EDISI APRIL – JUN 2015 RENCAH MUT ARA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG RENCAH MUT ARA Laman Web Jabatan : http://jps.penang.gov.my/ Emel: [email protected] Facebook: [email protected] BAHAGIAN KORPORAT UCAPAN TAHNIAH KEPADA KETUA PENGARAH BARU JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA. YBhg. Dato’ Ir. Zainor Rahim Bin Ibrahim Seluruh warga JPS Pulau Pinang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Ir. Zainor Rahim Bin Ibrahim, yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah JPS Malaysia berkuatkuasa pada 23 Mac 2015, bagi menggantikan mantan Ketua Pengarah YBhg Dato’ Sri Hj Ahmad Husaini bin Sulaiman. Dengan ini, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan semoga JPS akan terus maju di bawah kepimpinan YBhg Dato'. TAHNIAH... MPPP DIISYTIHAR MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG Dato’ Patahiyah Binti Ismail Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas mengumumkan... "Bahawasanya setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mengisytihar, menubuh dan memerintahkan MPPP, hendaklah mulai 1 Jan 2015 menjadi sebuah bandar raya, yang bernama MBPP dan bukan lagi MPPP dengan mempunyai hak tertentu sebagai sebuah bandar raya," kata Abdul Rahman. -Sumber The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015. Sehubungan itu, seluruh warga JPS Pulau Pinang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato’ Patahiyah Ismail sebagai Datuk Bandar Pulau Pinang. Perlantikan ini juga dipandang sebagai satu kebanggaan bagi kaum wanita memandangkan beliau adalah wanita pertama dilantik memegang jawatan itu. RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT TAKLIMAT PROFILING EDISI KE-2 PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PULAU PINANG PULAU PINANG- Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Taklimat Profiling bagi Pegawai dan Kakitangan buat kali kedua pada 18 Mei 2015 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang, KOMTAR dimana pada kali pertama telah pun diadakan pada 25 Mac 2015 (Rabu). Tujuan utama sesi profiling ini diadakan buat kali kedua adalah untuk menyemak semula profiling kerja yang telah dihasilkan oleh bahagian dan daerah masing-masing pada sesi pertama. Kesemua Ketua Bahagian dan Jurutera Daerah telah hadir bersama-sama Penolong Jurutera daripada pelbagai unit berbeza bagi menyemak dan membetulkan profiling kerja yang dibentangkan kepada fasilitator, Ir.Haji Nor Hisham Bin Mohd Ghazali. JPS Pulau Pinang turut menghargai kesudian Ir.Haji Nor Hisham Bin Mohd Ghazali yang sanggup turun padang sekali lagi bagi membantu JPS Pulau Pinang menghasilkan profiling kerja dengan betul. “Mai.. mai.. mai.. Cepat buat profiling “Cepatla siapkan profiling ini hangpa bagi siap” supaya tak panggil aku buat kali ketiga lagi”... “Alamak... Salah lagi.. Balik nie aku kena “Hangpa semua jangan buat muka blur... buat bagi betui”... Nanti time reja pun blur jugak”... RENCAH MUTIARA 2 BAHAGIAN KORPORAT PAMERAN SEMPENA LARIAN CHARITY WALK DI PADANG KOTA 'D'MONTE HERITAGE CHARITY WALK 2015 Nak susun mana satu ni. Semua gambaq sempoy-sempoy ni.. Antara pengunjung yang hadir di Booth Pameran JPS Pulau Pinang GEORGETOWN - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP) telah menyertai pameran sempena Program Amal 'D' Monte Heritage Charity Walk 2015’ yang telah diadakan pada 26 April 2015 (Ahad) di Jalan Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Program amal ini dianjurkan oleh D’Monte Child Care & Kindergarden dengan kerjasama dan sokongan Pejabat Exco YB Tuan Chow Kon Yeow dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Program berjalan sambil beramal ini melibatkan kira-kira 3000 orang termasuk para pelajar, ibu bapa dan guru. JPS Pulau Pinang berperanan dalam menyediakan bahan-bahan dan memberi penerangan yang dapat memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada golongan kanak-kanak khususnya, bagi mendidik mereka dari kecil supaya menyayangi dan memelihara sungai. RENCAH MUTIARA 3 AGROFEST PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2015 BAHAGIAN PENGAIRAN & SALIRAN SEBERANG JAYA - Program Agro Fest Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015 telah berlangsung pada 4 hingga 7 Jun 2015. Program ini disertai oleh Jabatan Kerajaan dan juga NGO. JPS Pulau Pinang turut tidak ketinggalan dalam menyertai pameran Agro Fest pada kali ini. Agrofest (atau Agro Festival) adalah penjenamaan semula program sambutan Hari Peladang, Penternak, Nelayan peringkat Negeri Pulau Pinang dengan tema Agro Teknologi Pemangkin Agropreneur. Pameran JPS Pulau Pinang diwakili oleh setiap wakil bahagian dan daerah. Tujuan utama Pameran ini diadakan adalah untuk mempamerkan teknologi terkini dan inovasi dari Industri Agrikultur, Horticultur & Agrotourism. Agrofest merupakan satu acara yang senantiasa dinanti-nantikan oleh golongan petani, penternak dan nelayan serta orang ramai sama ada yang terlibat secara langsung dengan pertanian atau tidak. Ini adalah kerana keunikan, kemeriahan serta kepelbagaian aktiviti yang ditonjolkan. Program Agrofest Pulau Pinang merupakan satu platform kepada agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan juga usahawan tani mengenengahkan teknologi, inovasi dan kejayaan terkini mereka dalam industri pertanian. Maklumat-maklumat dan pengetahuan terbaru disalurkan terus kepada pengunjung- pengunjung yang datang. Perasmian Agrofest berlangsung pada 5 Jun 2015 jam 8 malam dan akan diramikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Foto corat-coret semasa berlangsungnya Agrofest Negeri Pulau Pinang Tahun 2015 RENCAH MUTIARA 4 BAHAGIAN PENGAIRAN & SALIRAN LAWATAN KERJA AHLI-AHLI JAWATANKUASA LANDSKAP NEGERI PULAU PINANG KE JABATAN LANDSKAP NEGARA DAN FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA Satu lawatan kerja ke Jabatan Landskap Negara(JLN) dan Floria Diraja Putrajaya 2015 telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Landskap Negeri Pulau Pinang pada 2 hingga 4 Jun 2015. Encik Mohamad Fadzli bin Mahamad Nor dari Bahagian Pengairan & Saliran, telah mewakili Jabatan Pengairan & Saliran Pulau Pinang pada sesi lawatan tersebut. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang fungsi dan tugas Jabatan Lanskap Negara (JLN) disamping peranan di dalam membantu penubuhan Jabatan Landskap Negeri dan memberi pendedahan kepada ahli-ahli jawatankuasa mengenai peranan dan kepentingan landskap terutamanya senireka taman, bunga-bungaan dan florikultur. Foto sekitar Hari Landskap dan Floria Diraja Putrajaya 2015 RENCAH MUTIARA 5 BAHAGIAN PENGAIRAN & SALIRAN LAWATAN KERJA AHLI-AHLI JAWATANKUASA LANDSKAP NEGERI PULAU PINANG KE JABATAN LANDSKAP NEGARA DAN FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA Lawatan ke semua galeri senireka taman diwakili oleh Jabatan serta agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Johor Tengah (MPJT), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Disamping itu, terdapat juga senireka taman yang diwakili oleh orang perseorangan dari dalam dan luar negara, pusat pengajian tinggi dan pelbagai syarikat-syarikat berkaitan. Lawatan ini telah diakhiri dengan kunjungan ke Jabatan Landskap Negara (JLN). Di dalam kunjungan ke JLN kami telah disambut oleh Encik Meor Saadon Sofian bin Mior Razali, Pengarah Bahagian Dasar dan Pengurusan Korporat serta pegawai- pegawainya. Foto-foto sekitar Floria Diraja Putrajaya 2015 RENCAH MUTIARA 6 BAHAGIAN ICT DAN INOVASI LAWATAN JPS SELANGOR KE JPS PULAU PINANG – PERKONGSIAN ILMU TENTANG PAGAR KESELAMATAN “ULTRAGAL GUARDRAIL” JPS Pulau Pinang telah menyambut lawatan daripada rombongan JPS Selangor untuk perkongsian ilmu tentang produk harta intelek, iaitu “Ultragal Guardrail” pada 23-24 April 2015. Rombongan ini melibatkan 15 orang pegawai dari JPS Selangor yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan, En. Farhan Hakim bin Jaafar. Lawatan ini merangkumi taklimat berkaitan pagar keselamatan “Ultragal Guardrail” dan Lawatan Ke Kilang Pembekal di Jalan Chain Ferry, Butterworth. Program ini telah berjalan dengan lancar dan segala maklumat yang dikehendaki berjaya disalurkan dengan sempurna. Taklimat tentang produk “Ultragal Guardrail” oleh En. Yong Woo Soon kepada pegawai- pegawai dari JPS Selangor di Bilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang, KOMTAR. Gambar kumpulan selepas taklimat dan perkongsian maklumat di JPS Pulau Pinang RENCAH MUTIARA 7 BAHAGIAN SUNGAI & PANTAI PROGRAM KONSERVASI AIR BAGI SEKOLAH- SEKOLAH DI PULAU PINANG DAN KEDAH Satu Latihan Training Of Trainer (TOT) Program Konservasi Air Bagi Sekolah di Pulau Pinang dan Kedah (Zon Utara) telah dianjurkan pada 29 -30 APRIL 2015 yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini disertai oleh 115 orang pelajar dan 20 orang guru dari 10 buah sekolah di Pulau Pinang dan juga Kedah. Program anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang diwakili oleh JPS Negeri dan juga Badan Perkhidmatan Bekalan Air Negeri. Turut melibatkan HSBC sebagai penaja program serta Global Environment Centre (GEC) sebagai koordinator program yang juga merangkap NGO. JPS Pulau Pinang telah diwakili oleh Puan Salsabila dan En. Rizwan dari Bahagian Sungai & Pantai. Objektif program ini adalah untuk mendidik dan memupuk kesedaran pelajar akan kepentingan air , sumber air dan memastikan pihak sekolah aktif dalam aktiviti konservasi air dengan inisiatif yang praktikal dan berkesan. Antara sekolah-sekolah yang terlibat: Bil. Sekolah
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages42 Page
-
File Size-