YB Yunus Dilantik Exco Baru Ganti Hasan Ali the Malaysian Insider 18 Januari , 2012

YB Yunus Dilantik Exco Baru Ganti Hasan Ali the Malaysian Insider 18 Januari , 2012

YB Yunus dilantik exco baru ganti Hasan Ali The Malaysian Insider 18 Januari , 2012 KUALA LUMPUR, 18 Jan — Kejutan berlaku di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai exco kerajaan negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Ali. Keputusan itu dilihat mengenepikan calon pilihan ramai iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman. Ahmad Yunus mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi ini dengan disaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan ahli majlis mesyuarat yang lain. Sebelum ini PAS Selangor sebulat suara mencadangkan Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru untuk menggantikan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat keanggotaannya. Semalam Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman menafikan dakwaan bahawa perselisihan dengan Istana akan menjejaskan peluang Abdul Rani dilantik exco. Utusan Malaysia semalam menyebat Abdul Rani berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk mendapat perkenan Sultan Selangor bagi dilantik sebagai exco berikutan pertikaiannya berhubung isu tauliah mengajar selain kritikan beliau terhadap pengagihan bantuan zakat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada kerajaan negeri Perlis. “Kita (PAS Selangor) sebulat suara mencadangkan pesuruhjaya (Abd Rani) untuk menggantikan Dr Hasan dan setakat ini kita lihat tiada masalah dengan cadangan itu. “Kita hanya berikan satu nama sahaja kepada kepimpinan PAS pusat, tapi kita masih belum dapat sebarang maklumat terbaru daripada PAS pusat dan juga menteri besar,” kata Mohd Khairuddin. Abdul Rani menjadi calon pilihan untuk menggantikan Hasan yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Hasan dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu. Beliau dilihat tidak akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama walaupun diberikan tempoh 30 hari sehingga 7 Februari depan. Ahmad Yunus merupakan Pembantu Exco Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia dan Sukan iaitu portfolio yang dipegang Khalid. Abdul Rani juga hadir di upacara itu. The Malaysian Insider Hakcipta © 2012 The Malaysian Insider Source:http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/yb-yunus-dilantik-exco-baru-ga nti-hasan-ali/ .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us