Siasat Semula 1MDB Antara Cabaran PAC Malaysiakini 7 Ogos 2018

Siasat Semula 1MDB Antara Cabaran PAC Malaysiakini 7 Ogos 2018

Siasat semula 1MDB antara cabaran PAC Malaysiakini 7 Ogos 2018 Shakira Buang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kini berdepan tugas berat apabila terpaksa mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadapnya untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dan bagi melaksanakan tugas itu, Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata pihaknya bercadang untuk membuka semula siasatan terhadap isu 1MDB. “PAC yang baru haruslah mampu menebus kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat. “Sebagai permulaan kepada tugas yang diamanahkan, saya akan berbincang dengan pengerusi dan ahli-ahli PAC supaya penyiasatan terhadap skandal 1MDB dibuka semula. "Selain itu laporan yang lebih komprehensif serta lengkap dengan mengambil kira keterangan-keterangan baru dapat dibentangkan ke parlimen,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen, hari ini. Majoriti ahli Dewan Rakyat hari ini bersetuju memilih Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) sebagai pengerusi PAC. Wong pula dilantik menjadi timbalan Ronald. Mengikut peraturan PAC perlu dianggotai sekurang-kurangnya enam orang dan tidak melebihi 12 orang. Pengumuman itu dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff sewaktu mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini. Pemilihan kedua-dua mereka sah selepas majoriti ahli Dewan Rakyat bersetuju dengan usul yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew semasa persidangan. Sementara itu, mengulas lanjut Wong berkata PAC juga akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama dengan Jabatan Audit Negara selain melancarkan siasatan terhadap kepincangan dan salah laku yang dilaporkan jabatan tersebut. Tambah Wong, pihaknya juga akan berbincang dengan pengerusinya supaya sesi pendengaran PAC boleh dibuat secara terbuka pada masa hadapan. “Pendengaran PAC pada masa depan akan dapat di buka kepada orang ramai demi menjamin taraf ketelusan yang tinggi, kecuali perkara-perkara yang melibatkan keselamatan negara atau keadaan-keadaan luar biasa," katanya. Menurut Wong, PAC juga akan meniliti undang-undang yang sedia ada untuk memastikan bahawa perlindungan undang-undang ke atas pemberi maklumat (whistleblower) atau saksi-saksi yang melaksanakan tanggungjawab nasionalnya kepada PAC memadai atau tidak. Copyright © 1999-2012 Mkini Dotcom Sdn. Bhd Source: https://www.malaysiakini.com/news/437810 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    3 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us