Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat, Malaysia Daripada : Y.B. Tuan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) Pertanyaan : Lisan

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat, Malaysia Daripada : Y.B. Tuan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) Pertanyaan : Lisan

NO SOALAN :23 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARIPADA : Y.B. TUAN HEE LOY SIAN (PETALING JAYA SELATAN) PERTANYAAN : LISAN TARIKH : 08.08.2017 Y.B. TUAN HEE LOY SIAN [ PETALING JAYA SELATAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan (a) alasan membatalkan perjanjian membangunkan Bandar Malaysia bersama Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. (IWH)-CREC pada 3 Mei 2017; dan (b) syarat-syarat bagi mendapatkan syarikat pemaju baru bagi meneruskan projek tersebut. JAWAPAN Tuan Yang Dipertua, Perjanjian Jual Beli 60% ekuiti syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd di antara TRX City Sdn Bhd dan IWH CREC Sdn Bhd yang dimeterai pada 31 Disember 2015 telah luput. Ini disebabkan oleh kegagalan pihak IWH CREC Sdn Bhd memenuhi syarat-syarat perjanjian (C ondition Precedent, dengan izin) sepertimana yang diperuntukkan di bawah terma-terma perjanjian walaupun tarikh tamat tempoh perjanjian telah dilanjutkan berulang kali. Untuk makluman semua, pihak TRXC telah pun memenuhi syarat-syarat perjanjian (Condition Precedent, dengan izin) terlebih dahulu. Susulan daripada peluputan perjanjian tersebut, pihak Kementerian Kewangan akan memastikan pembangunan Bandar Malaysia benar-benar memberi faedah kepada rakyat. Untuk tujuan ini, Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemilikan 100% Bandar Malaysia. Sejajar dengan itu, pihak Kerajaan telah mengambil alih dan menerajui proses Permohonan Cadangan (Request for Proposal (RFP), dengan izin) pembangunan projek Bandar Malaysia. Melalui proses RFP ini, pihak Kerajaan akan memperoleh cadangan yang lebih komprehensif yang menekankan nilai pembangunan yang terbaik untuk Bandar Malaysia. Seperti yang tertera di laman sesawang Kementerian Kewangan, proses RFP ini dibuka kepada syarikat- syarikat tempatan dan antarabangsa yang berminat untuk terlibat sebagai pemaju induk projek tersebut. Kriteria-kriteria pembidaan RFP seperti berikut: i. pembida perlu dari kalangan syarikat "Fortune 500"; ii. pembida adalah syarikat bersekutu yang telah menjana perolehan yang tidak kurang RM50 bilion secara kumulatif bagi tempoh tiga tahun berturut-turut dari sumber hartanah dan perniagaan berkaitan; dan iii. berpengalaman dalam pembangunan hartanah bertaraf global..

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    3 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us