Press Release

Press Release

Press Release GEELY DAN DRB-HICOM MEMBANTU MENYUMBANG PERALATAN PERUBATAN Geely menghantar peralatan perubatan dengan bantuan daripada rakan strategik tempatan, DRB-HICOM dan PROTON Yayasan Li Shufu terus membantu melawan penularan COVID-19 secara global DRB-HICOM dan PROTON aktif dalam usaha membantu negara dari segi pelbagai sumbangan lain 30 April 2020, Putrajaya – Kerajaan Malaysia telah menerima bantuan perubatan tambahan sumbangan daripada Geely Holding Group, dan rakan strategik tempatan, DRB-HICOM, iaitu syarikat induk PROTON. Sumbangan tersebut terdiri daripada topeng muka 3 lapisan, pakaian pelindung, kacamata perubatan dan mesin ventilator AD 700 PL. Kesemua barangan itu akan diedarkan ke 55 buah hospital di seluruh negara seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Sumbangan yang diberi merupakan sebahagian daripada inisiatif Geely Holding untuk membekalkan peralatan perubatan melalui Yayasan Kebajikan Li Shufu ke kawasan-kawasan yang terjejas di China serta ke negara-negara luar yang beroperasi di bawah syarikat beliau, dengan tujuan membantu membendung penularan pandemik COVID-19. Yayasan tersebut ditubuhkan pada tahun 2006 oleh pengasas Geely Holding, Li Shufu, yang menumpukan untuk membasmi kemiskinan dan membantu bencana global. Pada Januari 2020, yayasan itu memperuntukkan sebanyak RMB 200 juta (USD 28 juta) untuk menyokong usaha memerangi COVID-19 secara global. “Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab secara sosial, kami mempunyai peranan untuk menyokong kebajikan setiap syarikat yang beroperasi di bawah kami. Saya sangat berbesar hati kerana kami mempunyai sumber dan keupayaan logistik untuk menghantar bekalan yang diperlukan ke kawasan yang dilanda wabak ini. Kami akan membantu masyarakat dan pihak berkuasa terutama dari segi perubatan untuk mengatasi penularan wabak ini seboleh mungkin,” kata Pengerusi Geely Holding, Li Shufu. Selain daripada bekalan perubatan yang diterima dari China, PROTON telah meminjamkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan untuk memudahkan operasi logistik serta turut menghasilkan 60,000 unit pelindung muka di kilangnya di Shah Alam. Sementara itu, DRB-HICOM sebelum ini turut aktif membantu dalam usaha mencegah COVID- 19 di Malaysia. Bekerjasama dengan anak syarikat lain di bawah syarikat induknya, Kumpulan Albukhary, sumbangan diberikan adalah dari segi wang tunai, peralatan perubatan, makanan Zhejiang Geely Holding Group www.zgh.com untuk hospital kerajaan, pengamal media yang bertugas serta pelajar-pelajar universiti dan turut menyumbang drone jarak jauh yang digunakan bagi aktiviti pemantauan dan pengawasan. Menurut Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON, beliau berkata, “Sebagai penyumbang utama dalam ekonomi negara, ia adalah satu keperluan untuk kami membantu kerajaan dalam memerangi penyebaran COVID-19. Para petugas barisan hadapan adalah tulang belakang negara jadi amatlah penting bagi kami untuk membantu mereka dalam apa jua cara sekalipun. Kami sangat beruntung kerana mempunyai rakan usaha sama seperti Geely yang bermurah hati untuk turut membantu mempermudahkan usaha kami ini”. Bekalan perubatan yang disumbangkan dari Geely dianggarkan bernilai MYR5.5 juta (USD1.3 juta). =TAMAT= For Media Enquiries: Geely Holding Group Ashley Sutcliffe - [email protected] DRB-HICOM Mahmood Abdul Razak - [email protected] PROTON Faisal Shah - [email protected] About Geely Holding Group Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding Group) is a global automotive group that owns several well-known international automotive brands, with operations spanning the automotive value chain, from research, development and design to production, sales and servicing. Founded in 1986 by Li Shufu, the company’s Chairman, in the city of Taizhou in China’s Zhejiang province, Geely Holding launched its automotive business in 1997 and is now headquartered in Hangzhou, China. The Group is comprised of five main businesses: Geely Auto Group, Volvo Car Group and Geely New Energy Commercial Vehicle Group, Geely Technology Group, Mitime Group. Its brands include Geely Auto, LYNK & CO, Geometry, Volvo Cars, Polestar, London Electric Vehicle Company (LEVC), Farizon Auto, PROTON, Lotus, and Terrafugia. Geely Holding sold over 2.178 million vehicles in 2019, with Volvo Cars sales reaching historic highs of 705,452 units globally and Geely Auto Group's Hong Kong listed entity reporting 2019 sales reaching 1,361,560 units. Zhejiang Geely Holding Group www.zgh.com Geely Holding employs over 120,000 people globally, and has been listed in the Fortune Global 500 for the past eight years. For more information regarding Zhejiang Geely Holding Group please refer to the official website at www.zgh.com About DRB-HICOM DRB-HICOM Berhad (“DRB-HICOM”) is one of Malaysia’s leading conglomerates with core businesses in the Automotive, Services, and Property sectors. With more than 90 active companies in its stable and an over 55,000 employees group-wide, DRB-HICOM’s aim is to continue adding value and propelling the nation’s development. In the Automotive sector, DRB- HICOM is involved in the manufacturing, assembly and distribution of passenger and commercial vehicles, including the national motorcycle. In Services, DRB-HICOM is involved in various businesses, including concession and financial-related services. In Property, DRB-HICOM is involved in the development of industrial properties. For more information regarding DRB-HICOM please refer to the official website at www.drb- hicom.com About PROTON PROTON Holdings Berhad began as Malaysia’s first national car project, founded with the aim to accelerate Malaysia’s economic development and lay the foundations for the local automotive industry. In 2017, PROTON entered its next phase to be a modern and global automotive brand; through a partnership between its two principals, DRB-HICOM and Zhejiang Geely Holding Group. Today, PROTON continues to delight its customers with cars anchored on its brand promise of Inspiring Connections, and founded on its core values of always delivering Innovative Technology, Reliability and International standards. For more information regarding PROTON please refer to the official website at www.proton.com Zhejiang Geely Holding Group www.zgh.com .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    3 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us