaklumkan supaya rang undang-undang yang tersebut dalam perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini. Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Puan Lim Hui Ying minta Perdana Menteri menyatakan, apakah cadangan yang telah dikemukakan oleh Majlis Penasihat Kerajaan- Council of Eminent Persons, kepada Kerajaan Persekutuan setakat kini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Lim Hui Ying, yang bertanya tentang, apakah cadangan yang telah dikemukakan oleh Majlis Penasihat Kerajaan ataupun Council of Eminent Persons (CEP) kepada Kerajaan Persekutuan setakat ini. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP) telah tamat melaksanakan tugas mereka pada 19 Ogos 2018 yang lalu. Sehingga tarikh akhir tersebut, seramai lebih kurang 350 individu daripada 200 buah organisasi telah dijemput untuk memberi taklimat atau pandangan mereka kepada CEP agar cadangan-cadangan CEP dapat mengambil kira pandangan sebenar peringkat akar umbi yang benar-benar mewakili denyut nadi rakyat. Ini membolehkan CEP menerima pelbagai input merentasi pelbagai bidang. Dengan itu, CEP telah menubuhkan pasukan-pasukan petugas khas untuk mendalami dan mengkaji isu-isu berkaitan, termasuk projek mega seperti Projek Pembinaan Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Selain itu, Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) yang ditubuhkan di bawah CEP pada Mei 2018 adalah merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi utama negara. IRC telah mengemukakan cadangan-cadangan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Ogos 2018. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, IRC dianggotai oleh lima orang tokoh tanah air iaitu: (i) Dato K. C. Vohrah, mantan Hakim Mahkamah Rayuan. (ii) Dato Mah Weng Kwai, mantan Hakim Mahkamah Rayuan dan juga Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia. (iii) Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan. (iv) Datuk S. Ambiga, Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan dan juga mantan Presiden Majlis Peguam; dan (v) Professor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undang-undang. Sehingga kini, pihak IRC telah mengemukakan laporan berkaitan sembilan institusi penting iaitu: (i) Parlimen Malaysia; (ii) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); (iii) Badan Kehakiman atau Mahkamah; (iv) Jabatan Peguam Negara (AGC); (v) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM); DN 12.12.2018 3 (vi) Polis Diraja Malaysia (PDRM); (vii) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); (viii) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM); dan (ix) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Sejumlah 223 cadangan daripada IRC berkaitan dengan skop kerja governance, integriti dan pencegahan rasuah di selaras dan di pantau oleh Pusat Governance, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC). Keputusan dasar berkenaan cadangan-cadangan tersebut dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan oleh

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    82 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us