13 Oktober 2020 (Selasa)

13 Oktober 2020 (Selasa)

Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG KEEMPAT BELAS 13 OKTOBER 2020 (SELASA) Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 13 OKTOBER 2020 (SELASA) Kandungan Muka Surat Kehadiran Ahli Yang Berhormat 4 - 5 SOALAN-SOALAN LISAN Soalan No. 10 – Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) 6 Soalan No. 11 – Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) 10 Soalan No. 12 – Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) 13 Soalan No. 13 – Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) 15 Soalan No. 15 – Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin 18 Fadzil) Soalan No. 16 – Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) 21 Soalan No. 17 – Ahli Kawasan Telok Air Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) 23 Solan No. 18 – Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) 25 PENGUMUMAN MELANJUTKAN MASA PERSIDANGAN OLEH YAB. 26 KETUA MENTERI DI BAWAH PERATURAN 6A(1) PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2021 DAN USUL PEMBANGUNAN TAHUN 2021 Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) 27 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) mengambil bahagian dalam sesi 51 perbahasan DEWAN DITANGGUHKAN 2 Kandungan Muka Surat DEWAN DISAMBUNG SEMULA Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) mengambil bahagian 62 dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) mengambil bahagian dalam 71 sesi perbahasan Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) mengambil 75 bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) mengambil bahagian 80 dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) mengambil 85 bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) mengambil bahagian dalam sesi 92 perbahasan Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) mengambil bahagian dalam 97 sesi perbahasan Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) mengambil bahagian 102 dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) mengambil 105 bahagian dalam sesi perbahasan DEWAN DITANGGUHKAN 3 LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS Tarikh : 13 Oktober 2020 (SELASA) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Persidangan Dewan Sri Pinang, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah Pulau Pinang. BIL NAMA JAWATAN / AHLI KAWASAN 1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota 3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. Timbalan Ketua Menteri I / Rahman Pinang Tunggal 4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai 5. YB. Chong Eng Padang Lalang 6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 8. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga 9. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung 10. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 11. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal 12. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 13. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai Bakap 14. YB. Lim Guan Eng Air Putih 15. YB. Teh Lai Heng KOMTAR 16. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 17. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk 18. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang 19. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam 20. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima 21. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah 4 BIL NAMA JAWATAN / AHLI KAWASAN 22. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga 23. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus 24. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas 25. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir 26. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam 27. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar 28. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban 29. YB. H'ng Mooi Lye Jawi 30. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong 31. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun 32. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota 33. YB. Heng Lee Lee Berapit 34. YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua 35. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan 36. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga 37. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 38. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh 39. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam 40. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang TIDAK HADIR Bil. NAMA JAWATAN / AHLI KAWASAN 1. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 YB. Dato’ Abdul Razak Bin Jaafar Setiausaha Kerajaan Negeri 2 YB. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri 3 YB. Dato' Dr. Mohamad Farazi Bin Johari Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri 5 Dewan bersidang semula pada jam 9.30 pagi. Setiausaha Dewan: Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Timbalan Setiausaha Dewan: “Bacaan Doa”. Setiausaha Dewan: Soalan lisan. YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum ini, ingin sekali lagi saya nak memperingatkan kepada semua supaya diminta untuk mematuhi SOP-SOP yang telahpun ditetapkan. Ahli-ahli Yang Berhormat diminta juga untuk memakai pelitup muka sewaktu berada di dalam Dewan Persidangan ini. Baik bertanya ataupun menjawab. Kepada semua yang hadir ke dalam perkarangan Dewan juga diminta mematuhi segala SOP yang telahpun ditetapkan memandang kita sedang bersidang dalam zon merah. Sesi soalan lisan, saya mempersilakan Yang Berhormat Air Itam. Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang): Terima kasih. Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 10. 10. Kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Bukit Kukus pada 19 Oktober 2018 yang telah meragut 9 orang pekerja maut. (a) Apakah status kes kejadian tersebut? (b) Apakah inisiatif kerajaan bagi mengelakkan kemalangan seperti ini berlaku lagi? (c) Bilakah projek ini akan selesai dan dibuka untuk kegunaan awam? Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh): Terima kasih Dato’ Speaker dan juga kepada Yang Berhormat Air Itam dan semalam apabila saya bangun, saya tanya satu soalan, sama ada boleh atau tidak dan saya setuju dengan saranan daripada Yang Berhormat Dato’ Speaker supaya kita mematuhi SOP. Pematuhan SOP itu yang terpenting sepertimana dinyatakan oleh Ketua Menteri saya dalam ucapan beliau, tidak ada vaksin sekarang. Patuh SOP kerana keutamaan kita adalah keutamaan keselamatan dan keutamaan kesihatan rakyat Negeri Pulau Pinang. Thank you very much, Dato’ Speaker. I will proceed with my mask on. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Air Itam kerana tanya satu soalan berkenaan semua tahu, ada satu kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Bukit Kukus pada tahun 2018 iaitu 19 Oktober yang telahpun menyebabkan sembilan (9) orang pekerja meninggal dunia. Dan kita ditanya apakah status kes tersebut dan apakah hala tuju kita untuk elakkan dia. Itu pokok soalan dia. Dato’ Speaker, untuk makluman semua, status terkini bagi kes tanah runtuh di tapak pembinaan projek Bukit Kukus yang telah berlaku pada 19 Oktober 2018 ialah syarikat kontraktor telah didapati bersalah atas kecuaian dan diambil tindakan mahkamah oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ataupun DOSH. Denda yang dikenakan dalam kes itu, Dato’ Speaker ialah RM35,000.00 kepada syarikat kontraktor yang tersebut. Selain daripada itu, Dato’ Speaker, pengarah projek syarikat kontraktor tersebut juga telah dikenakan denda iaitu sebanyak RM35,000.00. So the company and also the director. 6 Dato’ Speaker, bagi mengelakkan kemalangan ini daripada berulang, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengambil beberapa langkah iaitu seperti berikut: (i) Mewajibkan kontraktor utama melantik jurutera perunding bertauliah bagi mereka membentuk, menyelia dan menyediakan pelan pembinaan untuk kerja-kerja tanah sementara di tapak. (ii) Memastikan Jurutera Perunding dan Jurutera Perunding Pemeriksaan bebas. That’s important. Independent checkers. Perlu mengawasi, menyelia dan mengambil tindakan sewajarnya demi keselamatan orang awam, harta awam dan juga persekitaran. (iii) Dato’ Speaker, memastikan semua laluan air semula jadi di tapak mesti dikaji, dikekalkan dan disalurkan tanpa menjejaskan aliran yang sedia ada. Seterusnya, (iv) Membina longkang dan parit sementara terlebih dahulu di kawasan-kawasan yang melibatkan kerja-kerja pemotongan serta penstabilan cerun. (v) Memastikan semua kerja-kerja mitigasi terutama yang melibatkan kerja-kerja penstabilan cerun perlulah disegerakan. (vi) Memantau peranan kontraktor utama, jurutera perunding utama dan jurutera perunding pemeriksaan bebas perlu lebih pro-aktif, perlu lebih pro-aktif, itu penting Dato’ Speaker, di tapak demi keselamatan orang awam, harta awam dan persekitaran dan akhirnya, (vii) Menyediakan jadual penyelenggaraan sistem perparitan dan kolam enapan sementara di tapak. Dan juga untuk jawapan kepada yang Berhormat Air Itam, projek pembinaan jalan ini kita jangka akan kalau boleh disiapkan untuk kegunaan awam pada pertengahan tahun depan kerana projek ini ada tiga (3) sektor yang dibuat oleh Majlis Bandaraya dan dua (2) pihak swasta, yang kepada kita dan satu (1) pihak swasta kita on time, jadual seperti jadual. Satu lagi

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    110 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us