Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 42 Isnin 7 November 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 (Halaman 33) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 32) Usul Anggaran Pembangunan 2017 (Halaman 33) 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Isnin, 7 November 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Budiman bin Mohd. Zohdi [Sungai Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan prestasi semasa literasi Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar dan apakah langkah-langkah utama yang diambil kementerian bagi mengurangkan jurang pencapaian dan penguasaan bahasa tersebut di bandar dan di luar bandar. Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan Chong Sin Woon]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Budiman kerana menang dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar tempoh hari. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, prestasi semasa literasi Bahasa Inggeris bagi murid Tahun 3 sehingga 31 Mei 2016 adalah berdasarkan saringan 1 LINUS 2.0/2016. Dapatan daripada saringan tersebut menunjukkan bahawa sekolah-sekolah luar bandar telah mencapai penguasaan 83.37% iaitu menguasai Konstruk 1 hingga 12. Manakala bagi sekolah bandar pula, tahap penguasaan literasi Bahasa Inggeris adalah 89.19%. Sungguhpun masih terdapat jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar, namun Kementerian Pendidikan Malaysia terus komited untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan murid seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengurangkan jurang penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di bandar dan luar bandar. Antaranya ialah: (i) pemantapan pelaksanaan LINUS 2.0 melalui langkah-langkah berikut: - penyediaan modul pedagogi LINUS 2.0 kepada murid yang belum menguasai; 2 - pelaksanaan latihan kepada guru di sekolah rendah terutama kepada guru Bahasa Inggeris dan guru pemulihan khas semasa proses pengajaran dan pembelajaran; - penyediaan instrumen saringan LINUS 2.0 bagi mengenal pasti dan mengetahui tahap penguasaan murid yang sebenar dari semasa ke semasa; - perkongsian maklumat dalam kalangan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa dalam pengurusan dan pelaksanaan LINUS 2.0 untuk memperkembangkan tahap penguasaan murid; - pemeriksaan khas LINUS 2.0 di sekolah rendah dan pemantapan pedagogi guru kepada murid di sekolah; - kesediaan fasih LINUS iaitu Bahasa Melayu, numerasi dan Bahasa Inggeris semasa melaksanakan intervensi, bimbingan dan pementoran kepada guru, murid dan ibu bapa. (ii) melaksanakan inisiatif Professional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT) bagi meningkatkan proficiency guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk mencapai standard minimum yang telah ditetapkan; (iii) peluasan pelaksanaan Highly Immersive Programme ataupun HIP melalui amalan terbaik Bahasa Inggeris di luar bilik darjah. Terima kasih. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Adakah jurang antara bandar dan luar bandar ini ada kaitan dengan jumlah kekurangan guru kerana berdasarkan data yang saya perolehi dalam PPD Sabak Bernam, di Sabak Bernam sahaja kita kekurangan kira-kira 20 orang guru Bahasa Inggeris. Adakah ini ada kaitan? Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat. kita mengenal pasti salah satu unsur pencapaiannya adalah kekurangan guru Bahasa Inggeris ataupun pencapaian guru Bahasa Inggeris itu sendiri. Maka kita mengadakan pelbagai program seperti mana yang telah saya jawab tadi Pro-ELT meningkatkan mutu penguasaan proficiency guru Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama kita akan memastikan bahawa penempatan guru yang mencukupi di setiap sekolah. Sekian, terima kasih. 3 Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin melanjutkan soalan kepada kementerian, berapa percent kah kadar literasi yang menjadi sasaran kepada kementerian bagi sekolah-sekolah bandar dan juga sekolah luar bandar? Apakah kementerian menyedari sebenarnya faktor perbezaan antara kadar literasi di sekolah- sekolah luar bandar dan bandar? Adakah perbezaan ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Banyak soalan itu Yang Berhormat. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Satu soalan sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sudah tiga cabang. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tiga cabang. Kita sambungkan semua ini. Adakah perbezaan itu berpunca daripada faktor-faktor di sekolah ataupun sebenarnya faktor di luar sekolah yang beyond the control of the ministry? Terima kasih. Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sememangnya pencapaian keputusan murid-murid di sekolah itu mempunyai banyak unsur, faktor sekolah dan faktor luar sekolah memainkan peranan yang amat penting. Walau bagaimanapun, dengan sasaran yang ditetapkan oleh kementerian, saya boleh memberikan satu perbandingan pencapaian ataupun jurang yang semakin dikurangkan antara bandar dengan luar bandar. Pencapaian Bandar Luar Bandar Mengikut Tahun (%) (%) 2014 75.45 64.37 2015 86.64 80.07 2016 95.91 93.56 ■1010 Bukan sahaja pencapaian kita meningkat di kedua-dua kategori tetapi jurangnya semakin kita kurangkan. Sekian, terima kasih. 4 2. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [Raub] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan: (a) sehingga Januari 2016, berapakah jumlah pinjaman yang diberikan kepada peminjam di bawah skim Agriculture Entrepreneurs Scheme for Graduates; dan (b) bagaimana rekod pembayaran semula pinjaman tersebut. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman]: Tuan Yang di-Pertua, Skim Agriculture Entrepreneurs untuk graduate ini telah diwujudkan pada tahun 2001. Pada ketika itu kita menghadapi banyak masalah di kalangan graduate yang tidak ada pekerjaan. Jadi diwujudkan skim ini untuk memberi peluang kepada graduate menjadi usahawan dalam bidang pertanian dan juga perniagaan, dalam bidang pertanian. Kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun 2001 bila ia dilancarkan dan ditambah lagi pada tahun 2006 menjadikan jumlahnya RM20 juta. Daripada jumlah tersebut, seramai 479 orang graduate menjadi usahawan mendapat pinjaman. Daripada jumlah tersebut, Yang Berhormat bertanya yang telah dikutip balik iaitu sebanyak RM15 juta, kira-kira 69 peratus manakala bakinya sebanyak RM5 juta lagi tidak dapat dikutip. Sekian, terima kasih. Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz [Raub]: Soalan tambahan. Tahniah kepada mereka yang membayar RM15 juta daripada RM20 juta. Soalan tambahan saya ialah kita tahu terma-terma pinjaman iaitu 3 peratus kadar faedah setahun selama enam tahun dan maksimum pinjaman RM500,000. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan bersedia dan boleh pertamanya melonggarkan tempoh bayaran memandangkan kalau kita membeli kereta pun boleh bayar sehingga sembilan tahun dan kepada mereka yang layak itu bolehkah tidak kita menetapkan pinjaman sebanyak RM500,000. Terima kasih. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, pinjaman bukan RM500,000, banyak sangat itu. RM50,000 untuk sebagai modal permulaan dan setelah itu ia berkembang lagi boleh pinjam RM50,000 lagilah. Yang tak bayar ini lebih kurang RM4 juta sahaja kerana daripada RM5 juta itu tadi sebenarnya RM1 juta digunakan untuk latihan. Pinjaman yang tak berbayar lebih kurang RM4 juta. Sudah sekian lama pun sejak daripada tahun 2012 skim ini telah pun diberhentikan dan kita cuma tinggal mengutip hutang sahaja. Kita bagi tempoh banyak lama dah. Boleh bayar ansur-ansur, tak ada masalah. 5 Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang memberikan saya laluan dan ingin mengemukakan soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani khususnya telah mengeluarkan beberapa faedah skim kepada pelajar-pelajar lepasan universiti untuk membuat pinjaman untuk melaksanakan program pertanian dan yang paling berjaya adalah program Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan iaitu salah satunya adalah di Lanchang, Temerloh. Soalan saya, di Lipis terdapat satu usaha secara besar-besaran yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian Lipis iaitu tanaman herba yang melibatkan RM12 juta. Soalan saya, apakah langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Pertanian Daerah mencari graduan-graduan ini untuk bersama dalam program tanaman herba ini bagi menggalakkan mungkin penduduk setempat tidak hanya khusus di Lipis tetapi penduduk setempat, saya mengambil contoh di Lipislah, tetapi penduduk setempat di seluruh negara program seperti ini. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Tuan Yang di-Pertua, kita menggalakkan Agropreneur dalam bidang pertanian ini dalam semua sektor termasuk herba dan lain-lain. Yang Berhormat bertanya bagaimana kita hendak menggalakkan mereka terutama sekali graduan-graduan untuk menyahut cabaran ini yang mana kita sebenarnya sentiasa publicized, kita menguar-uarkan tentang peluang ini. Jadi, kita tidak putus
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages233 Page
-
File Size-