Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 7 Rabu 3 Julai 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 28) Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Lenggong) (Halaman 38) DR 3.7.2013 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Rabu, 3 Julai 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan pelan pembangunan luar bandar terutama di Sarawak dan Sabah bagi mengatasi masalah kemudahan infrastruktur dan pembangunan ekonomi luar bandar. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan pertama, bagi mengatasi masalah kemudahan infrastruktur dan pembangunan ekonomi luar bandar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar yang berteraskan kepada Program Transformasi Luar Bandar atau Rural Transformation Program yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Buktinya melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), infrastruktur asas luar bandar yang bermula pada tahun 2010 telah memberi manfaat kepada lebih 3.7 juta penduduk di seluruh negara. Di Sarawak sahaja pembinaan jalan luar bandar sepanjang 911.87 kilometer, menyambungkan air bersih ke 71,064 buah rumah, membina sebanyak 18,301 buah rumah dan menyambungkan talian bekalan elektrik 24 jam kepada 46,457 buah rumah. Untuk tahun ini, sebanyak 79 projek pembangunan infrastruktur asas luar bandar di Sabah dan Sarawak sedang dalam pelaksanaan dengan peruntukan berjumlah hampir RM2 bilion. Daripada jumlah ini, Sarawak menerima 52 buah projek dengan nilai RM1.3 bilion. Bagi permohonan program peningkatan pendapatan penduduk luar bandar pula, kementerian akan melaksanakan Program Desa Abad Ke-21 atau 21st Century Village. Dua program utama iaitu Rural Business Challenge dan juga Program Desa Lestari bakal dibangunkan. Bagi Program Desa Lestari, sebanyak 42 buah kampung telah dipilih bagi melaksanakan pelbagai projek ekonomi seperti agropelancongan, pertanian, perikanan dan penternakan, industri pembuatan dan juga pemprosesan. DR 3.7.2013 2 Antara program lain yang turut dilaksanakan dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan dan menjana pembangunan ekonomi penduduk luar bandar di negeri Sabah dan Sarawak adalah seperti Program Lonjakan Mega Luar Bandar, agropolitan, program tanaman semula getah dan sawit dan peluang penyediaan infrastruktur ladang. Sehingga tahun 2012, kementerian telah melaksanakan 11 buah projek agropolitan, di mana lima projek ini adalah berada di negeri Sarawak. Projek ini dijangka melonjakkan pendapatan peserta dari RM300 kepada RM1,800 sebulan dengan penglibatan peserta secara aktif di ladang dan melalui agihan dividen kepada peserta. Terima kasih. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. kita memang melihat bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selama ini telah banyak menyumbangkan kepada pembangunan kawasan-kawasan luar bandar. Apa yang kita ketahui memang mengikut kehendak kerajaan di bawah Gagasan 1Malaysia dan juga program-program transformasi menjurus kepada Wawasan 2020. Yang Berhormat Menteri, kalau kita tak salah, kebanyakan projek-projek yang telah dilaksanakan terutama di negeri Sarawak adalah melalui pelbagai agensi dan jabatan terutamanya State Development Office (SDO), pejabat residen, pejabat daerah, konsultan dan kontraktor-kontraktor. Saya tidak mempertikaikan projek-projek besar seperti jalan, bekalan air dan sebagainya tetapi projek yang kecil-kecil seperti jalan luar bandar, jalan perhubungan kampung, jalan desa, projek-projek bantuan rumah dan sebagainya banyak mengalami masalah pelaksanaan ataupun sistemnya tidak menyenangkan hati rakyat. Jadi dalam hal ini, saya cadangkan supaya kementerian ini menubuhkan jabatan pembangunan luar bandarnya sendiri ataupun majlis pembangunan luar bandar yang melibatkan wakil rakyat dan orang-orang setempat supaya projek-projek yang dikenal pasti adalah dengan langsungnya diperbincangkan dengan penerima projek. Dipantau oleh mereka yang diberi kuasa untuk melaksanakan projek itu supaya ia tidak menimbulkan masalah. Ini sebab daripada semalam saya menerima panggilan daripada penerima... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit]: Terima kasih. Sekejap lagi. Penerima projek yang tidak puas hati dan inginkan ia ditukar atau spesifikasinya ditukar untuk memenuhi kehendak mereka. Jadi, soalan saya sama ada kementerian tadi berhajat untuk menubuhkan majlis atau jabatannya sendiri di kawasan luar bandar? ■1010 Kedua Yang Berhormat Menteri, saya ingin tahu sebab inilah satu projek yang besar yang akan diadakan di Kanowit iaitu status pembinaan jalan daripada RASCOM Nanga Ngungun ke RASCOM Nanga Jagau yang menelan belanja agak besar. Bagaimana keputusan mengenai kerajaan dengan projek ini? Sekian, terima kasih. DR 3.7.2013 3 Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat Kanowit yang telah membangkitkan dua persoalan. Pertama, berhubung kait dengan delivery system di peringkat kementerian. Sememangnya saya amat setuju dengan Yang Berhormat Kanowit, bilamana saya mengambil alih kementerian ini, saya dapati bahawa di antara kementerian daripada persekutuan yang agak dari segi structure changes need to be done, dengan izin iaitu kita mengurus kewangan yang jumlahnya begitu besar dan kita tidak mempunyai badan untuk mentadbir. Walaupun ada ICU atau pun SDO, tetapi dia tidak secara langsung di bawah pentadbiran Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Pada tiga tahun lalu, saya telah mewujudkan satu unit khas khususnya di Sabah dan Sarawak oleh kerana penekanan kedua-dua negeri kepada program NKRA telah begitu ketara. Jadi, kita telah mewujudkan unit khas selaras dengan saranan Yang Berhormat Kanowit untuk memastikan supaya bukan hanya dari segi pelaksanaan tetapi juga pemantauan projek-projek ini akan dapat disempurnakan. Dalam kita melaksanakan pembangunan di kawasan luar bandar ini, bukan hanya kerjasama yang kita dapati, wujudkan bersekali dengan kerajaan-kerajaan negeri, bahkan juga kita melibatkan agensi-agensi seperti FELCRA, RISDA dalam pelaksanaan projek-projek yang kecil contohnya, baik pulih rumah. Ia juga melibatkan GIATMARA di sesetengah tempat. Ini tertakluk kepada kehendak dan keperluan kawasan-kawasan setempat. Saya beri contoh seperti di Batang Ai, bilamana kita luluskan peruntukan RM2 juta untuk bina rumah panjang dan kehendak masyarakat di situ hendak gotong-royong. Kita laksanakan secara gotong-royong dan kita tidak laksanakan secara katakan open tender atau pun selective tender dan tidak membabitkan pelaksanaan agensi kerajaan. Kita agak fleksibel. Apa yang penting kepada kita adalah penyediaan, pelaksanaan ini akan dapat kita sempurnakan selaras dengan keperluan masyarakat di peringkat kawasan-kawasan tertentu. Mengenai dengan cadangan Yang Berhormat iaitu jawatankuasa majlis. Memang ada pun majlis yang mungkin perlu kita reactivate di mana Ahli Parlimen menjadi pengerusi, DO menjadi setiausaha dia. Saya ingat dalam dua tahun yang lalu, saya sudah maklumkan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk memastikan penglibatan Ahli-ahli Parlimen secara langsung. Kita tidak hendak supaya dalam pembangunan ini it is top down, it must be bottom up as well untuk memastikan supaya ada mengimbangi pembangunan yang diselaraskan dan apa kehendak masyarakat di peringkat akar umbi. Kita sedar dan tahu bahawa Ahli Parlimen lebih mengetahui jauh daripada kita selaku kementerian kerana mereka berdamping setiap hari, setiap minggu, maka mereka lebih mengetahui keperluan masyarakat. Maka kerjasama seumpama ini dapat kita laksanakan. Berhubung kait dengan persoalan jalan di Nanga Ngungun dan saya sedar perkara ini dalam perancangan. Insya-Allah sedikit masa lagi Yang Berhormat kita akan - satu projek jalan DR 3.7.2013 4 yang membabitkan kawasan ini, paper sudah pun disediakan dan kita akan melaksanakannya secepat yang mungkin. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Lanang. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam usaha mengatasi kemudahan infrastruktur, kerajaan telah menaiktarafkan jalan raya. Soalan saya, apakah maksud menaiktarafkan jalan raya yang menuju ke rumah-rumah panjang, sama ada menaiktarafkan bermaksud jalan itu mesti bertar, jalan bersimen atau jalan batu sahaja. Banyak jalan raya yang menuju ke rumah panjang di kawasan Lanang adalah jalan raya yang sempit dan hanya tapak laluan sebuah kereta. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk meluaskan jalan raya tersebut sekurang-kurangnya laluan untuk dua buah kereta bagi mengelakkan apa-apa kemalangan yang akan berlaku. Terima kasih. Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat daripada Lanang yang mempersoalkan tentang tafsiran naik taraf jalan. Kita banyak pendekatan dalam pembangunan kawasan luar bandar. Permohonan sesetengah kawasan hendakkan kampung dia yang langsung tidak ada jalan, jadi kita buatkan jalan. Jadi di peringkat yang awal kalau kampung kita akan bina jalan bukan bertar
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages197 Page
-
File Size-