Bab 1 Pengenalan 1.1: Pendahuluan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) Jepun yang pertama ke Malaysia bermula pada tahun 1966 apabila bantuan teknikal disalurkan kepada sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang merupakan institut latihan dan penyelidikan kesihatan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan negara.1 Tidak dapat dinafikan dalam konteks mana-mana negara yang baru mencapai kemerdekaan, bantuan dan kerjasama ekonomi dari negara-negara asing amat diperlukan untuk menggerakkan projek-projek pembangunan sosioekonomi ekoran kekurangan modal domestik. ODA diklasifikasikan sebagai bantuan yang disalurkan oleh sebuah negara kepada negara lain bertujuan untuk membantu produktiviti sosioekonomi negara penerima. 2 Bantuan yang disalurkan tersebut boleh dalam pelbagai bentuk antaranya modal, 1 Untuk maklumat lanjut lihat http://www.jica.go.jp. Dilayari pada 15 Jun 2013. 2 Cameron M. Otopalik, “Japan’s Overseas Development Assistance: Assessing Conformance With Shifting Priorities,” International Journal of Politics and Good Governance, Volume 1, No. 1.1, halaman 5-7, Rui Faro Saraiva, “Japanese Foreign Policy and Human Security in the Context of an Emerging New Global Order” Journal of Conflict Transformation & Security, Volume 3, No. 1, halaman 36-39, Mitsuya Araki “Japan’s Official Development Assistance: The Japan ODA Model That Began Life in Southeast,” Asia-Pacific Review, Volume 14, No. 2, halaman 24-29. 1 bantuan teknikal dan kepakaran bagi menggerakkan projek yang akan diimplementasikan. Malaysia juga tidak terkecuali apabila pasca awal kemerdekaan memperlihatkan era yang amat mencabar dalam pentadbiran negara yang sarat dengan pelbagai cabaran sosioekonomi. Antaranya diakibatkan oleh ancaman komunis, kemiskinan dan kedudukan ekonomi yang tidak seimbang yang membawa kepada polarisasi kaum serta sistem tadbir urus yang belum mantap. Oleh itu, ODA Jepun yang mula disalurkan ke Malaysia selepas sembilan tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dimeterai, melambangkan kematangan diplomasi kedua-dua negara atas konsep “timbal-balik”. 3 Konsep “timbal-balik” dapat dianalisis berdasarkan bantuan yang disalurkan serta situasi yang wujud dalam hubungan sama ada bilateral ataupun multilateral. Bantuan yang disalurkan bertujuan bagi membantu proses modernisasi negara penerima ini melibatkan dua aktor iaitu pemberi dan penerima yang melibatkan negara atau organisasi. Antara dua elemen penting dalam proses penyaluran bantuan oleh pemberi kepada penerima adalah motif serta kepentingan penyaluran bantuan. Sebagai contoh, semasa Perang Dingin bantuan yang disalurkan oleh negara pemberi dilihat bermotifkan politik untuk memperoleh sokongan dari sekutu, manakala bantuan selepas tragedi 11 September 2011 lebih bermotifkan untuk menentang keganasan. Manakala dalam konteks hubungan bilateral pula, motif penyaluran bantuan adalah atas 3 Untuk maklumat lanjut konsep pola interaksi timbal rujuk http://id.shvoong.com/social-sciences/political- science/2232271-konsep-hubunganbilateral/#ixzz2ejlozwNt. Rujuk juga Kamus Dewan online di http://prpm.dbp.gov.my. Dilayari pada 15 Jun 2013. 2 dasar kepentingan bersama bagi memenuhi keperluan nasional kedua-dua pihak. Penjelasan di atas memperlihatkan perbezaan motif penyaluran bantuan berlaku kerana perubahan kepentingan oleh negara pemberi ke atas negara penerima. Sekiranya motif penyaluran bantuan oleh pemberi dianalisis, terdapat tiga aspek penting iaitu pertama motif ekonomi di mana bantuan diadaptasi sebagai mekanisme bagi memperoleh keuntungan ekonomi secara bersama pada masa ianya disalurkan ataupun pada masa hadapan. Kedua, motif kemanusiaan di mana penyaluran bantuan bertujuan membantu pembangunan sosoekonomi negara penerima berdasarkan pengalaman sejarah negara pemberi. Ketiga, motif politik di mana penyaluran bantuan sebagai mekanisme bagi mendapatkan pengaruh serta mengukuhkan kerjasama politik kedua-dua pihak. Di dalam konteks hubungan Malaysia-Jepun, bantuan ODA yang disalurkan dilihat memanfaatkan kedua-dua pihak kerana atas faktor kekurangan modal domestik membolehkan Malaysia mengadaptasi bantuan yang disalurkan ke atas projek- projek komunikasi serta projek-projek usahasama baharu bagi mewujudkan kerjasama sosioekonomi yang lebih komprehensif. Dengan adanya prasarana komunikasi yang efisyen, secara tidak langsung akan memberi peluang kepada Jepun bagi mengembangkan aktiviti perusahaan melalui pengoperasian lebih 1,400 syarikat dalam 20 sektor yang dilihat penting terutamanya dalam mencari peluang pasaran. Hujahan tiga motif di atas menjelaskan tiga senario yang signifikan bahawa adanya kepentingan disebalik motif penyaluran bantuan oleh negara pemberi ke atas negara penerima melalui syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pertama, tidak dinafikan negara pemberi mengaharapkan sesuatu dari negara 3 penerima bagi menjaga kepentingan nasionalnya. Kedua, negara pemberi berharap negara penerima menunjukkan rasa penghargaan dengan menjaga hubungan bilateral yang terjalin dalam aspek antaranya kerjasama sosioekonomi, dan politik. Ketiga, negara pemberi ingin melihat perubahan kualiti hidup ke arah yang lebih kompleks dengan mengadaptasi bantuan yang disalurkan sama ada berbentuk kewangan dan bantuan konsultasi. Adalah tidak dinafikan negara pemberi termasuklah Jepun menggunakan pelbagai syarat dalam pakej bantuan yang disalurkan kecuali pakej bantuan kemanusian agar dapat melihat negara penerima menggunakan sebaik mungkin bantuan yang disalurkan. Dari tiga contoh kepentingan di atas dapat dilihat bahawa motif negara pemberi dalam menyalurkan bantuan bukan sahaja untuk membantu proses pembangunan negara penerima malah turut berkepentingan bagi memperoleh peluang-peluang dalam merealisasikan kerjasama politik, ekonomi dan sosial. Di dalam konteks hubungan Malaysia-Jepun, ODA yang diadaptasi antara yang telah menggerakkan projek-projek sosioekonomi dengan mewujudkan prasarana antaranya komunikasi iaitu kebolehaksesan pengangkutan darat, laut dan udara. Walaupun bukan bantuan dari Jepun sahaja yang diadaptasi dalam menggerakkan projek-projek sosioekonomi, secara keseluruhannya bantuan dari negara-negara asing ini dlilihat telah membantu negara dalam menyediakan prasarana komunikasi yang sofistikated. Pentingnya kepada negara penyalur seperti Jepun adalah bagi memastikan jaminan terhadap produktiviti sosioekonomi serta kekukuhan pasaran. Sekiranya negara penerima berjaya dalam adaptasi ODA ianya turut memberi impak langsung ke atas kepentingan nasional negara penyalur. Namun aspek sebaliknya akan berlaku sekiranya adaptasi ODA gagal kerana ianya mempengaruhi karakteristik 4 penyaluran ODA yang seterusnya. Sebagai contoh, bantuan yang disalurkan ke Malaysia dilihat mempunyai kepentingan geopolitik dan geostrategik antaranya kerana kedudukan Malaysia di Selat Melaka yang menjadi laluan strategik untuk pengangkutan maritim antarabangsa dan ianya mempunyai kepentingan ekonomi yang signifikan bagi kemajuan industri Jepun ke dalam pasaran asing melalui pengoperasian lebih 1,400 syarikat Jepun serta sebagai laluan bagi memperoleh sumber bahan mentah seperti gas asli ke Jepun. Manakala kepentingan nasional yang dihujahan di atas membawa maksud kerjasama Malaysia-Jepun turut membuka peluang kepada Tokyo bagi mengukuhkan kerjasama dengan negara serantau. Sebagai contoh, kedudukan geostrategik Malaysia antara yang mewujudkan persekitaran perniagaan yang memenuhi pasaran ASEAN dan ianya menjadi lebih komprehensif dengan tertubuhnya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) serta perjanjian terhadap Tarif Keutamaan Efektif Am (CEPT) bagi meliberalkan perdagangan ASEAN melalui pengurangan tarif secara beransur-ansur yang bertujuan mewujudkan kawasan perdagangan bebas dalam masa lima belas tahun bermula satu Januari 1993. Ini bermaksud dengan mewujudkan pusat pengeluaran di Malaysia, pengilang iaitu pengusaha-pengusaha Jepun berpeluang mengeksport ke negara anggota ASEAN lain dengan duti import yang minimum dan senario ini dilihat amat signifikan kepada Malaysia dan Jepun terutamanya dalam konteks kerjasama ekonomi serta perdagangan. Sebagai contoh, bagi merealisasi serta meningkatkan kerjasama perdagangan dengan Malaysia dan negara-negara serantau, amat penting kepada Jepun untuk meningkatkan pengeluaran produk dalam kuantiti yang maksimum dan antara aspek penting bagi merealisasikan 5 matlamat ini adalah melalui kerjasama dalam bidang teknologi. Kerjasama dalam bidang teknologi membolehkan pertukaran serta perpindahan teknologi canggih dari Jepun dibawa masuk ke Malaysia. Senario ini bukan sahaja mendatangkan impak yang signifikan kepada perkembangan teknologi di Malaysia bahkan Jepun turut memperoleh manfaat di mana pelabur-pelabur akan melabur ke dalam perusahaan milik negaranya dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada Jepun. Hujahan tersebut antara yang dapat menjelaskan bahawa kerjasama yang terjalin di dalam konteks hubungan antarabangsa telah mewujudkan interaksi ke atas konsep “timbal-balik” melalui kesalingbergantungan di antara negara-negara yang terlibat. Konsep “timbal-balik” amat relevan bagi menginterpretasi ODA Jepun ke Malaysia kerana pola interaksi bilateral menjadi lebih kompleks dengan wujudnya kesalingbergantungan antara Kuala Lumpur-Tokyo. Dengan menetapkan sasaran untuk jangkamasa panjang, konsep tersebut dilihat antara mekanisme bagi mewujudkan hubungan yang lebih harmonis ke arah mencapai keuntungan secara bersama. 4 Kepada Malaysia, ODA telah memenuhi keperluan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek pembangunan sosioekonomi, manakala kepada
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages514 Page
-
File Size-