Malaysia Kemuka Tindakan Percepat Bina Rangkaian Landasan Singapura Kunming Malaysian Insider Oct 27, 2015

Malaysia Kemuka Tindakan Percepat Bina Rangkaian Landasan Singapura Kunming Malaysian Insider Oct 27, 2015

Malaysia kemuka tindakan percepat bina rangkaian landasan Singapura Kunming Malaysian Insider Oct 27, 2015 Malaysia akan mengemukakan tindakan baharu untuk mempercepatkan proses pembinaan projek Rangkaian Landasan Singapura Kunming (SKRL) yang menghubungkan 8 negara melalui kereta api, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata projek SKRL menghubungkan Singapura, Malaysia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Laos dan China adalah projek yang dijalankan sejak 1996 tetapi belum selesai disebabkan masalah sambungan 'missing link' (landasan belum dibina) sejauh 1,780 kilometer di beberapa kawasan. Katanya Malaysia, selaku pengerusi tetap jawatankuasa Kumpulan Kerja Khas SKRL, akan membawa perkara itu dalam mesyuarat jawatankuasa akan datang. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) yang meminta menteri pengangkutan menyatakan status projek SKRL sejauh 6,617.5 kilometer yang menyambungkan 8 buah negara. Aziz berkata projek sambungan 'missing link' di jajaran antara Khlong Sip Kao Junction ke Aranyaprathet ke Klong Luk di Thailand dijangka siap pada Februari tahun depan manakala seksyen dari Poipet ke Phnom Penh di Kemboja dijangka siap pada 2017. "Bagaimanapun sambungan 'missing link' antara Myanmar ke Thailand; Kemboja ke Vietnam; Vietnam ke China; dan Myanmar ke China hingga kini masih di peringkat cadangan serta rundingan dengan pihak ketiga untuk pembiayaan," katanya. Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat) yang menyarankan projek SKRL turut mengambil kira laluan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Aziz berkata laluan kereta api antara Pasir Mas ke Rantau Panjang di Kelantan terpaksa ditutup atas nasihat Majlis Keselamatan Negara. "Ini kerana faktor pergolakan yang berlaku di Selatan Thailand dan kita juga kena dapatkan persetujuan Kerajaan Thailand dahulu sekiranya kita mahu menghubungkan laluan di sebelah Pantai Timur," katanya. – Bernama, 27 Oktober, 2015. Copyright © 2015 Edge Insider Sdn Bhd Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-kemuka-tindakan-pe rcepat-bina-rangkaian-landasan-singapura-kunming .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us