Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Selasa, 11 Oktober 2

Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Selasa, 11 Oktober 2

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 11 OKTOBER 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 52 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. 69-100775 Dato’ Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan perkhidmatan wakil pos di kawasan luar bandar dan adakah Kerajaan akan menambah faedah untuk wakil pos demi menjaga kebajikan mereka. 2. 73-100205 Dato’ Wan Adnan Bin Wan Mamat [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan setakat ini apakah bentuk teknologi tinggi dan moden yang telah berjaya dikomersialkan Kementerian bagi meningkatkan hasil tanaman petani, terutama pesawah padi dan pekebun. Nyatakan strategi tersebut dalam membantu mereka membangunkan industri kecil dan sederhana berasaskan hasil tanaman mereka. 3. 167-100484 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan PUSPAKOM bergerak di kawasan pedalaman Negeri Sabah. 4. 115-101112 Dato’ Firdaus Bin Harun [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah bagi membantu IPTS di negara ini khususnya IPTS bumiputera bagi menghadapi persaingan di peringkat global dan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan. 2 AUM DR 11/10/2005 5. 176-100053 Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan bilangan serangan lanun di Selat Melaka terhadap kapal-kapal saudagar Malaysia dan asing pada tahun 2000 hingga tahun ini. 6. 199-100741 Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah tahap kemajuan yang telah dicapai dalam rancangan Koridor Raya Multimedia (MSC). 7. 72-100623 Tuan Muhamad Shahrom Bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan garis panduan dalam penggunaan jarum suntikan yang akan dilaksanakan bagi memastikan jarum suntikan yang diagihkan kepada penagih dadah yang menghidap HIV atau AIDS tidak di salahgunakan. 8. 191-100668 Dato’ Jacob Dungau Sagan [ Baram ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilangan projek mini-hidro yang telah dilaksanakan dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi menjana bekalan elektrik di luar bandar khususnya di negeri Sarawak. 9. 62-101311 Brig Jen (B) Datuk Seri Abd Hamid Ngah @ Zainal Abidin [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan sejauh manakah usaha memperkayakan modal budaya orang Melayu tercapai bagi membawa lonjakan perkasa bangsa Melayu. 10. 9-100920 Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Ariffin [ Jerlun ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian akan merangka satu aktiviti khas yang boleh menarik minat pelajar-pelajar semasa cuti sekolah panjang yang akan datang bagi memanfaatkan masa mereka untuk mengelakkan salah laku moral dan kurang disiplin. 11. 142-100071 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) peruntukan kewangan tahunan diluluskan untuk Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional bagi 5 tahun yang lalu; dan (b) bilangan pegawai perpaduan mengikut kaum dan apakah kejayaan yang dicapai melalui program perpaduan yang telah dilaksanakan. 3 AUM DR 11/10/2005 12. 75-100530 Tuan Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah cadangan Kementerian bagi menangani masalah guru-guru yang mengalami 'stress' (tekanan) akibat daripada bebanan tugas sebagaimana yang didakwa oleh NUTP baru- baru ini. 13. 202-100234 Tuan Lim Hock Seng [ Bagan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perkembangan terbaru mengenai Skim Insurans Kesihatan Negara (SIKN). Bilakah Hospital Seberang Jaya, Prai akan mengadakan mesin CT Scan dan MR1. 14. 138-100379 Tuan Syed Hood Bin Syed Edros [ Parit Sulong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan kaedah yang akan dilaksanakan sebagai penanda aras untuk mencari kelemahan pendaftaran talian prabayar telefon bimbit sekiranya ia dilaksanakan kelak serta bagaimanakah kaedah ini dinilai dan diperbaiki jika terdapat kecacatannya. 15. 206-101202 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada satu Panel Penasihat Antarabangsa Pendidikan Tinggi akan ditubuhkan demi memastikan kualiti pengajaran serta prestasi pelajar di institusi pendidikan tempatan kita terjaga tanpa terus kehilangan ahli akademik yang berkaliber. 16. 15-100318 Dato’ Dr. Wan Azmi Bin Wan Ariffin [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk menyambung semula program IADP dan menambahkan skop liputannya. 17. 209-101219 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah subsidi petroleum pada 1 Januari 2005 dan pendapatan bersih yang dijangka akan diperolehi oleh Kerajaan selepas kenaikan harga petrol sebanyak 2 kali pada akhir tahun ini. Macam manakah Kerajaan mengagihkan pendapatan bersih ekoran kenaikan harga petrol. 18. 207-101310 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tahap pemulihan projek-projek bermasalah seperti MRR2 Kepong, Matrade, Lebuh raya Utara Selatan dan Saluran ketiganya, Lebuh raya Pantai Timur, PORR, bangunan-bangunan hospital dan sekolah. Apakah laporan MRR2 yang berakhir dan jadual memperbaikinya serta Hospital-hospital Temerloh, Pandan, dan Johor Bahru. 4 AUM DR 11/10/2005 19. 34-100002 Dato’ Razali Bin Ismail [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah benar terdapat rancangan untuk menyerahkan jawatan Pengarah Perubatan dan Paramedik kepada PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik). Mohon dijelaskan rasionalnya. 20. 58-101384 Dato’ Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh [ Gerik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapa tidak diperkenalkan semula kuasa merotan terhadap pelajar-pelajar sekolah yang melanggar disiplin dan mengganas memandangkan cara begini pada masa-masa lalu berjaya mengawal disiplin pelajar dengan amat berkesan. 21. 13-100254 Tuan Hashim Bin Jahaya [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa banyakkah hasil penyelidikan MARDI yang telah dikomersialkan dengan jayanya dan langkah-langkah Kementerian melalui MARDI yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-9 bagi mempertingkatkan mutu dan jumlah hasil penyelidikan yang boleh dikomersialkan dengan jayanya bagi memartabatkan sektor pertanian di Malaysia ke tahap yang lebih baik di dalam dan luar negara. 22. 32-100997 Tuan Mohamed Yusop Bin Majid [ Setiu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tekanan yang dihadapi (stress) guru-guru yang semakin membimbangkan dan telah menimbulkan reaksi yang kurang berkesan dalam iklim pendidikan sehingga masalah disiplin pelajar terus berlarutan dan apakah perancangan terbaik Kementerian dalam perkara ini. 23. 136-100576 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah 'road map' yang akan disediakan untuk menggalakkan syarikat-syarikat di Malaysia lebih giat menceburkan diri di dalam industri kitar semula bagi kebaikan alam sekitar, ekonomi dan pendidikan. 24. 216-100798 Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) apakah projek-projek pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan di kawasan Parlimen Tanjong sejak tahun 2000; dan (b) nyatakan bagaimana peruntukan pembangunan bagi kawasan Parlimen Tanjong diuruskan dan nyatakan peruntukan yang digunakan sejak tahun 2000. 5 AUM DR 11/10/2005 25. 18-100809 Tengku Razaleigh Bin Tengku Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pelaburan bagi tiap-tiap jenis dan sektor yang dibuat atas nama Khazanah Nasional sehingga sekarang ini dan nyatakan prestasi setiap pelaburan sejak pengurusan baru mengambil alih pelaburan-pelaburan tersebut berbanding dengan keadaan sebelumnya. 26. 37-101280 Datuk Haji Rosli Bin Mat Hasan [ Dungun ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah Malaysia bercadang untuk menggunakan Tenaga Nuklear atau alternatif lain dalam menangani krisis kenaikan harga minyak. 6 AUM DR 11/10/2005 ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL 1. (D.R. 23/2005) Rang Undang-undang Perbekalan 2006 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [ 10 Oktober 2005 ] DAN Usul dibuat oleh Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan:- “ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada tiga puluh lima bilion lima ratus dua juta empat puluh empat ribu enam ratus ringgit (RM35,502,044,600) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2006, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2006, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 21 Tahun 2005, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut hendaklah disahkan. “ Menyambung semula Perbahasan atas masalah [10 Oktober 2005] 2. (D.R. 25/2005) Rang Undang-undang Saraan Hakim Bacaan Kali (Pindaan) 2005 Yang Kedua 3. (D.R. 26/2005) Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) “ 2005 4. (D.R. 27/2005) Rang Undang-undang Kewangan 2005 “ 5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “ Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    21 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us