Aturan Urusan Mesyuarat

Aturan Urusan Mesyuarat

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 26 NOVEMBER 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 8 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1433-MQT1097 Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan sejauh manakah Agrobank memainkan peranan dalam pembiayaan mikrokredit bagi membantu usahawan mikro yang mengusahakan aktiviti perniagaan yang berasaskan pertanian dan industri makanan. Apakah kemudahan kewangan yang disediakan oleh Agrobank untuk sektor ini dalam mengharungi cabaran ekonomi pasca COVID-19. 2. PR-1433-MQT1099 Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perincian berkenaan insiden serangan terhadap dua anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia- Thailand dan langkah terkini Kerajaan dalam memperketatkan lagi kawalan sempadan antarabangsa agar sindiket penyeludupan lumpuh sepenuhnya. 3. PR-1433-MQT1098 Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan perkembangan semasa berkait Program PENJANA KPT-CAP yang telah dilancarkan mulai Oktober 2020 termasuk jumlah semasa perbelanjaan yang telah digunakan dan jumlah graduan yang telah menerima manfaat sepanjang pelaksanaan pelan ini serta jaminan KPT terhadap kebolehpasaran baki graduan yang di luar sasaran inisiatif ini kerana mereka juga berhak menerima manfaat yang sama dalam keadaan pasca pandemik COVID-19. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 26 NOVEMBER 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 43 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1433-L10595 Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan pendapatan eksport produk agrikomoditi daripada keseluruhan pendapatan eksport negara bagi tahun 2010 hingga 2020 dan apakah peningkatan harga agrikomoditi utama seperti harga purata minyak sawit mentah yang dijangka mencecah RM2,800/tan menjelang akhir tahun 2020 atau suku pertama tahun 2021. 2. PR-1433-L10519 Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik salah laku rasuah di kalangan kakitangan Kerajaan dan apakah langkah-langkah pencegahan yang sedang dilakukan. 3. PR-1433-L10387 Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan pembangunan yang diluluskan kepada pihak RECODA sejak tahun 2015 dan nyatakan nama projek yang sedang/siap dilaksanakan di kawasan Baram. AUM DR 26/11/2020 2 4. PR-1433-L11094 Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan bilakah Pakej 5 (Raub ke Bentong) Projek Central Spine Road akan disiapkan dan bilakah kerja pembinaan untuk Pakej 6 (Bentong ke Simpang Pelangai) akan bermula. 5. PR-1433-L10155 Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah prosedur dan caj yang dikenakan bagi mendapatkan data daripada Jabatan Perangkaan Negara (DOS) melalui Cencus 2020 yang dijalankan pada masa ini bagi tujuan perancangan dan kajian 'masterplan' sesuatu tempat dan daerah. 6. PR-1433-L11185 Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah bantuan yang diberikan kepada SMEs dalam negeri untuk mengatasi kemerosotan ekonomi yang diakibatkan oleh pandemik COVID-19 kebelakangan ini dan berapa daripada jumlah itu adalah diberikan kepada SMEs di Sarawak. 7. PR-1433-L10919 Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha yang telah dijalankan setakat ini untuk memastikan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan. 8. PR-1433-L10288 Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan dasar Kementerian untuk memperkukuh dan memperkasa agenda perpaduan kaum, keharmonian agama dan budaya ketika penularan wabak COVID-19. 9. PR-1433-L10409 Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah Kementerian untuk mewujudkan suatu akta bagi melindungi pengguna dalam urus niaga melalui talian digital serta pelindungan data pengguna yang dijual oleh portal perniagaan online. 3 AUM DR 26/11/2020 10. PR-1433-L11418 Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional membenarkan PRN Sabah diadakan tanpa SOP yang jelas dan kurang penguatkuasan terhadap SOP seperti tidak perlu kuarantin 14 hari bagi mereka yang pulang dari Zon Merah. 11. PR-1433-L10506 Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan :- (a) apakah usaha Kementerian bagi meningkatkan penglibatan usahawan kecil Bumiputera di luar bandar Sarawak dalam bidang keusahawanan; dan (b) berapa jumlah bantuan kepada usahawan kecil di kawasan Parlimen P204 Betong pada tahun 2019-2020. 12. PR-1433-L10844 Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kementerian akan memperkenalkan semua skim subsidi pekebun kecil untuk tanaman baru kelapa sawit di negeri Sabah dan Sarawak. 13. PR-1433-L11142 Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan kemajuan dan kebolehsiapan Projek Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) Banting, Selangor ke Changkat Jering, Taiping, Perak seperti yang dijadualkan. Adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac dan April 2020 memberi kesan kepada projek ini. 14. PR-1433-L10594 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan adakah benar bahawa Kerajaan telah mengarahkan kontraktor- kontraktor memberhentikan pemotongan rumput dan pembersihan papan tanda jalan di sepanjang jalan-jalan Persekutuan untuk bulan Oktober, November dan Disember 2020. Jika ya, nyatakan sebab-sebab. 15. PR-1433-L10639 Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah yang perlu diambil bagi membantu meningkatkan kualiti hidup warga emas dan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menambah baik sistem pemilihan bantuan agar dapat dinikmati golongan sasar. AUM DR 26/11/2020 4 16. PR-1433-L10235 Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 untuk negeri Sarawak. 17. PR-1433-L10116 Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menaik taraf Kompleks Sejarah Pasir Salak sebagai Pusat Tarikan Pelancongan. 18. PR-1433-L10703 Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan langkah terperinci untuk kesesakan dan aliran trafik yang sibuk di persimpangan Taman Sepilai, persimpangan Taman Batu Putih dan persimpangan Sungai Karangan di kawasan Parlimen Padang Serai. Mohon memberi keutamaan menyediakan lampu isyarat di tempat tersebut. 19. PR-1433-L10637 Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa jumlah individu yang telah ditamatkan daripada senarai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tahun 2019 dan 2020, dan apakah faktor yang menyebabkan mereka ditamatkan. 20. PR-1433-L11169 Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan banduan akhir setakat ini mengikut pecahan kewarganegaraan dan pecahan etnik warganegara Malaysia, jenis tuduhan, jantina, umur, bilangan tahun sebagai banduan akhir dan apakah perancangan Kerajaan untuk memansuhkan hukuman gantung mandatori dan bagaimanakah Kerajaan berhasrat untuk memperbaiki 'criminal justice system' di negara Malaysia . 21. PR-1433-L11190 Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status pelaksanaan berkenaan penurunan kuasa untuk pengedaran gas dari Kerajaan Persekutuan ke Kerajaan Negeri Sarawak. 5 AUM DR 26/11/2020 22. PR-1433-L10618 Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah perkembangan pendaftaran automatik serta layak mengundi bagi umur 18 tahun dan adakah terdapat sebarang kemungkinan ia akan diguna pakai dalam PRU-15 yang akan datang. 23. PR-1433-L10290 Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan semasa berhubung senarai penyata hutang peneroka yang berjaya diselesaikan pada 30 September 2020 dan bilakah kesemua peneroka akan menerima penyata tersebut. 24. PR-1433-L10408 Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah agenda ekonomi Kerajaan sekarang bagi membantu rakyat yang terjejas akibat COVID-19 sekarang terutama bagi rakyat di kawasan luar bandar. 25. PR-1433-L10289 Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan solusi bagi menyelesaikan masalah tunggakan bil elektrik lampu jalan di tanah rancangan FELDA, khususnya di Jempol yang tidak mampu dibayar oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). 26. PR-1433-L11315 Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam membantu Kerajaan Negeri Sabah yang paling terkesan dalam gelombang ketiga pandemik COVID-19 di Malaysia.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    30 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us