No. Soalan: 334 1

No. Soalan: 334 1

NO. SOALAN: 334 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT PERTANYAAN BUKAN LISAN DARIPADA YB PUAN TEO NIE CHING [ KULAI] SO ALAN Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan ada rancangan untuk membina satu perhentian bas ekspres di Yong Peng supaya penumpang yang naik/turun di Yong Peng tidak perlu membayar tambang untuk ke KL Larkin, Johor. 1 JAWAPAN: YB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-Pertua, 1. Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Yong Peng, penumpang boleh menaiki bas ekspress dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat dan seterusnya meneruskan perjalanan dengan menaiki bas henti-henti atau kereta sewa ke Yong Peng. lni kerana jarak dari Batu Pahat ke Yong Peng adalah sekitar 28 kilometer. Pada masa ini, terdapat 40 buah syarikat bas ekpsress yang memberikan perkhidmatan di Terminal Bas Ekspress Batu Pahat. 2. Terdapat bas ekpress menurunkan penumpang di sekitar lebuhraya atas permintaan penumpang kerana bas ekspress ke Johor Bahru dan ke Kuala Lumpur melalui lebuhraya berhampiran bandar Yong Peng. Namun, tindakan ini adalah salah disisi undang-undang kerana bas ekspress tidak dibenarkan menurun dan mengambil penumpang di tempat selain daripada terminal yang dibenarkan. Dalam hal ini, pihak pengusaha bas boleh memohon untuk menurunkan penumpang di Yong Peng dengan memohon ubahsyarat laluan kepada SPAD untuk dipertimbangkan. 3. Pada masa ini, terminal bas di bandar Yong Peng dikhaskan untuk perkhidmatan bas berhenti-henti dan kereta sewa sahaja. Untuk makluman, penyediaan infrastruktur terminal adalah dibawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT). Bagi bandar Yong Peng, PBT bertanggungjawab adalah Majlis Daerah Yong Peng. Sekian, terima kasih. 2 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us