Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 43 Selasa 22 Oktober 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 11) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 (Halaman 50) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 49) Anggaran Pembangunan 2020 (Halaman 50) DR. 22.10.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Selasa, 22 Oktober 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk mengawal selia sektor ekonomi gig, contohnya berkait skim pembayaran Syarikat Foodpanda, demi membela nasib dan kebajikan pekerja-pekerja ekonomi gig. Perdana Menteri [Tun Dr. Mahathir bin Mohamad]: Tuan Yang di-Pertua, sebagai mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, gig economy adalah sistem pasaran terbuka, di mana pekerja bebas, dengan izin, independent workers mengikat kontrak kerja untuk melaksanakan sesuatu projek dalam jangka masa tertentu dan kebiasaannya dilaksanakan secara freelance. Ia kini menjadi trend semasa dan kerajaan mendapati gig economy mampu menjadi sumber pertumbuhan ekonomi baharu dan memberi peluang kepada rakyat meningkatkan pendapatan serta taraf hidup mereka. Sebagai satu trend yang baru, di mana pekerjaan kini lebih fleksibel, kerajaan menghadapi cabaran dalam penjagaan kebajikan para pekerja yang terlibat dengan gig economy ini berikutan hubungan master and servant dan hubungan pekerjaan, dengan izin, employment relationship dengan majikan yang kurang jelas. Malah, kerajaan sedar akan implikasi gig economy ini terhadap ekonomi tradisional serta perlindungan hak pekerja. Justeru, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif berikut dengan objektif untuk memanfaatkan gig economy dan dalam masa yang sama, kepentingan pengguna dan pekerja kekal terjamin. Antara inisiatif tersebut adalah: (i) penubuhan jawatankuasa khas dianggotai oleh Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal DR. 22.10.2019 2 Pengguna. Jawatankuasa ini akan merangka penyelesaian jangka panjang terhadap isu-isu berkaitan gig economy di negara ini; (ii) Kementerian Sumber Manusia akan menjalankan kajian terperinci daripada segi takrifan perundangan berhubung terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan dalam industri kategori gig economy, selaras dengan perubahan trend ekonomi di bawah perkembangan Industri 4.0; (iii) melaksanakan regulatory sandbox untuk dikaji oleh semua badan regulatory ataupun regulators, termasuk Bank Negara Malaysia sebagai langkah memenuhi trend masa hadapan dalam menggalakkan aktiviti berkaitan teknologi baru; dan (iv) memberikan tumpuan kepada gig economy sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru, mampan dan inklusif dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12, 2021-2025. Terima kasih. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Seperti yang kita sedia maklum, di kalangan pemandu ataupun riders Foodpanda ada 13,000 yang bekerja. Di GrabFood ada lebih kurang 10,000, di Grab drivers ada lebih kurang 150,000. World Bank pula menganggarkan 26 peratus daripada rakyat Malaysia yang bekerja akan bekerja sebagai freelance. Maksudnya, ekonomi gig ini adalah satu ekonomi yang besar. Saya ucapkan tahniah. Cuma persoalannya, adakah jawatankuasa ini juga akan menyentuh perkara- perkara seperti isu KWSP, isu PERKESO? Ini kerana ramai yang bekerja, panjang masanya. Sesetengah mereka bekerja 12 hingga 13 jam, tanpa berhenti untuk mendapatkan gaji yang agak baik, dalam RM6,000 ke RM7,000. Jadi, bagaimana pandangan kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang work and life balance? Sebagai seorang doktor, mungkin boleh berikan pandangan juga. Terima kasih. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan amat prihatin terhadap nasib pekerja yang terlibat dalam gig economy ini. Bagi pekerja biasa, sudah ada peraturan-peraturan berkenaan dengan simpanan wang dan pencen serta KWSP. Akan tetapi bagi gig economy ini yang tidak mengikut apa-apa peraturan yang DR. 22.10.2019 3 dikenali sekarang ini, kerajaan terpaksa memeriksa apakah kepentingan pekerja- pekerja terlindung ataupun tidak. ■1010 Pada masa ini, kita masih membuat kajian kerana sistem ini adalah sistem yang baharu yang dibuat kerana perhubungan yang mudah boleh dibuat antara pekerja dengan majikan. Ini cara baharu mereka bekerja dan kita dapati bahawa ramai yang mendapat manfaat daripada gig economy ini. Oleh sebab itu kita perlukan kekalkan sistem ini tetapi kita hendak supaya diadakan peraturan yang melindungi hak pekerja, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Langkawi. Semakin ramai rakyat sekarang ini membuat kerja sambilan, sama ada mereka melaksanakan bawa GrabTaxi atau GrabFood, Foodpanda. Apa pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang kerja sambilan? Apakah pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang berniaga atas talian, business online, adakah perkara ini juga perlu guideline dan garis panduan, bukan hanya mereka yang bekerja sepenuh masa? Terima kasih. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan yang mana agak sukar bagi mereka yang mempunyai kebolehan ataupun kelulusan mencari kerja, sistem gig economy ini memberi peluang kepada mereka menambah ataupun mendapat pendapatan yang halal. Mereka bekerja sendirian tetapi pekerja sendirian ini tidak termasuk dalam golongan pekerja biasa yang menikmati beberapa perlindungan yang diadakan oleh kerajaan. Kita tidak dapat hentikan sistem ini kerana ramai daripada rakyat mendapati bahawa sistem ini memberi peluang kepada mereka menambah pendapatan mereka ataupun bagi yang menganggur mencari sedikit pendapatan yang boleh menampung keperluan hidup mereka. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Masalah pokoknya adalah pengangguran anak muda 10.8 peratus, tiga kali ganda daripada jumlah peratusan pengangguran nasional. Akan tetapi, apa yang saya hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menggubal satu rang undang-undang? Ini kerana kita faham dalam gig economy ini, currency atau mata wang yang diniagakan, sama ada dua fiat currency atau cryptocurrency. DR. 22.10.2019 4 Akan tetapi, adakah Malaysia sekarang ini bergerak ke arah untuk melihat cryptocurrency tersebut. Ini kerana saya risau Yang Amat Berhormat Langkawi banyak jenayah dark web ini akan menyebabkan anak-anak muda mencari jalan untuk keluar daripada masalah pengangguran kerana mereka hendak pendapatan yang lebih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Agak lari daripada soalan asal ya? Cryptocurrency. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Boleh satu soalan lagi? Tun Dr. Mahathir bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, tujuan kita mengadakan badan yang sedang mengkaji sistem gig economy ini ialah oleh kerana kita ingin menentukan bahawa ada undang-undang ataupun peraturan-peraturan yang boleh melindungi hak pekerja-pekerja dalam gig economy. Itulah sebabnya yang kita tubuh badan ini dan di waktu ini kita dapati bukan semuanya sama yang boleh disusun mengikut pekerja-pekerja biasa. Akan tetapi, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyusun undang-undang dan peraturan-peraturan supaya semua pihak terlindung dan kita juga dapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi hasil daripada kegiatan dalam gig economy. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Mungkin soalan tambahan yang terakhir. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Satu lagi. Boleh? Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Bagan Serai. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dalam gig economy ini, adakah contohnya syarikat Foodpanda memastikan bahawa semua yang menghantar makanan ini mempunyai lesen, road tax, insurans yang sah? Adakah mereka ini telah diberi taklimat dan nasihat mengenai undang- undang dan tatatertib di jalan raya? Tuan Yang di-Pertua, saya pernah dilanggar oleh Foodpanda. [Ketawa] Tun Dr. Mahathir bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, Foodpanda ini adalah di antara yang pertama yang memperkenalkan gig economy di Malaysia. Pada masa mereka memperkenalkan sistem ini kita tidak pun mahir berkenaan dengan perkataan gig economy pun. Oleh sebab itu pada mulanya kita tidak ada peraturan-peraturan atau undang-undang. Terdapat kemungkinan mereka dianiayai oleh majikan, sebab itu hari ini kita ingin tentukan supaya ada undang-undang dan peraturan-peraturan yang mana kalau majikan melanggar maka tindakan boleh diambil terhadap mereka. Waktu ini kita belum ada undang-undang ataupun peraturan-peraturan. DR. 22.10.2019 5 2. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Menteri Pendidikan menyatakan tindakan tegas yang diambil terhadap penganjur Debat Piala Tun Razak 2019 yang telah bertindak melampau dengan menyentuh hal ehwal syariah hukum Islam yang sudah termaktub di dalam Al-Quran sebagai bahan perdebatan. Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Bismillahir Rahmanir Rahim, Tuan Yang di-Pertua, untuk

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    219 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us