Perumahan – Part 2 (2015)

Perumahan – Part 2 (2015)

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd Perumahan – Part 2 (2015): Berita Harian (cont.): PR1MA sasar 250,000 rumah diluluskan menjelang akhir tahun SABTU, 11 JULAI 2015 @ 4:24 PM KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyasar 250,000 unit rumah mampu milik diluluskan oleh lembaga pengarahnya menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata lembaga pengarah sudah meluluskan 153,000 unit di 10 lokasi di seluruh negara, kecuali Labuan. "Kami sudah pun menerima 1,016,000 permohonan untuk rumah PR1MA setakat ini, dan permintaan sangat menggalakkan," katanya pada sesi pengundian bagi projek PR1MA@Cyberjaya 1 di sini, hari ini. Sesi pengundian itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang juga anggota lembaga pengarah PR1MA. Perumahan PR1MA disasarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dengan purata pendapatan isi rumah antara RM2,500 dan RM10,000, berusia lebih 21 tahun dan belum memiliki lebih daripada satu hartanah individu atau keluarga. Unit terbabit dijual antara RM100,000 dan RM400,000. Mengulas dakwaan bahawa perumahan PR1MA semakin mahal hingga RM400,000, yang tidak mampu dibeli, Abdul Mutalib berkata dakwaan itu tidak benar. "Setakat ini perumahan kami tidak melebihi RM400,000, dan kebanyakan projek menawarkan harga antara RM250,000 dan RM300,000 seunit dan hanya ada beberapa unit berharga lebih RM350,000," katanya. Beliau berkata dasar membenarkan pembeli kali kedua membeli kediaman PR1MA bersama pembeli kali pertama, namun kelebihan diberikan kepada pembeli kali pertama. Ini bertujuan memberi peluang kepada mereka yang sudah memiliki rumah sebelum PR1MA ditubuhkan, yang jauh dari tempat kerja, untuk memiliki kediaman di lokasi yang ideal, katanya. Namun katanya, nisbah peruntukan kepada pembeli kali pertama adalah lebih tinggi iaitu 9:1 mengikut lokasi dan mungkin 7:3 di tempat lain. Bagaimanapun katanya 90 peratus pemohon masih belum memiliki rumah. Mengenai pengundian projek PR1MA@Cyberjaya membabitkan 325 pangsapuri, syarikat itu menerima permohonan 16 kali lebih besar berbanding unit yang ditawarkan. Pemohon yang berjaya dijadual memilih unit masing-masing pada minggu ketiga Ogos. Abdul Mutalib berkata, pada 2015, 6,240 unit kediaman menerusi lapan projek, akan diundi. Beliau berkata, maklumat mengenai pengundian hari ini dimuat naik dalam akaun Facebook syarikat itu, dengan pemohon dimaklumkan menerusi e-mel sebelum proses terbabit. Ia adalah inovasi yang boleh mengurangkan masa pemprosesan pengundian, katanya. - BERNAMA Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67278 www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 1 Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd Pinjaman perumahan penjawat awam tidak akan dihentikan - Perbendaharaan RABU, 8 JULAI 2015 @ 11:49 AM KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menghentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam seperti yang dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen dalam talian baru-baru ini, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. Laporan itu menyebut bahawa kerajaan akan berbuat demikian bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara. "Kementerian kewangan amat kesal atas kenyataan tersebut yang disiarkan tanpa merujuk kepada Kementerian terlebih dahulu," katanya. Malah, katanya, kerajaan akan menambah baik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam. Untuk itu, katanya, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara berkaitan pinjaman perumahan penjawat awam. "LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada," katanya. - BERNAMA Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/66572 Johor perlu sistem permudah beli rumah mampu milik SABTU, 4 JULAI 2015 @ 7:55 AM Oleh Junita Mat Rasid [email protected] Isu perumahan menjadi antara topik perbincangan panas di Johor, apatah lagi bandar raya Johor Bahru sememangnya dibanjiri golongan pekerja yang mencari rezeki termasuk mereka yang berulang-alik bekerja di Singapura. Jika ditanya berapa ramai anak muda yang sudah bekerja antara lima hingga 10 tahun yang memiliki rumah sendiri, pasti rata-rata akan menjawab mereka masih menyewa atau menumpang rumah keluarga. Pekerja bujang atau berkeluarga tidak mempunyai pilihan apabila hanya sekadar menyewa rumah dengan kadar bermula daripada RM600 hingga mencecah RM2,000, malah ada yang sekadar menyewa bilik atau rumah setinggan yang lebih murah. Harga rumah di bandaraya Johor Bahru, malah mungkin juga di semua bandar besar lain di seluruh negara, kini dianggap terlalu mahal dan di luar kemampuan kebanyakan orang untuk membelinya. Tumpu projek rumah mewah Pada masa sama pemaju kini dikatakan lebih memberi tumpuan kepada projek rumah mewah dan ia dibuktikan lagi apabila sepanjang dua minggu lalu saja, pemaju melancarkan projek perumahan mewah dengan setiap unit berharga bermula lebih RM1 juta sehingga hampir RM3 juta. Bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mana mungkin mereka mampu memiliki rumah yang selesa di lokasi strategik. Jika 10 tahun lalu, dengan kadar RM300,000 sudah dapat memiliki rumah mewah, namun kini dengan kadar sama, mereka hanya mampu memiliki rumah seumpama rumah kos rendah. Tidak dapat dinafikan projek pembinaan rumah dibina berdasarkan kepada permintaan dan ini menunjukkan mungkin semakin ramai yang mampu membeli rumah dengan harga tinggi. Kata orang bila ada duit lebih, bolehlah buat banyak pilihan. www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 2 Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd Pembangunan Johor yang dikatakan berada di landasan terbaik apabila mendapat pelaburan tertinggi di negara ini dalam tempoh dua tahun berturut-turut, sudah pasti sedikit sebanyak turut menyumbang kepada peningkatan nilai hartanah di Johor. Walaupun Kerajaan Pusat dan negeri bertekad menetapkan sasaran jumlah rumah dibina untuk keperluan rakyat Johor, kita berharap semua pihak bekerjasama memastikan keperluan perumahan untuk semua golongan di negeri ini. Kerajaan negeri turut mengumumkan untuk memberi perhatian kepada keperluan rumah untuk rakyat negeri ini dan dasar perumahan berjaya menetapkan sasaran 42,000 unit rumah mampu milik bernilai tidak melebihi RM150,000 dapat disiapkan menjelang tahun 2018, berbanding sasaran awal 28,000 unit rumah. Kita berharap bukan hanya golongan kurang berkemampuan, malah bagi yang tergolong dalam berpendapatan rendah dan sederhana juga turut berpeluang untuk menaruh harapan memiliki rumah di bawah pelbagai program yang dijalankan kerajaan seperti pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mampu Milik. Selesai isu pinjaman Johor boleh menggunakan agensi di bawah kerajaan negeri seperti Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Johor Corporation (JCorp) untuk terus membina rumah yang mampu dimiliki semua golongan rakyat di negeri ini. Pada masa sama, kerajaan perlu mewujudkan satu sistem yang lebih berkesan bagi menyelesaikan isu pinjaman perumahan yang menjadi masalah besar kepada pemohon serta pembeli rumah mampu milik di negeri ini termasuk meningkatkan serta memantapkan lagi proses jual beli serta pengagihan rumah. Sudah pasti kita tidak mahu golongan ini hanya mampu melihat rumah itu dan tidak mampu memilikinya atau sekadar mampu melawat pameran perumahan tetapi tidak mampu untuk bersama-sama menjadi pembelinya, apatah lagi rumah di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia yang kini harganya meningkat kepada 154 peratus dalam tempoh enam tahun. Tidak keterlaluan jika dikatakan isu projek perumahan ini menjadi antara isu yang cukup dekat di hati rakyat, malah boleh dikatakan ia menjadi antara penanda aras kemajuan rakyat di negeri ini. Projek pembinaan bangunan tinggi atau kompleks beli-belah saja tidak menjadi penentu pembangunan negeri ini, sebaliknya projek kesejahteraan rakyat juga perlu diambil kira. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65588 SPNB sasar bina 15,000 lagi rumah aspirasi rakyat RABU, 1 JULAI 2015 @ 6:30 PM KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina baki 15,000 lagi Rumah Aspirasi Rakyat (RAR) di seluruh negara tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Aspirasi, Datuk Ahmad Azizi Ali. Katanya, SPNB telah memeterai perjanjian dengan beberapa rakan kongsi dan pihak pemaju bagi merealisasikan pembinaan itu bagi memenuhi sasaran pembinaan keseluruhan RAR tahun ini sebanyak 20,000 unit. Beliau berkata, setakat kini 5,000 unit RAR sedang dibina di beberapa negeri seperti Johor, Selangor, Kedah dan Perak. "Pembangunan setakat ini (5,000 unit) adalah pada 50 hingga 70 peratus dan dijangka siap tahun depan," katanya pada sidang media selepas mengagihkan bubur lambuk di ibu pejabat SPNB di sini. www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 3 Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd Menurut Ahmad Azizi, rumah-rumah itu adalah produk utama SPNB dan projek itu paling penting menyasarkan golongan muda berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah sendiri pada harga lebih murah dari harga pasaran. Namun harga rumah berkenaan sedikit berubah mengikuti lokasi. "Aspek kualiti tetap menjadi keutamaan pihak kami. Kita (SPNB) akan bina lebih banyak rumah mampu milik pada

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    58 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us