Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Pertama

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Pertama

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 20 Khamis 16 Ogos 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 11) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 43) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 (Halaman 43) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 (Halaman 140) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 (Halaman 162) USUL MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3): - Menyiasat Semula Penyelewengan dan Skandal 1MDB (Halaman 171) USUL MENTERI DI BAWAH P.M. 86(5): - Penyata Jawatankuasa Dewan (Halaman 199) DR.16.8.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Khamis, 16 Ogos 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah tindakan atau inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kementerian terhadap 13,700 orang pengasuh kanak-kanak yang berusia kosong hingga 4 tahun yang berdaftar tetapi masih tidak memenuhi kelayakan minimum lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal PERMATA (KAP) ini. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong bertanya soalan yang menjadi isu hangat sekarang ini. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa memastikan perkhidmatan yang berkualiti di taman asuhan kanak-kanak. Taska ini dikendalikan oleh pengusaha dan pengasuh terlatih. Untuk makluman, industri pengasuhan merupakan satu industri baru, new industry yang masih belum berkembang dengan sempurna. Hal ini didorong oleh cita rasa dan kemampuan ekonomi keluarga terhadap perkhidmatan menyebabkan permintaan dan penawaran dalam pasaran industri ini kurang memuaskan. Oleh yang demikian, kebanyakan pengasuh sanggup menerima bayaran gaji yang rendah sementara menunggu tawaran bekerja yang lebih baik. Sehingga Jun 2018, terdapat seramai 16,873 orang pengasuh yang berkhidmat di taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Daripada jumlah itu, seramai 13,700 orang pengasuh tidak memenuhi syarat minimum yang disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya kadar tukar ganti atau turn over yang tinggi dalam kalangan pengasuh. Sebagai contoh, seramai 5,720 orang telah lulus KAP, kursus itu pada tahun 2013. DR.16.8.2018 2 Walau bagaimanapun hanya 2,171 orang sahaja yang masih kekal di dalam industri pengasuhan kanak-kanak sehingga kini. Satu lagi faktor adalah Peraturan 14(3) Peraturan-peraturan Taska 2012 memberi tempoh 12 bulan setahun kepada pengasuh untuk melengkapkan KAP. Dengan mengambil kira turn over yang tinggi di dalam kalangan pengasuh, kementerian menjangkakan daripada 13,700 orang tersebut, kebanyakannya merupakan pengasuh yang baru berkecimpung dalam industri ini. Bagi memastikan lebih ramai pengasuh menghadiri KAP, kementerian telah melaksanakan: (i) KAP Massive Open Online Courses secara atas talian dengan kerjasama JKM dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Holdings Sdn. Bhd. yang mempunyai waktu pembelajaran fleksibel dengan yuran khas yang lebih murah iaitu RM500 berbanding dengan RM900; (ii) mengiktiraf lebih banyak agensi latihan yang mengendalikan latihan pengasuhan bertauliah (KAP); dan (iii) memperhalusi Akta Taman Asuhan Kanak-kanak untuk mewajibkan semua pengasuh kanak-kanak mempunyai syarat kelayakan dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak, termasuk pengasuh di rumah yang akan mengikuti kursus khas berkaitan kemahiran pengasuhan kanak-kanak. Tuan Yang di-Pertua, kementerian komited dengan memastikan semua pengasuh kanak-kanak akan berkelayakan dan memberikan perkhidmatan berkualiti agar keselamatan dan kebajikan kanak-kanak di taska sentiasa terjamin. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong untuk mengemukakan soalan tambahan pertama dalam tempoh 30 saat. Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih. Terima kasih di atas jawapan pada pagi ini. Jadi, apakah usaha-usaha kerajaan dalam usaha untuk memutihkan pusat-pusat asuhan yang masih tidak berdaftar ini? Adakah kementerian bersedia untuk mewujudkan satu jabatan khusus untuk pengurusan kanak-kanak, di mana aspek pengasuhan dan taska yang terdiri daripada perancangan sehinggalah penilaian ini diletakkan di bawah entiti ini agar ia menjadi lebih sistematik dan juga lebih strategik? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat Menteri, jawab dalam tempoh 2 minit 30 saat. DR.16.8.2018 3 Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Memang satu cadangan yang baik dan bernas. Namun, apa yang ada sekarang ini kita mesti juga jaga kebajikan kanak-kanak di taska-taska yang ada sekarang, yang telah dibuka sekarang. Kita hendak melihat bahawa kualiti ini terjaga dan bagaimana apa yang ada sekarang. Itu masa depan mungkin kita boleh buat perancangan yang lebih terperinci dan supaya kita boleh mengambil maklum bagaimana kita boleh memperbaikinya. Akan tetapi sekarang ini dalam menjaga taska-taska yang ada ini, kita ada menjalankan pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut ke taska-taska yang diberi kepada pegawai diberi kuasa taska daerah. Bagi memastikan taska yang dikendalikan oleh pengusaha mereka mematuhi syarat-syarat yang digariskan dalam akta dan peraturan. Perkara lain, kalau tindakan-tindakan yang kita boleh ambil ini untuk menentukan bahawa taska-taska ini ikut level kualiti itu, tahap kualiti yang kita mahukan untuk jaga anak-anak kita. Kita juga ada arahan bertulis kalau ada apa-apa didapati tidak betul. Juga kita tutup sementara, batalkan pendaftaran atau kita sita, kompaun dan menjalankan pendakwaan di mahkamah. ■1010 Namun kita tahu bahawa kita nak imbangkan, kalau tidak ada taska atau taska itu tutup dan business taska itu sendiri akan terjejas. Satu lagi apabila ibu bapa nak hantar, kat mana? Sebaik mungkin kita hendakkan taska-taska ini memberi kualiti pendidikan ataupun penjagaan kepada asuhan anak-anak kita. Kita juga ada sarankan kalau boleh kita ada pemantauan dengan CCTV yang diletakkan sebagai syarat untuk membuka taska. Namun ini adalah juga masalah sebagaimana saya bercakap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dan juga agensi-agensi yang berkenaan, katanya CCTV siapa yang memantau, siapa yang pasang, siapa yang tengok dan siapa yang mengambil maklum semua ini. Begitu juga bagaimana kita nak letakkan, di mana, di ruang mana untuk kita ada lebih lagi menyeluruh untuk memantau taska-taska ini. Banyak juga taska-taska kalau umur 0-4 tahun itu tidak dinamakan sebagai taska. Jadi itu kita terlepaslah sikit daripada pemantauan. Terima kasih. Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor]: [Bangun] Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju]: [Bangun] Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah]: [Bangun] Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat. Jawapan yang begitu tepat dan jelas. Di sini DR.16.8.2018 4 saya ingin tambahkan satu soalan saya yang berbunyi, semakin banyak kes penderaan terhadap kanak-kanak di pusat asuhan meskipun pelbagai langkah pencegahan yang telah diambil oleh kerajaan mengetatkan syarat untuk pengusaha pusat asuhan. Namun masih tetap berlaku banyak kejadian penderaan. Apakah langkah lebih efektif yang akan diambil oleh kerajaan? Sebagai contoh, pemasangan CCTV di pusat asuhan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia. Sekian, terima kasih. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya ingat memanglah apa yang dikatakan pemantauan yang lebih ketat apabila adanya masalah-masalah dan tragedi-tragedi yang berlaku di taska-taska yang telah beroperasi dan sesetengah taska itu apabila terjadinya tragedi itu barulah kita dapat dia dalam radar pemantauan. Jadi apa yang kita hendak lakukan adalah mereka yang tidak berdaftar itu kita adakan, kalau di Selangor saya kira ada satu langkah memberikan khidmat latihan asas kepada pengasuh-pengasuh atau siapa-siapa yang nak jadi pengasuh itu dan dibayar oleh kerajaan negeri. Itu yang berlaku dan hanya tiga hari sahaja kursus itu berjalan kalau dibandingkan sekarang ini setahun KAP yang diberikan. Jadi kalau kita boleh ramai lagi yang ingin menjadi pengasuh juga mendapatkan insentif untuk menjadi pengasuh itu dan juga kalau boleh kita hendakkan turn over itu dikurangkan supaya ada tarikan untuk menjadi pengasuh sebab memang menjadi pengasuh ini adalah satu kerja yang berat, yang renyah, yang memerlukan banyak kesabaran dan juga kalau kita tidak ada pemantauan, itu menyebabkan apa yang berlaku. Macam baru-baru ini, walaupun taska itu dah 11 tahun beroperasi, namun berlaku juga masalah penderaan terhadap kanak-kanak yang dijaga. Juga kalau boleh kepekaan mereka yang sekeliling taska itu mengambil kira bahawa kita mesti memantau dengan lebih baik lagi sebab kalau kementerian tidak boleh memantau dan tidak mampu memantau banyak lagi taska tetapi orang sekeliling dan ibu bapa juga mesti mengambil tanggungjawab yang lebih untuk memantau bagaimana taska itu menjalankan pendidikan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    201 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us