Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-229 Bincang Isu Pertahanan Dan Keselamatan Negara Bernama 28 Jun, 2012 KUALA LUMPUR, 28 Jun (Berna

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-229 Bincang Isu Pertahanan Dan Keselamatan Negara Bernama 28 Jun, 2012 KUALA LUMPUR, 28 Jun (Berna

Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-229 Bincang Isu Pertahanan Dan Keselamatan Negara Bernama 28 Jun, 2012 KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-229 di Istana Negara di sini Khamis diberi taklimat terkini mengenai isu pertahanan dan keselamatan negara. Taklimat mengenai pertahanan negara disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan taklimat mengenai keselamatan disampaikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad, dalam satu kenyataan. Beliau berkata Majlis Raja-Raja juga membincangkan mengenai agama Islam dan beberapa pelantikan termasuk pelantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan. Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama dua hari yang berakhir hari ini dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Mukhriz Tuanku Munawir. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berangkat menghadiri mesyuarat tersebut dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mesyuarat tersebut dihadiri semua raja-raja Melayu kecuali Kedah dan Pahang di mana Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Raja-raja Melayu diiringi oleh menteri besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak diiringi ketua menteri masing-masing. -- BERNAMA Hak Cipta Terpelihara © 2012 BERNAMA Source: http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=676592 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us