Laporan Persidangan PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA MESYUARAT KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEDUABELAS _______________________________________________________ Hari : 23 Julai 2008 (Rabu) Tempat : (Dewan Undangan Negeri, Lebuh Light, Pulau Pinang) Jam : 9.30 Pagi. ______________________________________________________ HADIR Speaker (YB. Tuan Abdul Halim bin Hussain) Ahli Kawasan Air Putih (YAB. Tuan Lim Guan Eng) – YAB. Ketua Menteri Ahli Kawasan Penanti (YB. Tuan Mohammad Fairus bin Khairuddin) – Timbalan Ketua Menteri I. Setiausaha Kerajaan Negeri (YB. Dato’Jamaludin bin Hasan) Penasihat Undang–undang Negeri (YB. Puan Faiza bt. Zulkifli) Pegawai Kewangan Negeri (YB. Dato’ Supiah bt. Md. Yusof ) Ahli Kawasan Perai (YB. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy) – Timbalan Ketua Menteri II. “ Padang Kota (YB. Tuan Chow Kon Yeow) “ Batu Maung (YB. Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim) “ Bagan Jermal (YB. Tuan Lim Hock Seng) “ Batu Lancang (YB. Tuan Law Heng Kiang) “ Sungai Puyu (YB. Tuan Phee Boon Poh) “ Bukit Tambun (YB. Tuan Law Choo Kiang) “ Air Itam (YB. Tuan Wong Hon Wai) “ Berapit (YB. Puan Ong Kok Fooi) “ Machang Bubuk (YB. Tuan Tan Hock Leong) – Timbalan Speaker “ Pulau Tikus (YB. Tuan Koay Teng Hai) “ Sungai Bakap (YB. Tuan Maktar bin Haji Shapee, AMN) “ Bagan Dalam (YB. Tuan Tanasekharan a/l Autherapady) “ Permatang Pasir (YB. Tuan Mohd. Hamdan bin Abd Rahman) “ Komtar (YB. Tuan Ng Wei Aik) 1 Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Tuan Yeoh Soon Hin) “ Tanjong Bunga (YB. Tuan Teh Yee Cheu) “ Datok Keramat (YB. Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh) “ Padang Lalang (YB. Tuan Tan Cheong Heng) ” Kebun Bunga (YB. Tuan Ong Khan Lee) “ Bukit Tengah (YB. Tuan Ong Chin Wen) “ Pantai Jerejak (YB. Tuan Sim Tze Tzin) “ Sungai Pinang (YB. Tuan Koid Teng Guan) “ Pengkalan Kota (YB. Tuan Lau Keng Ee) “ Jawi (YB. Tuan Tan Beng Huat) “ Batu Uban (YB. Tuan Raveentharan a/l V. Subramaniam) “ Penaga (YB. Dato’ Haji Azhar bin Ibrahim) “ Telok Bahang (YB. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya) “ Telok Ayer Tawar (YB. Dato’ Hajah Jahara bt. Hamid) “ Bayan Lepas (YB. Tuan Syed Amerruddin bin Dato’ Syed Ahmad) “ Sungai Dua (YB. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed) “ Pinang Tunggal (YB. Dato’ Haji Roslan bin Saidin) “ Seberang Jaya (YB. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah) “ Permatang Berangan (YB. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya) “ Pulau Betong (YB. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid bin Saad) “ Sungai Acheh (YB. Dato’ Mahmud bin Zakaria) “ Bertam (YB. Puan Hajah Zabariah bt. Wahab) TURUT HADIR Encik Rosmin bin Yaakob - Setiausaha Dewan Undangan Negeri. 2 Dewan bersidang semula pada jam 09.30 pagi. Setiausaha: DOA. YB. Tuan Speaker: Dewan bersidang semula. Kita sambung dengan perbahasan. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji): YB. Tuan Speaker …(dengan izin). YB. Tuan Speaker .. I just want to clarify . Ada perkara yang saya harus bangkitkan. YB. Tuan Speaker: Ya. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji): Peraturan 13 berkenaan dengan pihak akhbar. YB. Tuan Speaker: Ya. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji): Dengan tertakluk kepada syarat-syarat Peraturan Majlis Mesyuarat 12, YB. Tuan Speaker bolehlah memberi kebenaran am kepada wakil-wakil akhbar atau menghadiri persidangan-persidangan Dewan akan tetapi disyaratkan bahawa jika sekiranya pihak akhbar itu menyiarkan laporan yang pada fikiran YB. Tuan Speaker tidak berpatutan mengenai persidangan itu maka kebenaran itu boleh dibatalkan. Saya ingin menarik perhatian YB. Tuan Speaker kepada siaran akhbar pada TV3, pada jam 8.00 malam kelmarin dan sebelum itu. 3 Di mana, saya mendapati bahawa channel TV3, saluran TV3 cuba mempermain-mainkan isu-isu kecil walaupun persidangan di sini membincangkan beberapa isu-isu penting yang produktif dan konstruktif yang telah dibincangkan pada hari Isnin, hari Selasa. Saya dapati pada hari Isnin malam, pada pukul 8.00 malam TV3 cuba mempermainkan isu bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri DAP tidak memakai pakaian seragam. Selepas itu, kelmarin saya mendapati bahawa ada tohmahan oleh TV3 tanpa menyiasat fakta-fakta bahawa ada ADUN-ADUN DAP yang cuba ciplak soalan- soalan ADUN Barisan Nasional yang telah dibentangkan sebelum ini. Saya mohon ruling YB. Tuan Speaker, kalau liputan akhbar dibuat ia haruslah kepada proceeding yang berlaku dalam Dewan. Jangan cuba mempolitikkan isu-isu yang kecil sebegini dan cuba mendapatkan publisiti. Sebenarnya di sini kita telah berbincang banyak isu-isu yang begitu produktif pada hari pertama dan hari kedua. Saya pohon diberitahu kepada pihak TV3 kalau ada wartawan-wartawan di sini supaya menumpukan perhatian kepada isu-isu yang begitu konstruktif, yang manfaatkan rakyat Pulau Pinang, yang dibincangkan dan dibentangkan dan dibahaskan. Dan jangan cuba menggunakan isu-isu kecil ini untuk mempolitikkan dan mendapatkan publisiti. Sekian, terima kasih. YB. Tuan Speaker: Terima kasih Seri Delima. Kita ambil perhatian apa yang disampaikan oleh Seri Delima tetapi kita, persidangan ini disiarkan secara langsung melalui web TV. Jadi, apa saja laporan akhbar, rakyat boleh buat penilaian melalui siaran langsung. Saya tak nak komen lebih daripada itu. Itu etika akhbar, media, untuk menyampaikan maklumat yang dikira bagi mereka perlu. Jadi, kita ambil perhatian itu. Jadi, saya akan teruskan perbahasan. Ahli Kawasan Komtar (YB. Tuan Ng Wei Aik): YB. Tuan Speaker. YB. Tuan Speaker: Ya. Komtar. 4 Ahli Kawasan Komtar (YB. Tuan Ng Wei Aik): Terima kasih.Tuan Yang Di Pertua. Ini merupakan kali pertama saya memberi ucapan dalam Dewan yang mulia ini setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan Komtar dalam Pilihanraya Umum yang diadakan pada 8 Mac 2008. Kemenangan Parti Tindakan Demokratik dan Parti Keadilan Rakyat dalam pilihan raya kali ini amat memberangsangkan sehingga kita dapat menguasai majoriti 2/3 kerusi dalam Dewan yang mulia ini dan seterusnya membentuk Kerajaan Campuran yang berjiwakan rakyat. Atas sebab kekecewaan dan rungutan rakyat jelata terhadap MCA, Gerakan dan MIC yang asyik membodek-bodekkan pemimpin- pemimpin UMNO. Kesemua calon daripada ketiga-tiga Parti Komponen Barisan Nasional tersebut telah dikalahkan. Bagi saya, ini sememangnya telah di takdirkan. Rakyat jelata memang menaruh harapan yang tinggi terhadap kami untuk berdepan dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya gilakan kuasa dan kekayaan tanpa mengambil kira kepentingan. Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed): Penjelasan…(gangguan). Ahli Kawasan Komtar (YB. Tuan Ng Wei Aik): Apa? Okay..silakan.. Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed): YB. Tuan Speaker, saya ingat wakil Komtar ini..awal-awal pagi ni dia nak cari pasal. ...(gangguan). dia menuduh UMNO gila kuasa. Apa yang UMNO gila kuasa? Bagi la bukti di mana UMNO gila kuasa? Ahli Kawasan Komtar (YB. Tuan Ng Wei Aik): Saya akan bagi penjelasan. Siapa yang makan cili, pastinya dia akan berasa pedas. ...(gangguan). Adakah awak makan cili? ... (gangguan). 5 Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed): YB. Tuan Speaker. Ahli Kawasan Komtar (YB. Tuan Ng Wei Aik): Adakah Ahli Yang Berhormat Sungai Dua makan cili? Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed): YB. Tuan Speaker. Ahli Kawasan Komtar (YB. Tuan Ng Wei Aik): Awak termakan cili kah? Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed): Ini tuduhan berniat jahat. ...(gangguan). Ahli Kawasan Komtar (YB. Tuan Ng Wei Aik): Adakah awak makan cili? YB. Tuan Speaker: Komtar, Komtar, beri laluan. Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed): Ini tuduhan berniat jahat. Macam mana buat tuduhan macam ini? Kita kalau nak bercakap, bercakap menggunakan bukti. Tak boleh bercakap sebarangan. Menuduh orang sebarangan ini satu tuduhan yang tak baik. Jadi saya ingat, kalau boleh Komtar janganlah pagi-pagi buta ni, buat tuduhan yang melulu. 6 Ahli Kawasan Komtar (YB. Tuan Ng Wei Aik): Saya tidak akan membuat sebarang tuduhan yang membuta tuli. Jadi saya akan teruskan ucapan saya. Adakah pemimpin- pemimpin Barisan Nasional secara amnya, atau UMNO secara khususnya, berjiwakan rakyat? Jawapannya adalah jelas sekali daripada keputusan yang telah dicapai dalam pilihan raya yang kali ini. Tanpa perlu saya berhujah secara panjang lebar di sini, pilihan raya rakyat jelata pada pilihan raya kali ini memang merupakan satu (1) petunjuk yang tidak payah kita pertikaikan lagi. Kemenangan kita telah menggambarkan kehendak-kehendak rakyat Negeri Pulau Pinang yang inginkan sebuah pentadbiran yang Bersih, Cekap dan Amanah. Padahal, Bersih, Cekap dan Amanah itu bukanlah satu (1) slogan yang baru. Itu merupakan satu (1) slogan yang telah dilaungkan oleh Barisan Nasional sejak dahulu lagi yang sekadar cakap tak serupa bikin. Rasuah dan penyelewengan kuasa yang berleluasa sehingga ke akar umbi, seakan-akan merupakan virus penyakit yang sukar dibunuh. Namun begitu, kita sebagai Kerajaan Negeri yang baru tetap akan mengambil segala usaha dan penekanan yang perlu untuk mengubati penyakit ini. Dengan ini, pengamalan prinsip-prinsip CAT iaitu keupayaan, akauntabiliti dan ketelusan oleh Kerajaan Negeri adalah tepat pada masanya. Kita perlukan kerjasama seluruh jentera Kerajaan Negeri untuk melaksanakan sebuah pentadbiran yang berlandaskan prinsip-prinsip CAT. Mengikut maklumbalas pihak awam, sikap kakitangan-kakitangan awam bertambah baik selepas kita mengambil alih pucuk pimpinan Kerajaan Negeri. Di mana, kecekapan, kesopanan dan prestasi mereka juga bertambah baik. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages177 Page
-
File Size-