DN 30.4.2019 0 Bil. 7 Selasa 30 April 2019 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 19) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Halaman 31) Diterbitkan Oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2019 DN 30.4.2019 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad 3. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin 4. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh 5. “ Tuan Adrian Banie Lasimbang 6. “ Tuan Aknan A/L Ehtook 7. “ Tuan Alan Ling Sie Kiong 8. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram 9. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan) 10. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias 11. “ Puan Bathmavathi Krishnan 12. “ Dato’ Chai Kim Sen 13. “ Datuk Donald Peter Mojuntin (Sabah) 14. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin 15. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat 16. “ Dato’ Haji Husain bin Awang (Terengganu) 17. “ Datuk Haji Husam bin Musa 18. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah 19. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid 20. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim 21. “ Tuan Ismail bin Yusop (Perak) 22. “ Datuk John Ambrose 23. “ Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis) 24. “ Dato’ Kesavadas A. Achyuthan Nair (Negeri Sembilan) 25. “ Dato’ Sri Khairudin Samad 26. “ Tuan Khairul Azwan bin Harun 27. “ Datuk Lee Tian Sing (Lantikan baru) 28. “ Tuan Liew Chin Tong [Timbalan Menteri Pertahanan] 29. “ Puan Lim Hui Ying (Pulau Pinang) 30. “ Datuk Lim Pay Hen 31. “ Tuan Manolan bin Mohamad 32. “ Dato’ Haji Marzuki bin Yahya [Timbalan Menteri Luar Negeri] 33. “ Ir. Md. Nasir bin Hashim 34. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin 35. “ Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid 36. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu 37. “ Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin [Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi] 38. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah DN 30.4.2019 ii 39. Yang Berhormat Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (Pulau Pinang) 40. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa 41. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff 42. “ Datuk Ng Chiang Chin 43. “ Tuan Nga Hock Cheh (Perak) 44. “ Dr. Nuing Jeluing 45. “ Puan Nuridah bt Mohd Salleh (Terengganu) 46. “ Dato’ Ong Chong Swen 47. “ Datuk Paul Igai 48. “ Datuk Paul Low Seng Kuan 49. “ Datuk Rabiyah binti Ali 50. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris 51. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad 52. “ Puan Raj Munni binti Sabu 53. “ Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad [Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan] 54. “ Datuk Razali bin Idris 55. “ Puan Hajah Sabani binti Mat (Perlis) 56. ‘’ Datuk Sambanthan A/Ll Manickam 57. “ Puan Siti Fatimah binti Yahya (Pahang) 58. “ Puan Sopiah binti Sharif 59. “ Tuan Suresh Singh A/L Rashpal Singh (Selangor) 60. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee 61. “ Datuk Theodore Douglas Lind 62. “ Dato’ Sri Ti Lian Ker (Pahang) 63. “ Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy [Menteri Di Jabatan Perdana Menteri] 64. “ Dr. Yaakob bin Sapari (Selangor) 65. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas 66. “ Datuk Ir. Yong Wui Chung 67. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor) 68. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak) DN 30.4.2019 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamis bin Samin Setiausaha Dewan Negara Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Muhammad Qhidir bin Mat Isa Noraidah binti Manaf Siti Norlina binti Ahmad Nor Hamizah binti Haji Hassan Nor Liyana binti Ahmad Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Herdawati binti Mohd Amir Abbu Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim Nor Sakinah binti Samat Nurammarah binti Md Isa Mohd Salleh bin Ak Atoh Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Hizamihatim Maggisa bin Juarah Muhammad Firdaus bin Ahmad Izzul Syazwan bin Abdul Halim Maryam binti Azinuddin Mohd Aizuddin bin Pahrol Laili DN 30.4.2019 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA Selasa, 30 April 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Ir. Md. Nasir bin Hashim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengusulkan soalan saya, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar- pelajar dari Pusat Intelek Pelajar Orang Asli Rompin, Pahang iaitu tetamu kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid. Semoga kehadiran pelajar-pelajar ini akan memberi manfaat kepada mereka dan diharapkan mereka akan menjadi pemimpin di masa hadapan. 1. Ir. Md. Nasir bin Hashim minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, apakah tindakan dan langkah-langkah yang diambil bagi membendung kenaikan harga barang-barang keperluan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih sahabat saya yang bertanya. Pertanyaannya, apakah langkah dan tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tindakan yang pertama ialah melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Kita akan tentukan harga siling bagi sejumlah barangan popular yang dibelanjakan oleh rakyat. Dengan menentukan harga siling, peniaga tidak boleh meletakkan harga lebih daripada had itu. Ada dua perkara yang perlu saya terangkan. Pertama, apabila kerajaan mengguna pakai Akta Kawalan Harga ini, biasanya kita lakukan langkah itu ketika musim perayaan, misalnya Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Krismas, Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan. Tempoh bilangan hari bagi setiap musim perayaan itu pun berbeza-beza. Akan tetapi, jumlahnya ialah lebih kurang 55 hari dalam setahun bagi musim-musim perayaan itu. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita buat harga kawalan dan pegawai penguat kuasa kita sampai ke premis-premis perniagaan, berdasarkan kepada rekod yang diambil, kita dapati peniaga patuh kepada harga barang ketika musim perayaan. Kepatuhan itu tinggi, contohnya musim perayaan yang sebelum ini iaitu Tahun Baru Cina. Pegawai penguat kuasa kementerian ini pergi melawat sehingga sejumlah 27,000 buah premis perniagaan borong dan runcit. Daripada sejumlah 27,000 buah premis itu didapati perbuatan menaikkan harga barang hanya dua daripada sejumlah 27,000 buah premis yang dilawati. Dua itu pun kita berikan notis supaya penjelasan dapat diberikan. Tuan Yang di-Pertua, bila harga kawalan ini dibuat, ia hanya dibuat pada item barangan pengguna yang tertentu sahaja dan item itu lazimnya adalah yang paling banyak dibelanjakan pada musim-musim perayaan itu. Untuk perayaan Aidilfitri yang akan kita tempuh, minggu depan sudah Ramadan, mudah-mudahan kita sempat. DN 30.4.2019 2 Langkah yang kita ambil bagi membendung kenaikan harga barang pada musim perayaan Aidilfitri ini adalah pertama, kita akan tambahkan tempoh bilangan hari kawal itu. Misalnya tahun lepas, untuk Aidilfitri kita kawal selama 15 hari sahaja. Tujuh hari sebelum raya, pada hari raya dan selepas hari raya. Kali ini kita akan tambah bilangan hari. Kedua, kita akan tambah bilangan item yang kita masukkan dalam perkara kawalan harga. Itu yang segera sekali. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga untuk menyebut, selain daripada langkah- langkah itu, ada juga langkah lain yang kita buat. Melalui undang-undang kawalan harga, tadi itu langkah yang segera kerana undang-undang sedia ada dan itu memang kita boleh buat terus. Akan tetapi, untuk jangka pertengahan dan jangka panjang sesuatu yang lebih daripada itu perlu kita lakukan. Melalui Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara, Bank Negara yang menganggotai majlis ini mencadangkan kepada kementerian supaya dilakukan satu analisa rantaian harga, rantaian bekalan. Dari punca, sama ada pengimport, pengeluar kepada pemborong, kepada pengedar dan kepada peruncit. ■1010 Pada tahap mana berlaku kenaikan dan punca apa. Pengangkutan, upah, gaji, sewa dan apa kos-kos lain yang menyumbang kepada kenaikan harga akhir pada pembeli. Alhamdulillah, kementerian telah dapat melakukan cadangan ini, menjalankan kajian ini dan report awal telah saya terima. Memang benar di peringkat sumber Tuan Yang di-Pertua, ada item pengguna bila dia import daripada pengimport hendak pergi kepada pemborong kenaikan sehingga 133 peratus. Itu kita ada jumpa item yang macam itu. Daripada pemborong kepada pengedar, kenaikan sehingga 67 peratus bagi satu-satu item pengguna itu ada kita temui. Bila kita tahu secara tepat, sudah tentu langkah pertama adalah pegawai penguat kuasa akan pergi dan minta dia kemukakan dokumen kenapa dia tidak boleh diambil tindakan di bawah anti pencatutan. Kenaikan yang tidak munasabah. Akan tetapi kerana barang yang dia bawa masuk itu satu pun tidak dihasilkan dalam negara kita. Memang kena import. Jadi pengimport kemudiannya mengambil margin yang sangat besar. Namun kajian ini kita baharu sempat buat untuk 10 barangan. Akan tetapi ketika sedang saya memberi jawapan terhadap soalan tadi Tuan Yang di-Pertua, saya telah meminta pegawai-pegawai kementerian saya yang mengawasi harga ini untuk saya jawab pagi ini. Saya minta mereka bandingkan harga sekarang bulan Mac 2019 dengan harga pada bulan Mei 2018 yang lepas. Hasrat saya itu tahun ke tahun. Mei ke Mei. Akan tetapi sekarang baru Mac. Akan tetapi ini adalah harga purata. Ada tidak barangan yang mengalami penurunan dan ada tidak barangan yang mengalami kenaikan.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages100 Page
-
File Size-