Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 19 Rabu 12 Ogos 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 34) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.4 (Halaman 37) Maksud B.10, B.11, B.12 (Halaman 53) Maksud B.13 (Halaman 68) Maksud B.15 (Halaman 74) Maksud B.20 (Halaman 87) Maksud B.21 (Halaman 96) Maksud B.23 (Halaman 114) Maksud B.24 (Halaman 124) Maksud B.27 (Halaman 124) Maksud B.28 (Halaman 133) Maksud B.42 (Halaman 142) Maksud B.43 (Halaman 153) Maksud B.60 (Halaman 179) Maksud B.63 (Halaman 186) .../ii DR.12.8.2020 ii USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 35) Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.1) 2019 Jawatankuasa:- Maksud P.6 (Halaman 37) Maksud P.10 (Halaman 53) Maksud P.15 (Halaman 74) Maksud P.21 (Halaman 96) Maksud P.27 (Halaman 124) Maksud P.28 (Halaman 133) Maksud P.32 (Halaman 142) Maksud P.43 (Halaman 153) Maksud P.45 (Halaman 172) Maksud P.47 (Halaman 178) Maksud P.48 (Halaman 178) Maksud P.62 (Halaman 186) DR.12.8.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Rabu, 12 Ogos 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menjemput Yang Berhormat Jempol. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Langkawi hendak tubuh parti baharu, Nasib Melayu dijadikan taruhan, Soalan Jempol naik nombor satu, Mohon Timbalan Menteri beri jawapan. 1. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Kewangan menyatakan pelan tindakan untuk membantu individu-individu yang berdepan masalah kewangan dan pembayaran hutang akibat pandemik COVID-19, khususnya selepas tamat tempoh moratorium pada September 2020 bagi mengelakkan berlakunya peningkatan bilangan individu muflis. Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Abd Rahim bin Bakri]: Terima kasih Yang Berhormat Jempol di atas soalan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan akan melaksanakan kaedah moratorium bersasar selepas tamat moratorium secara automatik pada September 2020 nanti kepada individu terjejas seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Lanjutan moratorium bersasar dan peruntukan fleksibiliti pembayaran balik khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan iaitu― DR.12.8.2020 2 Pertama, individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih lagi belum dapat pekerjaan lain akan ditawarkan tempoh lanjutan moratorium pinjaman selama tiga bulan lagi oleh pihak bank masing-masing. Kedua, individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas akibat COVID-19 akan ditawarkan pengurangan ansuran pinjaman yang sepadan dengan pengurangan gaji mereka bergantung pada jenis pembiayaan. Institusi perbankan akan menawarkan tempoh fleksibiliti ini selama sekurang-kurangnya enam bulan. Institusi perbankan juga akan mempertimbangkan lanjutan penerimaan fleksibiliti pada akhir tempoh tersebut dengan mengambil kira gaji peminjam pada ketika itu. Bagi pembiayaan sewa beli, peminjam yang terjejas akan ditawarkan jumlah jadual ansuran pembayaran yang disemak semula supaya ia selaras dengan Akta Sewa Beli 1967. Selain itu, institusi perbankan juga komited untuk memberikan fleksibiliti pembayaran balik kepada individu lain dan semua peminjam PKS yang terjejas akibat COVID-19. Fleksibiliti yang ditawarkan oleh sesebuah bank akan mengambil kira keadaan spesifik setiap peminjam. Tawaran ini adalah termasuk:- (i) membenarkan peminjam membayar bahagian faedah sahaja bagi sesuatu pinjaman dalam tempoh tertentu; (ii) memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan ansuran bulanan; dan (iii) memberikan fleksibiliti lain sehingga kedudukan peminjam lebih stabil bagi menyambung pembayaran balik baki pinjaman. Individu yang menghendaki moratorium ini bolehlah memohon terus kepada bank bermula 7 Ogos 2020 untuk membolehkan bank mempunyai ruang yang mencukupi untuk memproses dan mempertimbangkan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Soalan tambahan pertama. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih. Saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana cukup prihatin dengan pengumuman lanjutan moratorium serta bantuan bank tersasar kepada individu yang kehilangan pekerjaan dan mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan COVID-19. Bagaimanapun, kadar pengangguran di Malaysia telah meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020, telah mencatatkan kelebihan 800,000 penganggur. Sudah tentulah dengan kelembapan ekonomi masa kini, angka tersebut tidak akan berhenti pada kadar ini sahaja. DR.12.8.2020 3 Bank Negara juga mengunjurkan pertumbuhan KDNK antara negatif dua peratus ke lima peratus. Kemerosotan KDNK sudah tentulah secara tidak langsung memberi impak kepada sumber pendapatan rakyat kita yang bekerja. Saya mengambil kira contoh Singapura... Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Soalan, Yang Berhormat. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Contoh Singapura... Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Soalan tambahan. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: ...Yang mana ia berlaku dalam setahun. Jadi, soalan saya, sejauh manakah kebolehupayaan bank-bank di Malaysia untuk menjalani tempoh moratorium? Apakah kesan kerajaan sekiranya moratorium dilanjutkan kepada semua pihak seperti masa yang telah dilangsungkan sekarang? Dan apakah strategi peringkat kementerian bagi mengekang kemungkinan berlaku kadar kenaikan pinjaman tidak berbayar (NPL)? Mohon Menteri untuk menjawab. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Silakan. Datuk Abd Rahim bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat membangkitkan berkaitan dengan adakah bank berkeupayaan untuk melaksanakan moratorium ini selanjutnya sekiranya keadaan ekonomi kurang memuaskan untuk tempoh-tempoh yang akan datang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti mana dalam Pakej PRIHATIN dan juga Pakej PENJANA yang telah kita kemukakan iaitu RM295 bilion, RM100 bilion daripadanya adalah merupakan inisiatif moratorium yang telah disediakan oleh bank- bank di Malaysia. Setakat ini, sememangnya pihak bank telah pun menanggung RM66.6 bilion pakej moratorium tersebut bagi tempoh setakat yang telah dilaksanakan. ■1010 Saya ingin nyatakan di sini bahawa bank memang berkemampuan untuk melaksanakannya. Ini kerana, bank mempunyai buffer yang mencukupi untuk menanggung semuanya ini dan setiap keputusan untuk melanjutkan moratorium ini adalah dikawal selia oleh Bank Negara dan juga melalui penglibatan Persatuan Bank- bank Malaysia. Terima kasih. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah diadakan tempoh moratorium tindakan kebankrapan di mahkamah bermula dari tarikh PKP diperkenalkan iaitu 18 Mac DR.12.8.2020 4 2020 sehingga rang undang-undang pindaan kepada Akta Insolvensi 1967 – yang ada di atas meja saya ini diluluskan dan digazet. Terima kasih. Datuk Abd Rahim bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat. Proses yang sedang kita lakukan sekarang adalah untuk melaksanakan moratorium bersasar. Ini bererti bahawa ramai yang akan dapat faedah dan tindakan untuk melaksanakan legal proceeding terhadap borrowers ini akan dapat dielakkan. Oleh sebab itu, kepada peminjam-peminjam yang menghadapi sedikit masalah, mereka boleh mengunjungi AKPK iaitu agensi yang bertanggungjawab untuk memberikan nasihat kepada peminjam-peminjam dan bagi small and medium enterprises, mereka boleh mengunjungi agensi Small Debt Resolution Scheme (SDRS) untuk mendapatkan khidmat nasihat. Oleh sebab itu, saya fikir perkara-perkara untuk tindakan-tindakan undang-undang itu dapat kita elakkan. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir [Johor Bahru]: Tuan Yang di- Pertua, satu lagi boleh? Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Yang Berhormat Papar tiada dalam Dewan untuk soalan 2. Saya menjemput Yang Berhormat Pasir Puteh. [Soalan No. 2 – Y.B. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) tidak hadir] 3. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil pihak kementerian dalam memastikan kepuasan hati rakyat terhadap kualiti dan penerimaan perkhidmatan siaran TV Digital yang telah disediakan melalui myFreeview. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Datuk Zahidi bin Zainul Abidin]: Assalamualaikum. Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini liputan siaran TV analog hanya merangkumi sejumlah 60 hingga 98 peratus di kawasan berpenduduk. Penonton hanya menerima tujuh saluran TV pada ketika itu. Malah ada yang cuma menerima dua atau tiga siaran saluran TV sahaja. Kini terdapat sebanyak 15 saluran TV dan enam saluran radio secara percuma disediakan melalui siaran TV Digital myFreeview kepada penonton. Kualiti siaran adalah dalam standard definition (SD) dan high definition (HD) tidak kira di mana sahaja mereka berada. MYTV Broadcasting iaitu syarikat yang mengendalikan myFreeview sedang berusaha untuk memberi perkhidmatan siaran TV Digital myFreeview melalui pelbagai peranti dan platform serta menawarkan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    190 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us