Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Bil. 21 Isnin 19 April 2010 K A N D U N G A N RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.22 (Halaman 2) Maksud B.23 (Halaman 15) Maksud B.24 (Halaman 16) Maksud B.25 (Halaman 26) Maksud B.27 (Halaman 55) Maksud B.28 (Halaman 69) Maksud B.29 (Halaman 94) Maksud B.31 (Halaman 105) Maksud B.41 (Halaman 128) Maksud B.42 (Halaman 163) Maksud B.49 (Halaman 174) Maksud B.60 (Halaman 181) Maksud B.62 (Halaman 190) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.1) 2010 Jawatankuasa:- Maksud P.22 (Halaman 2) Maksud P.24 (Halaman 16) Maksud P.28 (Halaman 69) Maksud P.31 (Halaman 105) Maksud P.62 (Halaman 190) Meminda Jadual Di Bawah P.M. 66(9) – Memotong RM10 Peruntukan Kepala B.41 (Halaman 128) DR. 19.4.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 19 April 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat ] RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Pertama Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini. USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKANDARIPADA PERATURAN MESYUARAT 10.02 pg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai, diputuskan Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010, dan usul-usul yang berkaitan dengannya dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 20 April 2010. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II [Dato' Jacob Dungau Sagan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. DR. 19.4.2010 2 RANG UNDANG-UNDANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2010) 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2010 Jawatankuasa Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 dan Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2010 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa ] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, sambung menjawab. Maksud B.22 [Jadual] – Maksud P.22 [Anggaran Pembangunan (tamb.)(Bil.1) 2010 – 10.06 pg. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II [Tuan Joseph Entulu anak Belaun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Selamat pagi, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Saya ingin menyambung penggulungan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang hanya dapat saya buat sedikit sahaja pada hari Khamis yang lepas. Pada masa itu saya telah menyentuh ataupun memberi jawapan kepada isu berkenaan dengan bekalan air yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Lenggong. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Lenggong juga membangkitkan isu mengenai sebahagian Kampung RPS Air Dala yang masih belum mendapat bekalan air. Kementerian mengambil maklum mengenai permohonan Yang Berhormat dan akan senarai pendekkan permohonan tersebut untuk dilaksanakan pada tahun 2010 di bawah Projek Sistem Rawatan Air Pelbagai Sumber di perkampungan Orang Asli. Dengan pelaksanaan projek tersebut, diharap masyarakat Orang Asli akan mendapat kemudahan bekalan air yang sempurna kerana sekarang saya sedang menggulung berkenaan dengan isu-isu yang melibatkan Orang Asli. Walaupun ini bukan... DR. 19.4.2010 3 Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta penjelasan? Kita tiada Orang Asli di Sabah tetapi ada orang bumiputera. Boleh? Tuan Joseph Entulu anak Belaun: Sebenarnya Yang Berhormat dari Kinabatangan, isu ini tidak disentuh semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa dan saya ini cuma menggulung isu yang sudah disentuh pada masa itu. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Isunya air sahaja, tiada lain. Tuan Joseph Entulu anak Belaun: Okey, silakan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Kita buat pagi ini sebagai satu pagi yang ceria, kita senyum. Jadi kita boleh panjang umur, boleh sihat dan sebelum itu, saya... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat dari Kinabatangan pun nampak muda pagi ini. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Ketawa] Alhamdulillah. Sebelum itu Tuan Pengerusi, saya ingin mengalu-alukan rombongan Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Pemimpin Masyarakat dari Sri Gading. [Tepuk] Selamat datang ke Dewan Rakyat. Yang Berhormat Menteri, isu air ini memang menjadi isu di seluruh negara lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Seperti awal-awal tadi saya maklumkan, kita tidak ada Orang Asli. Akan tetapi bumiputera di Sabah ini di kawasan saya, terutama sekali memang mengalami kesukaran masalah air apabila musim kemarau ini, bergantung kepada perigi, perigi pun kering. Jadi kita tidak mahulah rakyat Malaysia di Sabah, di Sarawak mati tidak ada air. Kalau tiada makan boleh tahan tujuh hari, kalau tidak ada boleh minum air tiga hari boleh mati. Jadi selaras dengan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ ini, peruntukan saya tengok ada bilion-bilion tetapi sejauh mana peruntukan itu dapat diimplementasikan di kawasan-kawasan di luar bandar. Saya percaya termasuk di kawasan Yang Berhormat pun ada masalah air. Terima kasih. Dato' Haji Lilah Yasin [Jempol]: Yang Berhormat, boleh saya sambung isu air kampung Orang Asli? Di Jempol juga Yang Berhormat, beberapa kali saya bangkitkan dalam Parlimen ini, ada beberapa kampung Orang Asli yang masih belum lagi mendapat bekalan air bersih. ■1010 Oleh yang demikian, saya fikir melalui peruntukan yang ada ini sebahagiannya kalau boleh diperuntukkan untuk membangunkan bekalan air di kampung Orang Asli di Jempol. Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih Yang Berhormat dari Kinabatangan dan Yang Berhormat dari Jempol. Dengan bajet tambahan ini Yang Berhormat Jempol, dianggarkan hampir 100% kawasan Orang Asli akan dapat dibekalkan dengan air yang dari sistem retikulasi. Jadi saya harap itu termasuklah dalam kawasan Yang Berhormat, kalau dia hampir 100%. More than 99% sebenarnya. DR. 19.4.2010 4 Menjawab pandangan ataupun berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat dari Kinabatangan tadi, satu daripada bidang tumpuan yang telah ditugaskan kepada kementerian ini dalam program NKRA adalah membekalkan air bersih kepada lebih kurang 360,000 buah rumah dari tahun ini sampai ke tahun 2012. Jadi dengan adanya tumpuan yang dibuat di bawah program NKRA ini saya rasa lebih 80% kawasan di Sabah dan Sarawak akan dibekalkan dengan air bersih ataupun air yang dirawat. Menyentuh isu Orang Asli, walaupun ini bukan berkaitan dengan air... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Penjelasan... Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Tuan Pengerusi, ini isu... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Orang Asli. Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Air? Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ya. Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Okey. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada bangkitkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum ini, semasa soal jawab mengenai satu isu perkampungan Orang Asli di Pekan Chenderiang di kawasan Parlimen Tapah. Di mana pembinaan rumah untuk Orang Asli lebih kurang 25 keluarga telah pun siap lebih dari tiga tahun dan kerajaan telah mengatakan bahawa semasa pembinaan itu bahawa connection air dan api akan dibuat dalam sekurang- kurangnya enam bulan. Sekarang sudah lebih tiga tahun. Jadi soalan saya adalah walaupun saya telah bangkitkan perkara ini kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingat lebih kurang lapan bulan dahulu dan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa usaha sedang dibuat supaya connection itu dibuat. Saya telah pun bangkitkan perkara itu kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Tapah, mengatakan dia menunggu peruntukan dari kementerian. Jadi bilakah mereka yang dijanjikan akan diberi connection air ini akan dibuat dan kenapa melambat-lambatkan kepada Orang-orang Asli connection air dan tenaga? Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: [Bangun] Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terbaca baru-baru ini dalam surat khabar bahawa Kampung Aring Hulu Kelantan dalam kawasan Parlimen Gua Musang, airnya tidak ada. Langsung tidak ada bekalan air tetapi diambil daripada sungai. Selama ini sungai itu tidak tercemar tetapi dengan adanya kilang-kilang kelapa sawit, sungai itu mulai tercemar. Saya minta perhatian daripada kementerian supaya perkara ini diatasi di kawasan Gua Musang yang diwakili oleh Yang Berhormat Gua Musang, Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah. Datuk Joseph Entulu
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages203 Page
-
File Size-