
DR 6 TAHUN 2014 DEWAN RAKYAT YANG KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PROJEK PENINGKATAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU - KEMENTERIAN PENGANGKUTAN- LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS BIL PERKARA MUKASURAT 1. Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Terhadap Projek Peningkatan Lapangan Terbang Antarabangsa 1 Kota Kinabalu 2. Pandangan & Syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara 13 3. Agenda Mesyuarat a. Bilangan 3/2013 pada Rabu 20 November 2013 15 b. Bilangan 12/2014 pada Isnin 28 April 2014 16 4. Laporan Prosiding c. Bilangan 3/2013 pada Rabu 20 November 2013 d. Bilangan 12/2014 pada Isnin 28 April 2014 5. Dokumen Pembentangan LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA TERHADAP PROJEK PENINGKATAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU (RABU, 20 NOVEMBER 2013) 1. LATAR BELAKANG Projek Peningkatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah merupakan projek peningkatan lapangan terbang sedia ada bagi membolehkan pengendalian penumpang dan operasi pesawat yang lebih baik. Projek ini melibatkan 2 pakej iaitu Pakej 1 (menaiktaraf bangunan Terminal 1 dari aspek peningkatan keluasan lantai; passenger loading bridge; baggage reclaim carousel; tempat letak kenderaan terbuka dan aircraft parking bays) dan Pakej 2 (menaiktaraf Airside, Terminal 2 dan menara kawalan trafik udara serta bangunan pentadbiran Jabatan Penerbangan Awam). Kontraktor utama bagi Pakej 1 ialah WCT Engineering Berhad (WCT) dan Pakej 2 ialah Global Upline Sdn. Bhd. (GUSB). Kedua-dua kontraktor tersebut dilantik secara rundingan terus dengan konsep pelaksanaan secara reka dan bina. Kos bagi Pakej 1 adalah bernilai RM720 juta dengan tempoh kontrak selama 36 bulan (21 Mei 2006 hingga 20 Mei 2009). Manakala kos projek Pakej 2 berjumlah RM720 juta dengan tempoh kontrak selama 36 bulan (21 April 2006 hingga 20 April 2009). Pegawai Penguasa (SO) bagi Projek ini ialah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan dan KLIA Consultancy Services Sdn. Bhd. (KLIACS) dilantik sebagai perunding projek. 1 2. OBJEKTIF PERBINCANGAN OLEH JAWATANKUASA Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah membincangkan isu Projek Peningkatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 (Siri 1). Selaras dengan mandat yang diberi di bawah Perkara 77 Peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Perkara 304(a) Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2008), Jawatankuasa telah membuat pemeriksaan terhadap perkara ini dengan tujuan: a. Memastikan projek Kerajaan yang dilaksanakan mencapai objektif yang telah ditetapkan. b. Tiada pembaziran dan penyelewengan berlaku dalam pelaksanaan projek Kerajaan. c. Memastikan kerja yang dilaksanakan mematuhi undang-undang, peraturan dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. d. Pelan perancangan yang telah ditetapkan dapat dilaksanakan dengan baik. 3. SKOP DAN METODOLOGI Perbincangan telah dibuat melalui pendekatan berikut: a. Menjemput Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) bagi memberi penjelasan awal berhubung isu yang dibangkitkan; b. Memanggil pihak-pihak yang terlibat dalam Projek Peningkatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah iaitu Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam dan KLIA Consultancy Services Sdn. Bhd.; dan c. Menjemput wakil dari agensi Kerajaan pusat iaitu Kementerian Kewangan; Jabatan Akauntan Negara; Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit Perancang Ekonomi untuk hadir bersama. 2 4. HASIL PERBINCANGAN Sesi perbincangan dimulakan dengan penjelasan awal mengenai isu yang berkenaan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Selanjutnya, pihak yang terlibat dengan isu yang dibangkitkan iaitu Kementerian Pengangkutan yang diwakili oleh YBhg. Datuk Seri Long See Wool iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, dipanggil untuk memberikan keterangan. Perkara yang dibincangkan pada umumnya diringkaskan seperti berikut: 4.1. Penjelasan Awal Oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) memaklumkan bahawa pengauditan yang dijalankan adalah Projek Peningkatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah yang telah dibentangkan dalam Siri 1, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 pada 1 Oktober 2013. Skop pengauditan adalah bagi tempoh tahun 2006 hingga 2012 yang meliputi semakan antaranya melibatkan Kementerian Pengangkutan (Bahagian Pembangunan), Jabatan Penerbangan Awam (Ibu Pejabat, KLIA dan Sabah), Jabatan Perdana Menteri, Perunding Projek (KLIACS), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB - KLIA dan Sabah), Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Negeri Sabah(JPAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah. Prestasi fizikal keseluruhan projek bagi Pakej 1 adalah mengikut jadual setelah mengambil kira tiga lanjutan masa selama 290 hari. Bagi Pakej 2 pula, prestasi fizikal sebenar setakat 31 Mei 2012 ialah 94.3% berbanding dengan jadual, 94.2%, setelah mengambil kira lima lanjutan masa selama 1,106 hari dan perjanjian tambahan selama lapan bulan. Antara kelemahan yang dibangkitkan adalah seperti berikut: 3 a. Ketidakpatuhan Undang-Undang Alam Sekitar; Laporan EIA telah disediakan bagi aktiviti penebusgunaan tanah di tepi laut atau di tebing sungai oleh Chemsain Konsultant Sdn. Bhd. (perunding GUSB) dan diluluskan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS) pada 13 Februari 2007. Berdasarkan aduan awam dan pemeriksaan ke tapak projek, JPAS seterusnya mengenakan pindaan terhadap syarat tambahan iaitu GUSB perlu menggunakan kaedah pembinaan Precision Approach Lightings yang mesra alam tanpa melibatkan sebarang bentuk pengorekan pasir dasar laut atau pasir di kawasan Muara Sg. Petagas. Kaedah yang ditetapkan adalah temporary steel staging as working platform. Bagaimanapun, GUSB menggunakan kaedah barging. Selepas penamatan GUSB pada 31 Disember 2012, kontraktor baru yang dilantik akan dipastikan untuk menjalankan kerja mengikut syarat dan peraturan EIA yang berkuat kuasa. b. Pemasangan Instrument Landing System (ILS) ILS adalah suatu sistem yang akan memberi panduan kepada juruterbang bagi tujuan pendaratan. Berdasarkan perjanjian tambahan, pemasangan ILS dijadualkan siap pada 31 Ogos 2012. Bagaimanapun, kemajuan kerja pada bulan Jun 2012 hanya 0.08%. ILS adalah sebuah fasiliti yang meningkatkan kecekapan operasi kapal udara. ILS tidak mempengaruhi tahap keselamatan operasi kapal udara. Masih terdapat beberapa lapangan terbang dan landasan di negara ini yang tidak mempunyai ILS tetapi selamat digunakan untuk pendaratan kapal udara. Pada masa ini, 4 pendaratan visual approach dan VOR/DME approach digunapakai di LTAB Kota Kinabalu sejak 1 Mei 2012 selaras dengan AIP Supplement 21/2011 bertarikh 3 November 2011. c. Perpindahan Airasia Dari Terminal 2 Ke Terminal 1 Mesyuarat Majlis Ekonomi (EC) Bil 18/2011 telah memutuskan supaya operasi syarikat penerbangan tambang murah perlu dipindahkan dari Terminal 2 ke Terminal 1. Sungguhpun Terminal 1 telah mula digunakan semenjak bulan Mac 2010, namun AirAsia enggan berpindah dari Terminal 2 ke Terminal 1. AirAsia pada dasarnya boleh berpindah ke Terminal 1. Bagaimanapun, masih terdapat kerja pembinaan di sebahagian connecting Taxiway Charlie dan Taxiway Mike yang belum siap. Keadaan ini akan menjejaskan kecekapan operasi serta meningkatkan kos operasi AirAsia jika operasinya dipindahkan ke Terminal 1. Perpindahan operasi AirAsia wajar dilaksanakan apabila kerja berkaitan siap sepenuhnya. 4.2. Keterangan Oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan: a. Ketidakpatuhan Terhadap Undang-Undang Alam Sekitar, Environmental Impact Assesment (EIA) i. EIA perlu disediakan kerana pembinaan Precision Approach Light (PAL) melibatkan kawasan laut dan menjadi tanggungjawab kontraktor untuk melaksanakan Kajian EIA. ii. Projek ini dilaksanakan secara Design & Build di mana kontraktor bertanggungjawab dalam mematuhi syarat-syarat EIA. 5 iii. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS) telah meluluskan kaedah temporary steel staging yang lebih mesra alam sekitar dan tidak mengakibatkan impak negatif. Bagaimanapun pihak kontraktor telah menggunakan kaedah berbeza iaitu barging. Pihak Perunding telah mengeluarkan NCR kepada Kontraktor kerana tidak melaksanakan kerja mengikut kaedah yang telah diluluskan. Ulasan Audit: Berdasarkan pematuhan kepada EIA, pihak Kontraktor tidak mematuhi kaedah pembinaan PAL yang diluluskan iaitu pembinaan secara temporary steel staging. Permohonan penggunaan Kaedah barging tidak dibuat kepada JPAS untuk dilaksanakan. b. Pemasangan Instrument Landing System (ILS) i. ILS merupakan peralatan bantuan pendaratan yang membantu juruterbang membuat pendaratan. Tidak semua lapangan terbang dilengkapi dengan ILS tetapi masih selamat digunakan. Bagi lapangan terbang yang tidak dilengkapi ILS, terdapat prosedur tertentu yang perlu dipatuhi oleh juruterbang. ii. Dalam isu KKIA, peralatan ILS perlu ditanggalkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemanjangan landasan. ILS yang baru akan dipasang apabila kerja-kerja pemanjangan landasan telah siap sepenuhnya. Oleh itu, terdapat selang masa di mana ILS tidak berfungsi semasa kerja dilaksanakan dan pendaratan masih dapat dilakukan. iii. Keperluan lapangan terbang mempunyai ILS adalah untuk membantu meningkatkan kecekapan pendaratan. iv. Peralatan ILS masih tidak dipasang kerana kerja-kerja landasan masih tidak siap. 6 v. ILS adalah di bawah Navigation Aids System (NAVAIDS) dan seperti yang
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages170 Page
-
File Size-