Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 40 Isnin 18 November 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Jawatankuasa:- Jadual:- B.1 hingga B.9 dan B.40 (Halaman 27) B.10, B.11 dan B.12 (Halaman 172) B.13 (Halaman 201) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2014 Jawatankuasa:- P.6 dan P.7 (Halaman 27) P.10 dan P.70 (Halaman 172) P.13 (Halaman 201) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) DR.18.11.2013 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Isnin, 18 November 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan: (a) pendekatan kementerian bagi menjayakan sasaran pembinaan rumah untuk rakyat; dan (b) bagaimana kedudukan sekarang dan apakah masalah yang dihadapi sekarang. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Abd. Rahman Dahlan]: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti mana yang telah saya maklumkan semasa sesi penggulungan Bajet 2014 peringkat dasar tempoh hari, kerajaan sememangnya komited dalam menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan telah memperkenalkan strategi dan pelan tindakan secara package, dengan izin seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2014 tempoh hari. Bagi tahun 2014 ini, kerajaan telah menetapkan sasaran rumah untuk dibina iaitu sebanyak 223,000 unit rumah seperti berikut: Bil Program Jumlah (Unit) 1 Program Perumahan Rakyat (PPR) 33,378 2 PR1MA 80,000 3 SPNB 26,122 4 Swasta 83,500 Jumlah keseluruhan 223,000 DR.18.11.2013 2 Usaha kerajaan ini dilaksanakan adalah untuk menawarkan lebih banyak rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat melalui kaedah serampang dua mata iaitu pertamanya Program MyHome. Program ini adalah usaha dua hala antara kerajaan dan swasta untuk memastikan setiap kawasan perbandaran baru yang diwujudkan turut disediakan rumah kos rendah dan sederhana yang mencukupi dengan kemudahan infrastruktur yang boleh dirasai oleh semua golongan rakyat. Sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan adalah sebanyak 10,000 unit rumah di mana di setiap kawasan pemajuan sekurang-kurangnya 20% rumah yang disediakan adalah rumah kos rendah dan 20% lagi adalah kos sederhana. Insentif ini ditujukan kepada pembeli isi rumah yang pertama. Keduanya ialah Projek Perumahan Awam Kerajaan melalui program-program perumahan iaitu PR1MA. Melalui PR1MA, SPNB dan juga kementerian saya iaitu Jabatan Perumahan Negara. Walaupun begitu, akan terdapat isu-isu yang mungkin timbul dalam proses pelaksanaan kelak. Antara kemungkinannya ialah: (i) mengenal pasti tapak yang bersesuaian dari segi lokasi; (ii) akses kepada kemudahan asas dan juga infrastruktur setempat; (iii) proses pemilikan tapak daripada kerajaan negeri mahupun individu; (iv) mungkin juga akan terdapat kontraktor yang dilantik tidak dapat menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan; dan (v) masalah semasa proses pengisian dilaksanakan apabila projek siap kelak. Sehubungan dengannya, dalam memantau dan memastikan kelancaran pelaksanaan program ini maka kerajaan telah mengumumkan penubuhan Majlis Perumahan Negara untuk merangka strategi dan pelan tindakan secara menyeluruh, menyelaras aspek perundangan dan mekanisme harga hartanah serta memastikan penyediaan rumah dengan lebih cekap dan cepat. Majlis ini bertanggungjawab untuk memantau pasaran hartanah dan menambah peluang rakyat memiliki rumah. Keanggotaan majlis ini terdiri daripada agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, Jabatan Perumahan Negara, PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan juga sektor swasta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu baik yang dikemukakan sebentar tadi. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan melalui isu perumahan ini pelbagai perkara dilaksanakan termasuklah mewujudkan Majlis Perumahan Negara. Cuma isu penting yang berada di hadapan kita yang menjadi perbincangan masyarakat juga ialah berkaitan dengan harga rumah. Ini tentu mesti diberikan perhatian utama oleh kerajaan dan saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan melalui pengumuman bajet tempoh hari, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah untuk menstabilkan harga rumah seperti RPGT, melarang pelaksanaan DIBS dan menetapkan harga minimum untuk pemilikan warga asing termasuklah pelaksanaan MyHome. DR.18.11.2013 3 Persoalan saya melalui MyHome ini kerajaan peruntukkan RM30,000 dan ini saya difahamkan berbentuk subsidi. Soalnya kepada siapa RM30,000 ini diperuntukkan? Kepada pemaju atau kepada pembeli? Saya minta penjelasan terperinci daripada Yang Berhormat Menteri. Dato' Abd. Rahman Dahlan: Terima kasih Yang Berhormat Lenggong dan Tuan Yang di- Pertua. Program MyHome ini adalah program baru yang telah diperkenalkan dalam Bajet 2014 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Untuk makluman, latar-belakang Program MyHome ini adalah pertamanya kita akan memberi subsidi sebanyak RM30,000 untuk 10,000 unit tahun hadapan di mana projek-projek perumahan yang layak yang menawarkan sekurang-kurangnya 20% rumah kos rendah yang berharga lebih kurang RM75,000 sebuah dan kalau diberikan subsidi RM30,000 bermakna harga itu adalah RM45,000 dan juga 20% rumah mampu milik yang berharga sekitar RM200,000 dan kalau diberikan subsidi tinggal lagi harga itu RM170,000 dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 dan mestilah pembelian rumah yang pertama. ■ 1010 Soalan Yang Berhormat Lenggong tadi adalah soalan yang baik dan kita akan perincikan dalam satu mesyuarat yang telah kita panggil pada 21 hari bulan ini iaitu pada hari Khamis di mana kita akan memanggil semua setiausaha kerajaan negeri, pejabat-pejabat tanah dan galian, kemudian wakil daripada persatuan pemaju perumahan (REHDA), wakil-wakil daripada bank, Kementerian Kewangan, EPU, PR1MA dan Bank Negara seterusnya dan kita akan memikirkan mekanisme yang terbaik. Saya faham apa Yang Berhormat katakan tadi. Sudah tentu ada dua mekanisme sama ada diberikan RM30,000 ini kepada pemaju supaya mereka boleh mengurangkan kos mereka ataupun kita memberikan kepada pembeli apabila mereka membeli rumah yang berharga seperti mana yang saya katakan tadi RM75,000 untuk kos rendah dan juga RM200,000 untuk rumah mampu milik. Maka subsidi itu diberikan kepada pembeli tersebut. Ini satu persoalan yang menarik Yang Berhormat dan kita akan dapat rungkaikan dalam mesyuarat 21 hari bulan ini nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman yang memilih Kuala Langat untuk soalan tambahan. Yang Berhormat Menteri, telah diberi maklum tadi sebanyak 223,000 sasaran utama untuk disiapkan rumah mampu milik yang telah pun dikatakan 20% berjumlah hampir 10,000 unit rumah yang akan didirikan dengan kos harga sekitar RM45,000. Ditolak RM30,000 subsidi yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri berjumlah RM75,000 iaitu RM45,000. Soalan saya ialah mampu milik. Soalan saya ialah gaji minimum RM900 yang telah pun diwartakan menjadi satu prawajib kepada pekerja bawahan. Campur dengan suami isteri RM1,800. Kemampuan Yang Berhormat Menteri cakap tadi tidak lebih RM3,000. Persoalan saya ialah, ini soalan mega saya ialah apakah kementerian berkesudian untuk melihat mereka yang tidak berkemampuan pendapatan sekitar RM1,800 ini diberi peluang juga menikmati dan mendapatkan rumah seperti mana Yang Berhormat Menteri cakap tadi 20% daripada sasaran DR.18.11.2013 4 223,000 unit rumah ini. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri yang budiman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat yang hendak upgrade kedudukan saya menjadi Yang Amat Berhormat. Sebenarnya walaupun Yang Berhormat Kuala Langat merasakan begitu prihatin terhadap keluarga isi rumah yang berpendapatan rendah, Kerajaan Barisan Nasional lebih prihatin Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat dengar betul-betul apa yang saya katakan tadi jumlah pendapatan isi rumah itu adalah maksimum RM3,000. Jadi mereka yang berpendapatan RM1,800 seperti Yang Berhormat katakan, layak untuk PPR contohnya. PPR tidak boleh melebihi daripada RM2,000 pendapatan isi rumah. Jadi inilah yang kita buat Kerajaan Barisan Nasional memahami kehendak rakyat. Sebab itu kita tidak mahu mereka yang berpendapatan lebih daripada RM2,000 contohnya untuk memiliki dan juga menyewa rumah PPR. Mereka yang berpendapatan rendah maksimum RM2,000. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: [Menyampuk] Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Itu masing-masing. Masing-masing dengan caranya kalau mereka mempunyai caranya tapi kalau dilihat dari segi track record PPR Yang Berhormat, PPR kita penuh. Habis, sama ada disewa ataupun dibeli. Pada mereka yang tidak mampu untuk membeli sebab itu kita ada kategori untuk disewa Yang Berhormat. Sebab itu Kerajaan Barisan Nasional yakin tetap bersama-sama dengan rakyat dalam isu perumahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 2. Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah penjawat awam setakat Oktober 2013 mengikut bangsa, jantina,

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    207 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us