PERUTUSAN KHAS Perutusan Khas YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI & MENTERI DALAM NEGERI MERANGKAP PENGERUSI YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita berpeluang untuk bersama-sama berkumpul sempena Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kali Ke-23. Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MCPF telah memainkan peranan penting di dalam membantu pihak kerajaan untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang peri pentingnya pencegahan jenayah di negara ini. Namun, MCPF perlu bergerak lebih proaktif lagi di semua peringkat dengan melaksanakan program berimpak tinggi selaras dengan objektif penubuhan MCPF. Kita semua sedar bahawa walaupun pihak Polis Diraja Malaysia telah berjaya menurunkan kadar jenayah melebihi 50% pada tahun 2015, namun persepsi negatif masyarakat terhadap jenayah masih meningkat. Sekiranya kadar jenayah menurun sebanyak 50% maka persepsi positif masyarakat terhadap jenayah perlu meningkat 50%. Tetapi perkara ini tidak berlaku dan ketakutan masyarakat terhadap jenayah masih meningkat. Menyedari landskap jenayah dan persepsi masyarakat yang pelbagai pada masa kini, MCPF perlu memanfaatkan pelbagai sumber terutamanya sumber penggunaan media sosial sebagai agen untuk meningkatkan rasa selamat dan persepsi positif masyarakat terhadap jenayah di negara kita. Tahun 2016 telah diisytiharkan sebagai kempen besar-besaran untuk memerangi jenayah berkaitan dadah. Ia berikutan peningkatan jumlah penagih dadah berdaftar seramai 26,660 orang pada tahun 2015, menjadikan keseluruhan 282,660 penagih direkodkan di seluruh negara ketika ini. Penyalahgunaan dadah merupakan antara faktor utama penyumbang kepada aktiviti jenayah. Saya menyeru kepada semua ahli MCPF di semua peringkat supaya bergerak lebih aktif dengan melaksanakan program dan aktiviti pencegahan jenayah demi memastikan kadar jenayah di Malaysia terus menurun. Sekian dan Selamat Bersidang. DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI 1 BARISAN AHLI EXCO Barisan Ahli Exco & Jawatankuasa Perhubungan Negeri Notis Panggilan Mesyuarat Tarikh: 25hb. Februari 2016 JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF) KALI KE - 23 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan MCPF Kali Ke - 23 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 26hb. Mac 2016 ( Sabtu ) Masa : 12.00 tengahari Tempat : Dewan Sultan Ahmad Shah Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur 43200 Cheras KUALA LUMPUR. 2. Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MCPF. 3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan sebagai Ahli MCPF dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Adalah dimaklumkan, kehadiran Mesyuarat Agung MCPF tertakluk kepada ahli yang telah didaftarkan sahaja mengikut Artikel 15(a) Perlembagaan MCPF. 4. Jika terdapat resolusi atau isu yang hendak dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-23, sila kemukakan secara bertulis kepada Sekretariat MCPF melalui email [email protected] sebelum atau pada 11hb. Mac 2016. 5. Semoga kehadiran dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan akan menjayakan mesyuarat pada kali ini. Sekian, terima kasih. DENGAN PERINTAH MAJLIS EKSEKUTIF, ( HAJJAH FATIMAH BTE. ABD HAMID ) SAC Setiausaha Kehormat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) 4 Notis Panggilan Mesyuarat ATURCARA 11.00 pagi : Pendaftaran Ahli 12.00 tengahari: Mesyuarat Agung Tahunan MCPF Kali Ke-23 Dimulakan Agenda Mesyuarat:- Ucapan Pengacara Majlis Bacaan Doa Ucapan Aluan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MCPF Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-22 bertarikh 29hb. Mac 2015 Perkara Berbangkit Membentangkan dan Meluluskan Laporan Tahunan 2015 Membentangkan dan Meluluskan Laporan Penyata Kewangan Tahun Berakhir 31hb. Disember 2015 Pembubaran Ahli Majlis Eksekutif (EXCO) Bagi Penggal 2014/2016 Pemilihan Ahli Majlis Eksekutif (EXCO) Bagi Penggal 2016/2018 Mengikut Artikel 8(d) Perlembagaan MCPF Membentangkan Resolusi atau Isu yang Dikemukakan Secara Bertulis Penutup 2.00 petang: Mesyuarat Agung Tahunan MCPF Kali Ke-23 Tamat : Bersurai 5 MINIT MESYUARAT AGUNG KE-22 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-22 YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF) Tarikh : 29hb Mac 2015 (Ahad) Masa : 11.00 pagi Tempat : Ballroom 1, Tingkat 2 Hotel Federal Kuala Lumpur 35, Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur Jumlah Kehadiran: 137 orang 1. PENDAHULUAN 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Pengacara Majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Nor Mohamad Faizal dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), PDRM Bukit Aman. 1.2 Seterusnya Setiausaha Kehormat MCPF, SAC Hjh Fatimah Bt Abd Hamid mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat. Beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sudi mempengerusikan mesyuarat pada kali ini. 1.3 Beliau memaklumkan tentang jumlah kehadiran adalah seramai 137 orang dan agenda mesyuarat sepertimana yang telah diedarkan. - Makluman - 2. UCAPAN ALUAN YB PENGERUSI MCPF 2.1 YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi MCPF mengucapkan tahniah kepada ahli Exco MCPF yang baru dilantik iaitu YDH Datuk Acryl Sani bin Hj Abdullah Sani (Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM) dan juga Encik Baharin Othman (Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia). - Makluman - 2.2 YB Pengerusi juga memaklumkan tentang Mesyuarat Exco dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCPF yang telah diadakan sebelum mesyuarat ini bermula dan berpendapat jalinan kerjasama antara MCPF Pusat dan MCPF Negeri adalah cukup baik. - Makluman – 6 MINIT MESYUARAT AGUNG KE-22 2.3 YB Pengerusi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Polis Ke-208 yang disambut pada 25 Mac 2015. Tambah beliau, kesan daripada pelaksanaan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) telah dapat mengurangkan indeks jenayah yang cukup baik iaitu sebanyak 12.6% serta merupakan pencapaian yang tidak pernah dicapai sebelum ini. -Makluman- 2.4 Tegas YB Pengerusi biarpun indeks jenayah telah menurun, namun indeks jenayah juvana semakin meningkat terutamanya melibatkan golongan bukan pelajar. Beliau menyatakan trend ini turut membimbangkan pihak PDRM dan MCPF dan beliau mahu MCPF di peringkat negeri dan juga daerah memainkan peranan dengan melaksanakan kempen kesedaran kepada golongan tersebut. - MCPF Negeri - 2.5 YB Pengerusi juga memaklumkan tentang Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang akan dibentangkan di dalam sidang Parlimen antara 6 – 9 April 2015. Beliau berharap semua ahli MCPF dapat memberi sokongan kepada akta tersebut memandangkan ia merupakan soal keselamatan yang menjadi tanggungjawab semua. - Makluman - 2.6 YB Pengerusi mengucapkan tahniah di atas kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh PDRM dan menyeru semua masyarakat agar bersama-sama membantu pihak PDRM di dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman negara. - Makluman - 2.7 YB Pengerusi seterusnya memaklumkan tentang community policing yang akan diperkukuhkan di seluruh negara dengan melibatkan lebih kurang 90 ribu ahli iaitu antaranya lebih daripada 70% adalah kaum Cina. - Makluman - 2.8 Beliau menyarankan agar MCPF di peringkat negeri dan daerah dapat menubuhkan community policing di kawasan perumahan dan perlu ada kombinasi pelbagai etnik. Tambah beliau lagi, kuasa akan diberikan kepada Pengerusi dan Setiausaha MCPF Negeri untuk melibatkan diri di peringkat daerah sebagai program komuniti sungguhpun Perlembagaan MCPF belum dipinda. Tindakan: MCPF Negeri 7 MINIT MESYUARAT AGUNG KE-22 2.9 YB Pengerusi menyuarakan hasrat untuk mengaktifkan semula Rakan Cop dan akan terus memberi kuasa kepada pihak PDRM apabila Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/ Ketenteraman Awam (KDNKA) menjadi Pengerusi Rakan Cop di seluruh Malaysia. - Makluman - 2.10 YB Pengerusi turut mengingatkan agar badan bukan kerajaan/ NGO berkaitan pencegahan jenayah tidak menjadi seperti sebuah badan politik dan meminta agar MCPF menjadi 3rd party validator. Beliau juga menggesa agar lebih ramai lagi ahli MCPF menjadi seperti YBhg Tan Sri Lee Lam Thye yang sentiasa menulis artikel dan rencana berkaitan pencegahan jenayah. - Makluman - 2.11 YB Pengerusi juga berharap kepimpinan MCPF Negeri dapat membantu MCPF Pusat di dalam menangani pelbagai isu terutama berkaitan media sosial. - Makluman - 3. MENYEMAK DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG MCPF KE-21 BERTARIKH 29HB. MAC 2014 Minit Mesyuarat Agung MCPF Ke-21 telah dicadangkan sah oleh YBhg Dato’ Dr Chelvarai @ Selvarajoo Erulandy (No. Ahli: 102030) dan disokong oleh YBhg Datuk Francis Yap Tai Nyen (No. Ahli: 100760). Minit telah disahkan tanpa sebarang pindaan. - Makluman - 4. PERKARA BERBANGKIT 4.1 Peningkatan jenayah di kalangan pelajar sekolah 4.1.1 Setiausaha Kehormat memaklumkan jenayah melibatkan golongan pelajar adalah menurun dan bukan pelajar telah meningkat sepertimana yang dibentangkan oleh Bahagian Risikan Jenayah (D4) Bukit Aman semasa Mesyuarat Exco dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCPF. - Makluman - 8 MINIT MESYUARAT AGUNG KE-22 4.1.2 Tambah beliau pihak MCPF dan PDRM akan memberi fokus kepada golongan tersebut di dalam aktiviti pencegahan jenayah serta berkolaborasi dengan pelbagai agensi. - Makluman - 4.2 Retreat MCPF – Makmal Pencegahan Jenayah 4.2.1 Setiausaha Kehormat memaklumkan bahawa retreat
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages62 Page
-
File Size-