No. Soalan: 478 Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

No. Soalan: 478 Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

NO. SOALAN: 478 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN BUKAN LISAN DARIPADA YB. TUAN HEE LOY SIAN [ PETALING JAY A SELATAN ] SOALAN YB. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:- a) jumlah pelancong luar negara bagi tempoh 2010-2014; dan b) usaha penarikan pelancong dari negara China. l \°\\ JAWAPAN : PATO’ SERI MOHAMED NAZR1 BIN ABDUL AZIZ MENTERI PELANCONGAN PAN KEBUPAYAAN Tuan Yang di-Pertua, Data ketibaan pelancong asing ke Malaysia dari tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti yang berikut :- Tahun Ketibaan PelanCong Asing 2010 24.6 juta 2011 24.7 juta 2012 25.0 juta 2013 25.7 juta 2014 27.4 juta Tuan Yang di-Pertua, Usaha-usaha penarikan pelancong dari China adalah berikut:- i) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Tourism Malaysia bersama wakil-wakil industri telah mengadakan roadshow ke negara China, Taiwan dan Hong Kong bagi mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil kanan kerajaan serta pengusaha industri pelancongan untuk memulihkan semula keyakinan pasaran. 2 ii) Mengadakan usahasama dengan agensi pelancongan China untuk melancarkan penerbangan charter (Sewa Khas) secara jangka panjang dari bandar-bandar 2nd Tier dan 3rd Tier. Antara penerbangan yang sedang dijaiankan dan akan dijalankan adalah seperti yang berikut: (a) Sebanyak 22 penerbangan charter bagi sektor Chongqing- Kota Kinabalu selama 2 bulan bermula Julai 2015; (b) Sebanyak 36 penerbangan charter bagi sektor Hangzhou, Guangzhou dan Shenzhen- Kota Kinabalu selama 6 bulan bermula Julai 2015; dan (c) Sebanyak 79 penerbangan charter bagi sektor Wuhan - Kuala Lumpur selama 12 bulan bermula Jun 2014 sehingga Jun 2015. iii) Antara program-program promosi yang telah dan akan dilaksanakan pada setengah tahun pertama 2015 adalah seperti berikut:- a) Misi Jualan ke China (Shantou, Xiamen, Fuzhou, Changsha), 19-25 Mac 2015; b) Misi Jualan ke Taiwan (Taipei, Taichung, Kaohsiung), 1 2 -1 7 Apr 2015; c) Shanghai World Travel Fair & MyFest Promotion 2015 , 6 - 1 3 Mei 2015; dan 3 d) Beijing International Tourism Expo (BITE) and Roadshow ke Beijing dan Yinchuan, 24 - 28 Jun 2015 Sekian, terima kasih. 4 RT50/479 JAWAPAN SOALAN PE RSI DANG AN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA : TUAN HEE LOY SIAN [ PETALING JAYA SELATAN ] JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PERTANYAAN BERTULIS Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan peruntukan tahunari yang diterima oleh SJK (C) Chen Moh (Seksyen 2, Petaling Jaya), SJK (C) Yuk Chyun (PJS 1, Petaling Jaya), SJK Katolik (Seksyen 10, Petaling Jaya), SK Sri Damai (Seksyen 17, Petaling Jaya) dan SJK (T) Vivekenanda (Seksyen 8, Petaling Jaya) bagi tempoh tahun 2010 hingga 2014. JAWAPAN Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyalurkan peruntukan Mengurus kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk tahun 2013 sebanyak RM4,100,570,830 dan tahun 2014 sebanyak RM 4,153,808,390 bagi tujuan perbelanjaan mengurus emolumen dan pengoperasian semua sekolah. Peruntukan disalurkan kepada semua jenis sekolah adalah berasaskan kepada enrolmen murid yang terdapat di sekolah berkenaan..

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    5 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us