KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 13 OGOS 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari); • Kes sembuh : 17,025 kes (1,110,528 kes kumulatif, 81.4%); • Kes baharu : 21,468 kes (1,363,683 kes kumulatif); • Kes import : 25 kes (18 warganegara, 7 bukan warganegara) • Kes tempatan : 21,443 kes [17,584 warganegara (82.0%); 3,859 bukan warganegara (18.0%)]; • Kes aktif : 241,187 kes; • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,075 kes; • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 537 kes; • Kes kematian : 277 kes [11,968 kes kumulatif, 0.88%; 222 warganegara, 55 bukan warganegara; 96 kes BID (65 warganegara; 31 bukan warganegara)]; • Jumlah kluster : 4,120 kluster; • Jumlah kluster baharu : 41 kluster; • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,827 kluster; dan • Jumlah kluster aktif : 1,293 kluster. Daripada 21,468 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 670 kes (3.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,798 kes (96.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi. Secara keseluruhan, hanya 2,703 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi (iaitu yang telah mendapat vaksinasi dua minggu selepas dos kedua). Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori Sebanyak 277 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 108 kes di Selangor, 66 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 26 kes di Johor, 18 kes di Negeri Sembilan, 15 kes di Sabah, 14 kes di Kedah, 11 kes di Melaka, enam (6) kes di Pulau Pinang, lima (5) kes di Kelantan, masing-masing tiga (3) kes di Perak dan Terengganu, serta dua (2) kes di Pahang. KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 12 OGOS 2021) Berdasarkan data terkini pada 12 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.33) diikuti oleh Sabah dan Kelantan (masing-masing nilai RT 1.20), serta Sarawak dan Pulau Pinang (nilai RT 1.17). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini. NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat). • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn). • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan. Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 13 Ogos 2021 @ 6:15 petang. LAMPIRAN 1 BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (SEHINGGA 13 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI) BILANGAN PURATA KADAR BILANGAN KES NEGERI KES 7 INSIDEN KES BAHARU HARI* ** KUMULATIF ( ) *** SELANGOR 6,462 96.2 7,449 (2) 498,741 WP KUALA LUMPUR 2,009 105.2 2,183 (18) 151,029 KEDAH 1,468 64.7 1,807 65,240 SABAH 1,334 33.0 1,654 101,685 JOHOR 1,285 32.7 1,485 (1) 107,912 PULAU PINANG 932 51.6 1,316 57,949 NEGERI SEMBILAN 903 77.7 974 (2) 83,444 KELANTAN 890 45.4 1,088 54,721 PERAK 762 29.2 940 (1) 48,510 SARAWAK 672 23.1 715 85,318 PAHANG 532 30.4 572 32,054 MELAKA 501 51.5 723 (1) 38,375 TERENGGANU 443 34.2 440 23,222 WP PUTRAJAYA 59 62.5 66 4,783 PERLIS 23 8.5 50 960 WP LABUAN 11 10.5 6 9,740 MALAYSIA 18,286 53.4 21,468 (25) 1,363,683 *Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI) **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk ***Kes import LAMPIRAN 2 Ringkasan 277 kes kematian pada 13 Ogos 2021 adalah seperti berikut: Jantina Kewarganegaraan Tempat Kematian Bil. Sejarah Negeri Hospital BID*** Kes L* P* WN** BWN** Penyakit Jumlah WN** BWN** Jumlah WN** BWN** Selangor 108 64 44 79 29 75 60 15 33 19 14 71 WP Kuala 66 43 23 44 22 19 13 6 47 31 16 30 Lumpur Johor 26 11 15 25 1 24 23 1 2 2 - 22 Negeri - - - - 18 10 8 18 - 18 18 16 Sembilan - Sabah 15 10 5 14 1 8 8 7 6 1 8 - - Kedah 14 11 3 14 - 13 13 1 1 11 - Melaka 11 3 8 10 1 10 9 1 1 1 9 - Pulau Pinang 6 4 2 5 1 4 3 1 2 2 4 - - - Kelantan 5 2 3 5 3 3 2 2 3 - - - Perak 3 2 1 3 2 2 1 1 3 - - - - - Terengganu 3 - 3 3 3 3 2 - - - - - Pahang 2 1 1 2 2 2 2 Jumlah 277 161 116 222 55 181 157 24 96 65 31 181 *L merujuk kepada lelaki dan P merujuk kepada perempuan **WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara ***BID merujuk kepada Brought In Dead LAMPIRAN 3 Perincian 21,468 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: JUMLAH KONTAK IMPORT LAIN- NEGERI KLUSTER KES RAPAT A* LAIN SELANGOR 7,449 433 3,627 2 3,387 WP KUALA LUMPUR 2,183 94 1,033 18 1,038 KEDAH 1,807 36 1,098 - 673 SABAH 1,654 31 956 - 667 JOHOR 1,485 329 757 1 398 PULAU PINANG 1,316 156 437 - 723 KELANTAN 1,088 108 704 - 276 NEGERI SEMBILAN 974 151 469 2 352 PERAK 940 121 322 1 496 MELAKA 723 134 299 1 289 SARAWAK 715 90 419 - 206 PAHANG 572 112 323 - 137 TERENGGANU 440 54 303 - 83 WP PUTRAJAYA 66 - 45 - 21 PERLIS 50 7 36 - 7 WP LABUAN 6 - 6 - - JUMLAH 21,468 1,856 10,834 25 8,753 KESELURUHAN * Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara LAMPIRAN 4 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 13 OGOS 2021 KATEGORI JUMLAH JUMLAH NO NAMA KLUSTER NEGERI DAERAH KLUSTER KES DISARING Industri Lingkaran Klang 1 Tempat Kerja Selangor 212 436 Mohamed Satu dan Petaling Industri Sungai 2 Tempat Kerja Selangor Klang 87 285 Pinang 4/2 Industri Bukit Petaling dan 3 Tempat Kerja Selangor 50 2,569 Belimbing 26 Klang 4 Industri Mahkota Utama Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 49 94 Gombak, Industri Persiaran Kuala 5 Tempat Kerja Selangor 34 219 Rahman Putra Tiga Selangor, dan Petaling Klang, Petaling 6 Industri Jalan Korporat Tempat Kerja Selangor , dan Kuala 33 384 Selangor Gombak 7 Industri Jalan Rawang Tempat Kerja Selangor dan Hulu 27 37 Selangor Tapak Bina 8 Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 23 60 Persiaran Bayu 9 Industri Jalan TPP Lima Tempat Kerja Selangor Petaling 18 31 Industri Jalan Indah 10 Tempat Kerja Selangor Sabak Bernam 15 64 Bagan Penampang 11 Donggongon Tempat Kerja Sabah dan Kota 22 44 Kinabalu Tapak Bina Seberang 12 Tempat Kerja Pulau Pinang 75 376 Lingkaran Cassia Perai Selatan Barat Daya, Timur Laut, Seberang 13 Hilir Sungai Kluang Satu Tempat Kerja Pulau Pinang 27 85 Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan 14 Industri Jaya Gading Tempat Kerja Pahang Kuantan 9 49 15 Jalan Bank Kuantan Tempat Kerja Pahang Kuantan 21 372 Negeri 16 Tapak Bina Village Road Tempat Kerja Seremban 119 140 Sembilan Industri Jalan Kota Bharu 17 Tempat Kerja Kelantan 14 22 1/44 Pengkalan Chepa dan Bachok 18 Gunong Bachok Tempat Kerja Kelantan Bachok 24 50 19 Dah Tapak Bina Pantai Tempat Kerja Kedah Langkawi 15 330 20 Tapak Bina Kluang Barat Tempat Kerja Johor Kluang 97 135 Industri Jalan Kota Tinggi 21 Tempat Kerja Johor 11 519 Tun Abdul Majid dan Kluang 22 Ladang Jalan Segamat Tempat Kerja Johor Tangkak 10 147 23 Kampung Sungai Sam Komuniti Kelantan Kuala Krai 24 39 Kampung Pauh 24 Komuniti Kelantan Kota Bharu 14 19 Lima 2 25 Kampung Kedai Menanti Komuniti Kelantan Pasir Puteh 14 23 26 Krau Satu Komuniti Pahang Raub 19 81 Hilir Perak dan 27 Nipah Datuk Komuniti Perak 24 70 Bagan Datuk 28 Kampung Tasek Komuniti Perak Hulu Perak 14 54 Sebauh dan 29 Long Maktub Komuniti Sarawak 8 34 Bintulu 30 Buluh Telur Komuniti Selangor Hulu Selangor 9 21 Kampung Bukit Cina 31 Komuniti Terengganu Besut 55 747 Pasir Akar Kumpulan 32 Jalan Lurah Utama Johor Johor Bahru 39 141 Berisiko Tinggi Jalan Mutiara Kumpulan 33 Johor Johor Bahru 30 92 Enam Plentong Berisiko Tinggi Kumpulan 34 Jalan CEP Satu Kluang Johor Kluang 5 80 Berisiko Tinggi Kota Setar, Kubang Pasu, Kumpulan 35 Telaga 2 Kedah Padang Terap, 84 188 Berisiko Tinggi Pendang, Sik, dan Yan Kumpulan 36 Jalan Logan Pulau Pinang Timur Laut 23 33 Berisiko Tinggi Kumpulan 37 Jalan Paya Terubong Pulau Pinang Timur Laut 19 40 Berisiko Tinggi Kumpulan WP 38 Jalan Padang Rengas Kepong 16 27 Berisiko Tinggi Kuala Lumpur Kumpulan 39 Jalan Melaka Jasin Melaka Jasin 22 37 Berisiko Tinggi Institusi Pendidikan 40 Syahbandar Peramu Swasta Pahang Pekan 18 54 Berdaftar di Bawah KPM Institusi 41 Pantai Senok Tawang Pendidikan Kelantan Bachok 17 40 KPM LAMPIRAN 5 NILAI RT MENGIKUT NEGERI BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 12 OGOS 2021 NEGERI NILAI RT PERLIS 1.33 SABAH 1.20 KELANTAN 1.20 PULAU PINANG 1.17 SARAWAK 1.17 KEDAH 1.14 PERAK 1.14 JOHOR 1.13 TERENGGANU 1.12 PAHANG 1.07 NEGERI SEMBILAN 1.04 MELAKA 1.03 WP KUALA LUMPUR 1.02 SELANGOR 1.00 WP PUTRAJAYA 0.95 WP LABUAN 0.64 MALAYSIA 1.05 .
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages12 Page
-
File Size-