RTF Document

RTF Document

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 16 MAC 2015, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 5 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1331-L67415 Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji mengenai kelemahan dan kekurangan Kerajaan dalam menangani insiden banjir baru-baru ini serta melakukan kajian semula terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) sistem pengurusan bencana untuk penambahbaikan pada masa hadapan. 2. PR-1331-L65442 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- (a) jumlah pesakit luar dan dalam didaftarkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 2014 dan jumlah pesakit yang mampu ditampung oleh hospital itu; dan (b) perancangan Kementerian untuk membina sebuah hospital awam pertama di Petaling Jaya. 3. PR-1331-L66830 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan yang telah memutuskan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas dalam memantau kes pencerobohan perairan antara Malaysia-Indonesia seperti yang diperbincangkan dalam pertemuan dengan Presiden Indonesia ke Malaysia baru-baru ini. 4. PR-1331-L66481 Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tindakan susulan Kerajaan setelah barangan elektronik buatan Malaysia disenaraihitamkan sebagai barangan buatan buruh paksaan oleh Kerajaan Amerika Syarikat pada 1 Disember 2014. Nyatakan implikasi kepada ekonomi Negara. 2 AUM DR 16/3/2015 5. PR-1331-L66046 Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah RTC yang dibina setakat ini dan ada atau tidak rancangan pembinaan untuk ditambah sebuah lagi RTC di tengah-tengah Kelantan iaitu di kawasan Machang bagi membolehkan rakyat negeri Kelantan menikmati kemudahan tersebut. 6. PR-1331-L65991 Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:- (a) intensiti ekzos pelepasan di Malaysia bagi lima tahun yang lepas; dan (b) sasaran bagi tempoh lima tahun akan datang dan langkah- langkah yang diambil oleh Kerajaan setakat ini untuk mengurangkan pelepasan 7. PR-1331-L65570 Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah hasil maklum balas awam berkaitan cadangan penggubalan akta baharu yang mencadangkan merotan anak sebagai kesalahan jenayah bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001, memandangkan tercetus polemik dan kontroversi mengenainya. 8. PR-1331-L65791 Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah pendapatan Syarikat PLUS yang diperoleh hasil daripada 3 peratus yang dipungut kepada peniaga R&R sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan sehingga tahun 2014. 9. PR-1331-L66021 Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah perancangan serta sasaran pihak Kementerian bagi tahun 2015 di dalam menyediakan bekalan air terawat kepada penduduk di sekitar pedalaman Baram. 10. PR-1331-L65973 Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah banjir besar daripada segi jangka pendek dan jangka panjang untuk seluruh negeri Kelantan. 11. PR-1331-L66498 Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan:- (a) apakah keberkesanan kempen kesukarelawan dalam memastikan peniaga menurunkan harga barangan; dan AUM DR 16/3/2015 3 (b) apakah statistik tindakan yang diambil terhadap peniaga dalam OPS Catut yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. 12. PR-1331-L65961 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan dan akan diambil bagi memberi kefahaman kepada rakyat terutama pengguna domestik yang terlibat dengan surcaj 1.6 peratus berkait dengan FiT dan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu. 13. PR-1331-L66466 Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kenapakah terdapat stok beras yang banyak di kilang-kilang padi swasta baru-baru ini sehinggakan kilang-kilang padi swasta tidak dapat membeli padi daripada petani di negeri Perlis. Apakah permit import beras perlu dikaji semula. 14. PR-1331-L65918 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kemajuan yang dicapai setakat ini di bawah Pelan Pemulihan Nasional untuk mewujudkan keharmonian kaum dan toleransi agama(National Reconciliation Plan) di negeri ini. 15. PR-1331-L66205 Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil dalam menyelesaikan masalah PATI di sempadan terutamanya di Padang Besar di mana baru-baru ini terjumpanya kem pelarian yang dibuat oleh sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Padang Besar. 16. PR-1331-L67297 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah fungsi dan peranan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM). 17. PR-1331-L65634 Dato' Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- (a) apakah kelemahan “fundamental” merupakan punca kenapa nilai ringgit jatuh berbanding dengan nilai mata wang asing utama atau terdapat unsur-unsur spekulasi di pasaran mata wang; dan (b) berkait dengan perkara di atas, apakah pelan strategik dan langkah-langkah untuk mengukuhkan kembali nilai ringgit yang kini berada pada RM3.55 - RM3.60 berbanding satu USD. 4 AUM DR 16/3/2015 18. PR-1331-L66584 Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik terkini pendaftaran masuk bagi sistem 1BestariNet, dipecahkan mengikut murid, guru dan ibu bapa. 19. PR-1331-L65592 Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan anggaran kerugian sektor pertanian serta industri asas tani akibat bencana banjir besar di Pantai Timur dan apakah langkah strategik dalam memulihkan semula komoditi pertanian dan industri hiliran pertanian di kawasan yang terbabit. 20. PR-1331-L67304 Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- (a) usaha Kementerian mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dari Jalan Lebuh Raya Batu Arang dari Seksyen U10 Shah Alam sehingga Jalan Sungai Buloh ; dan (b) dari Persimpangan Bukit Jelutong, Lebuh Raya Guthrie (E35) sehingga simpang Lebuh Raya Persekutuan. 21. PR-1331-L66927 Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah Kementerian bersetuju supaya semua rantaian stesen minyak Petronas yang berjumlah lebih daripada 1,000 stesen diwajibkan mengambil barang-barang keluaran syarikat Bumiputera demi untuk memberi peluang memasarkan barangan mereka kerana rata-rata pengeluar barangan Bumiputera mengeluh barangan mereka tidak ada tempat untuk dipasarkan. 22. PR-1331-L65992 Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah pampasan yang dibayar kepada dua syarikat swasta asal yang menguruskan AES apabila sistem saman AES ini diambil alih oleh Syarikat Milik Kerajaan. 23. PR-1331-L66363 Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelan jangka panjang bagi mengatasi bencana banjir pada masa akan datang. 24. PR-1331-L67245 Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah “Intellectual property” yang dikurniakan ataupun dalam status “Patent pending” kepada syarikat MyEG, senaraikan nombor paten serta nombor aplikasi. Senaraikan jenis kerja serta jumlah “outsourcing” daripada Kerajaan kepada syarikat tersebut. AUM DR 16/3/2015 5 25. PR-1331-L67417 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- (a) apakah statistik terkini jumlah doktor dan apakah nisbah doktor kepada pesakit dalam negara kita; dan (b) sejauh mana tepat dakwaan yang menyatakan doktor di negara kita berlebihan. 26. PR-1331-L66781 Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang diambil bagi mengatasi kenaikan pada harga runcit minyak petrol dan diesel jika berlaku kenaikan mendadak pada harga minyak mentah dunia. 27. PR-1331-L66175 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang diambil untuk mengukuhkan lagi kemampuan agensi-agensi tertentu seperti Jabatan Meteorologi dalam membuat ramalan dan "Forecasting" cuaca/iklim yang lebih tepat agar kesilapan/kelemahan yang berlaku pada tahun 2014 dapat dielakkan serta tindakan pro-aktif yang lebih tepat dan berkesan dapat dirangka lebih awal lagi. 28. PR-1331-L66233 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah peranan Malaysia dalam perang seluruh dunia terhadap ISIL. Apakah Malaysia akan menghantar anggota askar dan senjata untuk menyertai usaha masyarakat antarabangsa untuk memerangi ISIL di Iraq dan/atau Syria. 29. PR-1331-L67207 Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kedudukan terkini berhubungan dengan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan apakah halangan dalam pelaksanaan perjanjian terbabit.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    17 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us