Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG SESI LIBAT URUS AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (AMMK) BERSAMA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PULAU PINANG 2021 DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG 29 MAC 2021 – 30 MAC 2021 Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI SESI LIBAT URUS AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (AMMK) BERSAMA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PULAU PINANG 2021 29 MAC 2021 (HARI PERTAMA) Kandungan Muka Surat Pengumuman oleh Pengacara Majlis 1 - 3 Ucapan aluan oleh Y.A.B. Ketua Menteri 3 - 5 Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) mengambil bahagian 7 - 30 dalam sesi pembentangan Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee) mengambil bahagian dalam 32 - 63 sesi pembentangan Ahli Kawasan Paya TErubong (YB. Yeoh Soon Hin) mengambil bahagian dalam 63 - 89 sesi pembentangan Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain) 90 - 113 mengambil bahagian dalam sesi pembentangan Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Zairil Khir Johari) mengambil bahagian 114 - 143 dalam sesi pembentangan Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh) mengambil bahagian dalam 143 - 167 sesi pembentangan Mesyuarat ditangguhkan. II HARI PERTAMA PERKARA : SESI LIBAT URUS ANTARA AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI BERSAMA DENGAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG BAGI TAHUN 2021 TEMPAT : THE WEMBLEY, GEORGE TOWN, PENANG TARIKH : 29 MAC 2021 (ISNIN) MASA : 8.30 PAGI – 5.30 PETANG Pengacara Majlis: Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat ADUN untuk mengambil tempat masing-masing. Ketua-Ketua Jabatan masing-masing, para hadirin kerana majlis kita akan bermula sebentar saja lagi. Saya ulangi para hadirin sekalian yang diketuaI oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat ADUN untuk mengambil tempat masing-masing dan mengosongkan barisan hadapan kerana kita akan bermula sebentar saja lagi. Terima kasih. Para hadirin sekali lagi kita mohon kerjasama memandangkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengambil tempat, kita mohon kerjasama Yang Berhormat EXCO untuk mengambil tempat di hadapan, Yang Berhormat ADUN untuk mengambil tempat masing-masing 1 mengikut tanda nama dan rakan-rakan media juga kita mohon mengosongkan kawasan hadapan dahulu untuk kita mulakan majlis sebentar lagi. Bismilah hirahmanirahim, (bacaan doa). Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow; Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Law Choo Kiang; Yang di- Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato Abdul Razak bin Jaafar; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato Norazmi bin Mohd Narawi; Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Dr Mohamad Farazi bin Johari; Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Ketua-Ketua Jabatan, rakan-rakan media dan tuan-tuan, puan- puan yang dihormati sekalian. Selamat datang diucapkan ke Sesi Libat Urus antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 2021. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini dengan sukacitanya dijemput saudara Nurul Naim Abdul Karim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Encik Nurul Naim bin Abdul Karim: Bacaan Doa. Pengacara Majlis: Amin-amin Ya Rabbal Alamin . Terima kasih diucapkan kepada saudara Nurul Naim abdul Karim atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. 2 Para hadirin sekalian bagi membuka tirai majlis kita pada hari ini dengan penuh hormatnya dijemput Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan alu- aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Dato’ Law Choo Kiang, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang Pulau Pinang,Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, rakan-rakan media, puan-puan dan tuan- tuan yang saya hormati sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke Sesi Libat Urus Antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 2021 pada pagi yang berbahagia ini. Berikutan penggantungan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sepatutnya berlangsung pada April ini susulan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri berpendapat adalah perlu untuk diadakan Sesi Libat Urus ini bagi memastikan prinsip semak dan imbang ( check and balance ) dapat dilaksanakan dalam tampuk pentadbiran sedia ada. Seperti mana amalan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja bertindak sebagai pengantara dalam penyampaian suara rakyat, malah setiap Ahli bertanggungjawab untuk mengkritik atau menegur tindakan institusi kerajaan bagi memastikan Jabatan atau Agensi Negeri melaksanakan fungsinya berdasarkan dasar yang telah ditetapkan. 3 Sesi Libat Urus ini akan berlangsung selama dua (2) hari di mana setiap Ahli EXCO akan mengemas kini perkembangan dan pelaksanaan dasar, projek dan program di bawah portfolio masing-masing, dan selepas itu akan berlangsung Sesi Soal Jawab bagi membolehkan Ahli-Ahli Dewan untuk mengemukakan perkara-perkara berbangkit yang berkaitan (sekiranya ada) dan diakhiri dengan Sesi Rumusan oleh Ahli EXCO berkenaan. Melalui sistem dialogpenang2021.penang.gov.my di bawah seliaan Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri (BTMKN) yang dibangunkan untuk Sesi Libat Urus ini, sebanyak 129 soalan dari YB Ahli- Ahli Dewan telah diterima oleh pihak urusetia iaitu Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk penyelarasan dan penyediaan jawapan oleh Ahli-Ahli EXCO berkenaan. Perancangan awal adalah untuk mengadakan sesi ini secara atas talian serta fizikal ( hybrid ) di mana kehadiran Ahli-Ahli EXCO adalah secara fizikal manakala Ahli-Ahli Dewan akan hadir ke sesi ini melalui atas talian ( video conferencing ) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), namun ditukar bersesuaian dengan kelonggaran yang diberikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dibenarkan. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, dalam menghadapi pasca pandemik COVID-19, rakyat Pulau Pinang sudah tentu menaruh harapan yang tinggi, justeru wakil rakyat sama ada daripada parti pemerintah mahupun pembangkang mempunyai peranan masing-masing untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. 4 Sebagai wakil rakyat, setiap daripada kita perlu responsif kepada keperluan rakyat. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk membuat rakyat berasa mereka diwakili oleh wakil yang dapat membantu menyelesaikan segala permasalahan yang berbangkit. Di pihak Kerajaan Negeri, fokus utama kini adalah untuk memenangi tiga (3) krisis utama iaitu krisis kesihatan awam, krisis ekonomi dan krisis politik. Mungkin kita boleh tambah satu lagi krisis air selut. Ketiga-tiga krisis ini telah memberi ancaman dan meninggalkan impak yang cukup besar kepada semua, tanpa ada yang terkecuali. Dalam usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri terutamanya pertumbuhan ekonomi yang terjejas teruk, sokongan padu ini adalah sangat penting bagi memulihkan serta melonjakkan ketahanan ekonomi negeri ke arah pencapaian Visi Penang2030 iaitu Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Pulau Pinang pasti akan bangkit, meniti dimensi baharu yang lebih gemilang dan megah berdiri di pentas transformasi global berbekalkan tekad, komitmen dan sinergi yang kukuh. Sebelum mengakhiri ucapan pembukaan ini, saya menyeru agar semua YB Ahli-Ahli Dewan dapat mengggunakan platform ini sebaik- baiknya, tanpa prejudis terhadap satu sama lain sekali gus menjadikan ia sebagai medium atau wadah untuk penyebaran dan perkongsian idea- idea yang bernas dan bermanfaat demi rakyat dan negeri yang tercinta. Sekian, terima kasih dan selamat bersidang. Pengacara Majlis: Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang di atas 5 ucapan beliau sebentar tadi. Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum kita meneruskan sesi dialog bersama-sama Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sedikit taklimat ringkas berkenaan perjalanan sesi dialog kita untuk tempoh dua (2) hari ini. Yang pertamanya, setiap YB EXCO akan diperuntukkan masa selama 60 minit, di mana 20 minit akan digunakan untuk pembentangan YB EXCO dan 40 minit lagi bagi menjawab soalan- soalan dari Yang Berhormat ADUN. Mana-mana YB ADUN yang ingin mengajukan soalan boleh mengemukakan soalan kepada YB EXCO mengikut portfolio masing-masing. Setiap ADUN yang ingin mengajukan soalan kepada YB EXCO ketika sesi soal jawab boleh berdiri di tempat masing-masing sebelum mengemukakan soalan. Sebagai panduan kepada YB EXCO pihak urusetia turut menyediakan penjaga masa yang akan membunyikan loceng penanda masa. Loceng ini akan dibunyikan sekali pada minit ke 18 dan juga dua (2) kali pada minit ke 20. Loceng kali kedua tersebut merupakan petanda kepada YB EXCO untuk bersedia menerima soalan-soalan daripada YB-YB ADUN. Pendekatan yang sama juga akan digunakan semasa sesi soal jawab. Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke 55 dan seterusnya dua (2) kali setelah tempoh 60 minit yang
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages169 Page
-
File Size-