JABATAN PERPADUAN NEGARA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DAN INTEGRASI NASIONAL MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI PANDUAN PENGURUSAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI Rukun Negara Pengisytiharan BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN 2 PANDUAN PENGURUSAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 1. PENDAHULUAN 1.1 Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah mengganggugugat keamanan dan kestabilan negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang negara serta memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai di kalangan rakyat. 1.2 Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara di bawah Peraturan- Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu-isu perpaduan nasional dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan hubungan antara kaum. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum memerlukan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 yang menjadi pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara. 1.3 Rukun Negara perlu difahami dan dimengertikan dengan sedalam- dalamnya. Ianya tidak boleh hanya diterima untuk dihafal dan dilafazkan sebagai satu ikrar dalam majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi. Rukun Negara adalah lebih daripada ini. Rukun Negara adalah satu dokumen yang komprehensif yang menjadi pedoman dan pegangan negara dan rakyat, menentukan kehidupan dan masa depan kita. 1.4 Rukun Negara adalah hak rakyat dan hak negara, dan setiap rakyat mestilah bersedia mendukung dan mempertahankannya sebagai asas atau pedoman untuk masa depan negara kita dan untuk menuju ke arah kejayaan yang lebih cemerlang lagi. (Y.Bhg. Tun Dr. Muhammad Ghazalie bin Shafie, 9 hb. April 1971). 3 2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA 2.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) di sekolah-sekolah telah disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara terus berkekalan. Beliau berharap agar menerusi Kelab Rukun Negara ini, para pelajar akan dapat didedahkan tentang kelima- lima prinsip Rukun Negara supaya mereka benar-benar dapat memahami serta menghayatinya dan seterusnya dapat diamal dan dijadikan sebagai budaya hidup seharian. 2.2 Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah bertarikh 16 November 2000 kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. 2.3 Pada bulan Ogos 2004, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang pada ketika itu terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diarahkan supaya menyediakan Kertas Jemaah Menteri berhubung dengan pengukuhan pelaksanaan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah serta perluasan Kelab Rukun Negara di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan juga swasta. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan hendaklah mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2.4 Sebagai tindakan susulan, beberapa siri perbincangan dengan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah diadakan. Seterusnya, Majlis Pelancaran Kelab Rukun Negara Peringkat IPT telah diadakan pada 13 September 2005, bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia. 2.5 Bagi memastikan Kelab Rukun Negara di IPT bergerak aktif, maka JPNIN dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi dan Universiti Utara Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bengkel Pemantapan Hala Tuju Kelab Rukun Negara di IPT pada 28 hingga 30 Ogos 2008 bertempat di Universiti Utara Malaysia. Antara syor yang telah diutarakan dalam bengkel tersebut ialah 4 penjenamaan semula Kelab Rukun Negara di IPT kepada Sekretariat Rukun Negara (SRN). 3. OBJEKTIF SEKRETARIAT RUKUN NEGARA 3.1 Menjadi mekanisme kepada Kerajaan di peringkat IPT dalam memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan mahasiswa terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara. 3.2 Menjadikan Sekretariat Rukun Negara sebagai `platform’ berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa. 3.3 Meningkatkan kesedaran khususnya di kalangan mahasiswa untuk mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara. 3.4 Mewujudkan negara bangsa yang mampu bersaing dan berdiri sama tinggi di persada dunia. 4. VISI SEKRETARIAT RUKUN NEGARA Menjadi tonggak dan pemangkin kepada pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan mahasiswa berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. 5. MISI SEKRETARIAT RUKUN NEGARA Melahirkan warga mahasiswa yang sentiasa mendukung dan mempertahankan Rukun Negara sebagai landasan hidup yang menyatukan seluruh rakyat ke arah mencapai negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. 6. MODUS OPERANDI SEKRETARIAT RUKUN NEGARA Peranan dan tanggungjawab bagi mewujud dan memperkukuhkan Sekretariat Rukun Negara (SRN) di IPT adalah seperti berikut:- 5 TINDAKAN / JABATAN TANGGUNGJAWAB PELAKSANAAN 1. Jabatan Ketua Pengarah -Garis Panduan Perpaduan Timbalan Ketua -Cadangan aktiviti Negara dan Pengarah (Operasi) -Kepegawaian/Fasilitator Integrasi Pengarah -Bahan cetak Nasional Bahagian Perpaduan -Promosi Masyarakat -Kewangan -Pemantauan -Pelaporan 2. Jabatan Ketua Pengarah -Pemantauan Pengajian Tinggi Pengarah Bahagian -Penyelarasan Malaysia Hal Ehwal & -Pelaporan Pembangunan Pelajar 3. Jabatan Pengarah -Penyelarasan Perpaduan Jabatan Perpaduan -Kewangan Negara dan Negara dan Integrasi -Penasihatan dan Integrasi Nasional Negeri -Pelaksanaan Nasional Negeri -Aktiviti -Pelaporan 4. IPT Timbalan Naib -Penubuhan Sekretariat Canselor/ Timbalan -Cadangan dan Rektor/Timbalan Pelaksanaan Aktiviti Presiden/ Dekan/ -Kewangan Pengarah (HEPA) -Khidmat Nasihat -Pelaporan 7. PROSEDUR DAN FORMAT PENUBUHAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA 7.1 Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor/Timbalan Presiden / Dekan/Pengarah (HEPA) hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di peringkat IPT masing-masing. 7.2 Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan Sekretariat Rukun Negara di IPT 6 masing-masing dengan berpandukan kepada format perlembagaan seperti di Lampiran A. 7.3 Setelah menerima kelulusan daripada pihak pengurusan IPT masing-masing, HEPA akan melantik Penyelaras, Penasihat dan Majlis Tertinggi Sekretariat Rukun Negara. 7.3.1 JAWATANKUASA PERINGKAT IPT Keanggotaan Jawatankuasa Sekretariat Rukun Negara di peringkat IPT adalah seperti berikut: (a) Penaung - Timbalan Naib Canselor/ Timbalan Rektor/Timbalan Presiden/Dekan/Pengarah (HEPA) (b) Penasihat - Pegawai Universiti (c) Penyelaras - Pegawai HEP (d) Presiden - Seorang Mahasiswa (e) Timbalan - Seorang Mahasiswa Presiden (f) Setiausaha - Seorang Mahasiswa Kehormat (g) Penolong - Seorang Mahasiswa Setiausaha Kehormat (h) Bendahari - Seorang Mahasiswa Kehormat (i) Exco - Lima orang Exco (berdasarkan 5 prinsip Rukun Negara) (j) Juru Audit - Dua orang mahasiswa Kehormat Jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan Lima Exco 7 adalah Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik oleh pihak Hal Ehwal Pelajar. Pelantikan Jawatankuasa mestilah terdiri daripada berbilang kaum kecuali bagi IPT yang mahasiswanya terdiri daripada satu kaum sahaja. 7.4 Majlis Tertinggi Sekretariat Rukun Negara ini perlu memanggil satu Mesyuarat Agung Tahunan untuk memperkenalkan Jawatankuasa baru serta berbincang mengenai pengurusan sekretariat. 7.5 Jawatankuasa Sekretariat Rukun Negara hendaklah
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages51 Page
-
File Size-