Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 52 Rabu 18 November 2015 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2016 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.10, B.11, B12 (Halaman 26) Maksud B.13 (Halaman 83) Maksud B.20 (Halaman 123) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Anggaran Pembangunan 2016 Jawatankuasa:- Maksud P.10 dan P.70 (Halaman 26) Maksud P.13 (Halaman 83) Maksud P.20 (Halaman 123) DR.18.11.2015 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Rabu, 18 November 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Tuan Yang di-Pertua, just before the House commence, dengan izin, I wish to request the House here to observe the one minute of silence to respect of this captive that has been murdered by Abu Sayyaf, Mr. Bernard Then. Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Ya, saya sokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, menjadi tradisi Parlimen. Duduk Yang Berhormat, untuk bertafakur jika ada kematian Head of State dan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, saya merakamkan simpati kepada keluarga mendiang Bernard yang dilaporkan telah dibunuh di selatan Philippines. Terima kasih Yang Berhormat. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah dan kategori latihan persijilan bertaraf antarabangsa yang sedang atau akan diusahakan dengan kerjasama pihak IPTA di negara ini bagi meningkatkan mutu pelajar-pelajar taraf vokasional dan teknikal. Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya hendak... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya. Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Ada penjelasan sedikit. Saya baru check the last time Dewan ini observe a minute of silence adalah untuk earth quick di Ranau, Sabah dan bukannya Head of State. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, pemimpin, pemimpin. Kita beri pemimpin, kita beri dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, ada juga dalam kalangan Ahli Parlimen yang tidak disebut dalam Dewan. Jadi, memadai Yang Berhormat saya katakan bahawa kita rakamkan takziah dan simpati kepada keluarga Bernard yang menghadapi dugaan kerana kematian mendiang. Ya, silakan Yang Berhormat Menteri. DR.18.11.2015 2 Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Pantun daripada Yang Berhormat Sik terlalu pendek untuk dijawab. [Ketawa] Walau bagaimanapun Yang Berhormat Sik, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab kepada soalan Yang Berhormat Sik, saya ingin mengalu-alukan kehadiran ketua-ketua masyarakat dari kawasan saya, Serian... [Tepuk] ...yang seramai 20 orang ada di atas itu. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Yang Berhormat Seputeh janganlah kacau kita. Saya tidak pernah kacau Yang Berhormat Seputeh pun. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sedang dalam usaha mempergiatkan kerjasama dengan badan persijilan antarabangsa seperti The Welding Institute (TWI) bagi kelayakan kimpalan dan Pearson Qualifications (Vocational) Malaysia bagi kelayakan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) dan Business and Technology Education Council (BTEC) untuk menambah baik kualiti program dan institusi serta memperkukuh penjenamaan dan profil TVET. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu bagi memberi peluang kepada pekerja mengikuti kursus-kursus persijilan atau akreditasi daripada badan persijilan dalam negara dan antarabangsa yang akan meningkatkan kemahiran dan membolehkan majikan menawarkan gaji yang tinggi. Kementerian Sumber Manusia melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia sedang melaksanakan program yang dipanggil 1Malaysia Globally Recognised Industry and Professional Certification in short 1MalaysiaGRIP. Pelaksanaan program ini menggunakan konsep public-private partnership yang mana peruntukan bagi membiayai yuran latihan di bawah program ini adalah dari levi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan juga peruntukan dari kerajaan. ■1010 Di bawah program 1MalaysiaGRIP, daripada 800 kursus dalam pelbagai bidang yang berbentuk persijilan atau akreditasi sama ada melalui kolaborasi dengan badan akreditasi dalam negara atau luar negara telah diluluskan. Kursus persijilan yang diluluskan termasuklah kursus kolaborasi dengan IPTA dan IPTS tempatan. Antaranya Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur Infrastructure University, Cyberjaya University College of Medical Sciences dan Open University Malaysia. Sejak pelaksanaan sesi pertama, 1MalaysiaGRIP iaitu pada 1 Ogos 2015 sehingga 6 November 2015, seramai 6,047 pekerja telah diluluskan di bawah program 1MalaysiaGRIP. Sekian, terima kasih. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa Malaysia berusaha untuk menjadi sebuah hab pendidikan serantau. Jadi, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, apakah inisiatif kerajaan untuk menarik pelajar-pelajar daripada luar negara terutamanya DR.18.11.2015 3 daripada negara-negara ASEAN dan juga negara-negara yang jauh dari Asia Tenggara untuk mengikuti program latihan kemahiran di Malaysia? Terima kasih. Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Terima kasih Yang Berhormat Sik. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah memperkenalkan Program Antarabangsa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional di Malaysia atau lebih dikenali SkillsMalaysia INVITE berdasarkan 29 sektor utama Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) sebagai inisiatif yang direka khas untuk para pelajar antarabangsa. Matlamat utama program ini dibangunkan adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab latihan kemahiran serantau yang melahirkan pekerja atau usahawan yang berkemahiran. Tuan Yang di-Pertua, sehingga bulan September 2015, terdapat 120 buah pusat bertauliah antarabangsa yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan 727 program latihan kemahiran. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Pembangunan Kemahiran telah ‘mempersijilkan’ 1,050 orang calon pelajar antarabangsa dalam tahun ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Langat. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang bijaksana. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab soalan yang diusulkan oleh Yang Berhormat Sik. Apa yang diketahui Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di- Pertua, kementerian mempunyai satu institusi ataupun satu pendidikan yang boleh menaiktarafkan anak-anak muda. Dalam kementerian, ada ILP yang mempunyai platform untuk anak-anak muda ini bagi mengetengahkan skil kemahiran mereka dan masih lagi bersikap vokasional dan bersikap sijil dan tidak menampakkan pengiktirafan daripada pihak swasta. Yang Berhormat Menteri, itu jelas. Apa yang diketahui, ILP ini, pelajar yang keluar tidak tahu ke mana mereka hendak pergi kerana tahap mereka sijil, Tuan Yang di-Pertua. Jadi soalan saya ialah, apakah langkah-langkah kerajaan untuk menaiktarafkan ILP dari sijil ke diploma atau degree untuk mendapat persaingan dan pengiktirafan daripada pihak swasta untuk bersaing di peringkat nasional atau international? Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman. Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat, my good friend. Pertamanya, untuk menyatakan sijil yang dikeluarkan oleh ILP yang ada di bawah Kementerian Sumber Manusia Tuan Yang di-Pertua, itu tidak tepat. Ini kerana berdasarkan statistik yang ada pada kita, kebolehpasaran daripada majikan amat menggalakkan. Walau bagaimanapun, tentang soalan kedua yang telah diajukan oleh Yang Berhormat, soalannya ialah untuk meningkatkan kemahiran dalam memberikan dari sijil yang ada sekarang kepada diploma dan ijazah. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai 23 Institut Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh negara. Untuk mereka yang ingin melanjutkan kemahiran mereka ke taraf diploma dan sebagainya, Kementerian Sumber Manusia sendiri mempunyai lapan advance technical institute dan institut ini yang kita panggil Advanced DR.18.11.2015 4 Technology Training Centre (ADTEC) yang memberikan diploma dan sudah tentu mereka yang mempunyai diploma dari ADTEC yang ada pada kita iaitu lapan kesemuanya, tambah satu lagi, Japan-Malaysia Technical Institute. Maka Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu mereka yang bakal atau sudah pun mempunyai diploma daripada segi kemahiran ini dapat diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke universiti atau degree, sekian terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang Berhormat Menteri, kita semua tahu bahawa pada masa ini B40 itu ramai di antaranya adalah orang yang tidak dapat meningkatkan taraf hidup mereka, income production, tidak boleh naik. Ini kerana

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    158 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us