NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS 19 MEI 2017, 22 MEI 2017 HINGGA 25 MEI 2017 SOALAN BERTULIS DAN JAWAPAN Dikeluarkan oleh PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG 1 SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN BERTULIS DARIPADA Y.A.B. KETUA MENTERI I. Ahli Kawasan Berapit (YB. Ong Kok Fooi) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 1. Bilakah dan bagaimana Kerajaan Negeri akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Bukit Mertajam khususnya Jalan Damai, Jalan Kulim dan Jalan Aston? Huraikan dengan terperinci. Y.A.B. Ketua Menteri: 1. Masalah kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Bukit Mertajam khususnya Jalan Damai, Jalan Kulim dan Jalan Aston hanya berlaku pada waktu puncak pagi dan waktu puncak petang serta ketika sesi mula dan tamat sesi persekolahan. Kerajaan Negeri melalui pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat beberapa perancangan dan pelaksanaan terhadap penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan tersebut. MPSP telah mewujudkan task force perancangan jangka masa pendek dengan mengkaji dan mencadang penyelesaian terhadap kesesakan lalu lintas di kawasan sekolah sekitar Bukit Mertajam seperti di Lampiran A. Pihak JKR juga telah merancang dan melaksanakan beberapa projek secara berperingkat bagi menguraikan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Bukit Mertajam seperti di Lampiran B Selain itu, Kerajaan Negeri telah membuat perancangan jangka masa panjang iaitu : (A) Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 Perancangan yang telah digariskan di dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 adalah seperti berikut: (i) Mewujudkan rangkaian hentian bersepadu pengangkutan awam di Hentian Bukit Mertajam. (ii) Menjalankan kajian kemungkinan bagi mewujudkan perkhidmatan Transit Laju Ringan (Monorel) di beberapa koridor utama Seberang Perai merangkumi Bukit Mertajam. (iii) Mengintegrasikan lokasi – lokasi park & ride dengan pusat pengangkutan awam bersepadu di Bukit Mertajam. (B) Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Terdapat perancangan di dalam Pelan Induk Pengangkutan bagi perkhidmatan monorel dari Raja Uda ke Bukit Mertajam iaitu bermula dari Taman Kenangan, Jalan Raja Uda hingga ke Kampung Permatang Tinggi, Jalan Rozhan. Sehubungan itu, dengan pelaksanaan PIP ini, bilangan penggunaan kenderaan persendirian di kawasan Bukit Mertajam akan berkurangan kerana terdapat pelaksanaan alternatif mod pengangkutan awam ini. RUJ. LAMPIRAN A & B (NO. 1) Ahli Kawasan Berapit (YB. Ong Kok Fooi) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mendirikan rumah kos rendah / rumah kos sederhana rendah / rumah mampu milik di kawasan Bukit Mertajam? Y.A.B. Ketua Menteri: 2. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah merangka pelan pembangunan 14 projek perumahan melibatkan penyediaan sebanyak 26,255 unit Rumah Mampu Milik (RMM) pelbagai kategori di seluruh negeri. 816 unit adalah di kawasan Bukit Mertajam meliputi 408 unit RMM 'B' dengan harga maksima RM72,500 dan 408 unit RMM 'C' dengan harga maksima RM300,000 di lot 13, 14, 22, 23, 24, 30, 31 dan 40, Seksyen 2, Bukit Mertajam. Ahli Kawasan Berapit (YB. Ong Kok Fooi) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 3. Selain daripada Projek Tebatan Banjir Kampung Baru, Bukit Mertajam yang telah siap pada tahun 2014, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek pembangunan di KADUN Berapit? 2 Y.A.B. Ketua Menteri: 3. Perincian projek pembangunan yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri di KADUN Berapit bagi tahun 2017 adalah seperti berikut: BIL. AGENSI PELAKSANA TAJUK PROJEK 1. Jabatan Pengairan dan Saliran Projek Mengurangkan Risiko Banjir Di Padang Lalang/Kampung Permatang Rawa. 2. Majlis Perbandaran Seberang Perai Cadangan Menaik taraf Sistem Perparitan Dan kerja- kerja berkaitan Di Taman Alma, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah 3. Majlis Perbandaran Seberang Perai Cadangan Menaik taraf Parit Konkrit Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Lorong Muhibbah, Taman B, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah 4. Majlis Perbandaran Seberang Perai Cadangan Pembinaan Gerai Makanan Di Pasar Awam Berapit, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah 5. Pejabat Daerah Seberang Perai Cadangan menaik taraf longkang di Perkampungan Tengah Berapit Selain itu, Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah turut mengemukakan cadangan pembangunan di kawasan Berapit tahun 2018 bagi projek pembinaan gelangang futsal di bawah program 1 Kadun 1 Gelanggang Futsal di Apartment Permata, Berapit untuk pertimbangan Kerajaan Negeri. II. Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Datuk Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 1. Perincikan tanah-tanah yang telah ditambun/timbus bagi kategori pertanian dan first grade di bawah MBPP dan MPSP. (i) Adakah setiap tanah tersebut mempunyai kebenaran atau kelulusan? (ii) Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa jika tindakan menambun itu haram? Y.A.B. Ketua Menteri: 1. (i) Senarai kerja-kerja tanah di atas tanah pertanian first grade yang telah ditambun dengan/tanpa kelulusan adalah seperti di Lampiran A. (ii) Tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan terhadap mereka yang menambun tanah tanpa kebenaran adalah seperti berikut: (a) Seksyen 18 – 20 dan 27 Akta Perancang Bandar dan Desa iaitu kesalahan menjalankan pembangunan tanpa kebenaran. Antara tindakan adalah arahan untuk memulihkan tanah kepada keadaan sebelum. Sekiranya gagal, penceroboh boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya. (b) Seksyen 70a Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 merujuk kepada kesalahan menjalankan kerja tanah tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Antara tindakan adalah arahan untuk memulihkan tanah kepada keadaan sebelum. Sekiranya gagal, penceroboh boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua- duanya. (c) Seksyen 125 – 129 Kanun Tanah Negara yang melibatkan tukar guna/ syarat tanah tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri yang boleh membawa kepada pelucutan hak bagi tukar syarat tanpa kebenaran dan (d) Memindahkan peralatan, mesin, jentera dan lain-lain bagi memastikan kerja tanah dihentikan. RUJ. LAMPIRAN A (NO. 1) 3 Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Datuk Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 2. Perincikan program-program dan perbelanjaan setiap CSR yang dilaksanakan oleh agensi- agensi berikut: (i) Perbadanan Bekalan Air (PBA) (ii) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Y.A.B. Ketua Menteri: 2. Pada tahun 2016, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang telah melaksanakan sebanyak 10 program Corporate Social Responsibilty (CSR) dengan jumlah perbelanjaan RM96,703,197.96. Manakala Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan sebanyak 5 program CSR dengan jumlah perbelanjaan RM8,394,098.37 pada tahun 2016 hingga 30 April 2017. Senarai program dan perbelanjaan yang dilaksanakan oleh kedua-kedua jabatan adalah seperti di Lampiran A. RUJ. LAMPIRAN A (NO. 2) Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Datuk Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 3. Isu ketidakadilan dan ketelusan agihan pukat-pukat kepada nelayan Kuala Sungai Burong telah dibangkitkan dalam dialog bersama EXCO. Apakah masalah sebenarnya, mengapa berlaku dan bagaimana penyelesaiannya? Y.A.B. Ketua Menteri: 3. Bagi bantuan pukat kepada nelayan pesisir pantai, Unit Kuala Sungai Pinang, terdapat penurunan jumlah penerima daripada 60 orang pada siri ke-5 tahun 2015 kepada 31 orang penerima bagi siri ke-6 tahun 2016. Penurunan berlaku berikutan kaedah bancian menggunakan borang soal selidik digunakan pada 2016. Bancian dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan butiran nelayan, lokasi penempatan dan jenis pukat yang diperlukan. Bagi menangani keciciran nelayan ini, bancian berterusan sedang dilakukan. Adalah diharapkan agihan bantuan pukat yang akan dilaksanakan pada tahun 2017, akan membolehkan lebih ramai nelayan yang mengembalikan borang bancian untuk dipertimbangkan bantuan pukat. Kerajaan Negeri juga bercadang untuk menyediakan sebuah sistem agar bancian dapat dilakukan secara atas talian melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri dan Pejabat Penyelaras KADUN. Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Datuk Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 4. Kaedah penjualan makanan melalui Food Truck telah meningkat. Apakah polisi dan perancangan kerajaan bagi menyokong dan merancakkan perniagaan berkaedah ini? Perincikan maklumat permohonan dan jumlah yang diluluskan. Apakah sumbangan Kerajaan Negeri untuk menyokong? Y.A.B. Ketua Menteri: 4. Polisi Kerajaan Negeri dalam menyokong aktiviti food truck ini adalah dengan memudahkan proses permohonan aktiviti food truck berdasarkan kepada kesesuaian dan keselamatan sesuatu lokasi. Buat masa kini, Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengeluarkan lesen khusus bagi pengusaha-pengusaha food truck. Semua aktiviti food truck ini hanya dilesenkan di bawah aktiviti penjaja bergerak berdasarkan kepada kesesuaian kawasan dan tahap keselamatan sesuatu lokasi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang berkerjasama dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam merangka garis panduan untuk digunapakai oleh semua PBT di seluruh negara. Sehingga kini jumlah keseluruhan permohonan food truck yang diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah sebanyak 25 iaitu sebanyak 20 di
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages372 Page
-
File Size-