Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 30 Selasa 30 Oktober 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 7) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 32) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: Isu Berkenaan Pertanyaan-pertanyaan Kepada Menteri-menteri Di Bawah Peraturan Mesyuarat 21(1)(a) (Halaman 33) USUL-USUL: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (Halaman 35) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 190) DR.30.10.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Selasa, 30 Oktober 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah justifikasi pembinaan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor. Berapakah pampasan yang telah dibayar kepada Gerbang Perdana Sdn. Bhd. Menteri Kerja Raya [Tuan Baru Bian]: Terima kasih, Yang Berhormat Ayer Hitam. Tuan Yang di-Pertua, sebagai mana Ahli-ahli Yang Berhormat telah sedia maklum, Jambatan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dan Singapura telah dibina pada tahun 1923. Mengikut undang-undang antarabangsa persetujuan dari negara jiran itu diperlukan terlebih dahulu untuk merobohkan jambatan sepanjang 1.06 kilometer sebelum jambatan lurus yang baharu boleh dibina. Akibat ketiadaan kata putus dari Singapura, kerajaan telah merancang untuk membina Jambatan Indah atau lebih dikenali sebagai jambatan bengkok di bahagian negara ini sahaja bagi menggantikan Tambak Johor sedia ada. Namun begitu, kerajaan pada bulan April 2006 di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kelima telah memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan pakej projek jambatan dan juga jambatan kereta api dengan nilai kontrak sebanyak RM1.113 bilion. Keputusan tersebut dibuat oleh Jemaah Menteri pada masa itu setelah menimbangkan pelbagai faktor khususnya berkaitan dengan implikasi moral, kewangan dan undang-undang antarabangsa yang terlibat. Berikut pembatalan tersebut, kerajaan telah membayar pampasan keseluruhan dengan nilai sebanyak RM257.4 juta kepada pihak yang terlibat iaitu sebanyak RM155 juta kepada kontraktor utama Gerbang Perdana Sdn. Bhd., RM67.4 juta kepada pihak subkontraktor dan RM35 juta lagi sebagai ganti rugi khas tambahan. Mengenai isu cadangan pembinaan jambatan bengkok, ini adalah merupakan perkara dasar yang akan melibatkan kos yang tinggi serta implikasi sosial, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa luar negara. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kerja Raya akan merujuk kepada DR.30.10.2018 2 Jemaah Menteri bagi mendapatkan pandangan dan nasihat mengenai hala tuju berkaitan dengan pelaksanaan projek tersebut. Terima kasih. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti jawapan tadi. Pertama pampasan itu kepada Gerbang Perdana, belum mengambil kira pampasan untuk tanah yang telah diambil dan termasuk kos-kos lain. Berapakah kerja yang telah dibuat yang telah dibayar? Itu pertama. Kedua, apakah justifikasi kalau ianya tidak dapat selesaikan masalah kesesakan di tambak Johor? Apa guna kita bina jambatan bengkok seperti diuar-uarkan baru-baru ini. Apakah pandangan JKR tentang perkara ini? Adakah ia praktikal ataupun pembaziran? Tuan Baru Bian: Mengenai soalan yang pertama, maklumat saya tidak ada dalam tangan saya sekarang ini tetapi boleh menjawab itu secara bertulis. Keduanya, saya sudah maklumkan bahawa ini hanyalah cadangan saat ini. Oleh kerana itu, kita berpendapat mesti ada satu kajian yang harus diteruskan terlebih dahulu sebelum kita membuat keputusan. Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya tentang Tambak Johor ini juga kerana Tambak Johor ini memang ada masalah yang semua orang ambil perhatian khasnya untuk anak Johor. Saya mohon Menteri menerangkan adakah Kerajaan Pakatan Harapan ada rancangan untuk menaik taraf Tambak Johor mungkin jambatan bengkoklah. Nampaknya lebih ramai orang tidak setuju tetapi naik taraf Tambak Johor untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang yang ulang-alik setiap hari. Terima kasih. Tuan Baru Bian: Terima kasih, Yang Berhormat. Kita akan kajikan ini kerana ini telah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Hasrat kita ialah untuk memberi kesenangan untuk rakyat dan kerana itu saya berhasrat dan saya akan kajikan ini dan akan kembalikan dengan Yang Berhormat. Terima kasih. 2. Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah kementerian akan meneruskan hasrat membuka Fakulti Pertanian dan Biotek di Gemas bagi menyelidik dan mencari formula terbaik memperkasakan sektor pertanian negara dan bila ia akan dimulakan. Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Tuan Yang di-Pertua, Bismillahi Rahmanir Rahim. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat Tampin saya telah pun menjawab soalan berkaitan pembangunan Agrosains Universiti Malaya pada 25 Oktober dalam jawapan bertulis. Walau bagaimanapun, kita cuba untuk memberikan perincian. ■1010 Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan fokus terhadap pembangunan setiap bidang tujahan dengan izin, niche yang telah ditetapkan kepada semua universiti awam. Justeru menerusi semangat autonomi yang diberikan kepada universiti awam, KPM terus menggalakkan setiap universiti awam untuk memperkembangkan bidang tujahan masing-masing. Walau bagaimanapun, peluasan bidang niche yang melibatkan pengembangan DR.30.10.2018 3 fakulti tertentu di kawasan luar kampus induk UA dibuat berdasarkan keperluan strategik dan kemampuan. Pada masa kini, KPM telah pun menawarkan bidang pertanian dan biotech di tiga universiti awam pada peringkat pengajian diploma dan 15 universiti awam pada peringkat ijazah sarjana muda. Justeru, KPM belum lagi bercadang untuk menubuhkan Fakulti Pertanian dan Bioteknologi di Gemas. Walau bagaimanapun, kita telah mempunyai Pusat Agrosains Universiti Malaya yang berperanan sebagai pusat penyelidikan dan kajian. Pada masa ini, Pusat Agrosains UM di Gemas masih dalam proses pembangunan infrastruktur yang melibatkan dua fasa di mana baru-baru ini, UM telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1.7 juta bagi pembinaan Kompleks Pejabat Ladang. Setelah siap, pusat berkenan akan menjadi pusat penyelidikan yang terkemuka dalam bidang agrosains dan menyokong aktiviti pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan inovasi dalam bidang sains pertanian yang dijalankan oleh Institut Sains Biologi, Fakulti Sains. Buat masa ini, UM telah menawarkan program Sarjana Sains Perlindungan Tanaman mulai sesi 2018/2019 dan juga sedang dalam proses perbincangan berkaitan semakan kurikulum untuk menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains Bijirin dan Teknologi ataupun Bachelor of Grain Science and Technology dengan izin, dengan kerjasama Kansas State university dan Malaysian farming. Sebagai memenuhi keperluan komuniti setempat, Pusat Agrosains UM akan memberikan khidmat nasihat kepakaran dan melaksanakan aktiviti berkaitan untuk nilai tambah kepada aktiviti pertanian terutamanya dalam perlindungan tanaman, sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Aktiviti agropelancongan akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengenai promosi pelancongan dan juga MARDI bagi pelancongan ataupun lawatan berasaskan pertanian. Saya sebenarnya akan membuat lawatan ke Pusat Agrosains Gemas untuk melihat perkembangan dan saya mempelawa Yang Berhormat Tampin untuk turut serta. Terima kasih. Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang lengkap daripada kementerian. Cumanya saya ingin bertanya, soalan yang kedua ini, oleh sebab daerah Tampin ini telah dikategorikan sebagai agroteknologi oleh Negeri Sembilan dan sudah pasti kepentingan sebuah kajian yang berteraskan persekitaran yang melingkunginya amat diperlukan. Malahan kewujudan institusi itu adalah satu perkara yang penting. Oleh sebab sekiranya kekangan kewangan yang menyebabkan tertangguhnya, terbinanya pusat kajian itu, apakah kementerian akan membangunkan infrastruktur kampus tersebut dengan kaedah BOT (build-operate-transfer) yang boleh mengurangkan beban kewangan kepada semua pihak? Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. KPM melalui UM akan sentiasa menyokong segala agenda kerajaan negeri untuk membangunkan Pusat Agrosains ataupun kawasan Gemas sebagai pusat pertanian. Kita juga sedang dalam usaha untuk membuka peluang kepada pelbagai pihak untuk turut serta menyokong dan membantu usaha berkenaan. Berkaitan dengan kaedah BOT, ia sedang dilakukan oleh UM dan UM telah pun melakukan beberapa libat urus ataupun engagement dengan beberapa syarikat swasta ke arah tersebut. Baru- DR.30.10.2018 4 baru ini saya difahamkan mereka telah pun bertemu dengan syarikat daripada China dan mereka juga akan meneroka syarikat-syarikat daripada dalam dan juga luar negara untuk membantu agenda yang dibawa oleh kerajaan negeri tersebut. Terima kasih. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib [Maran]: Di sektor pertanian, saya kira kita masih kurang pakar-pakar sains pertanian dan juga usahawan-usahawan pertanian, termasuk di peringkat antarabangsa. Saya ingin tahu, berapa ramai-kah pakar sains pertanian negara kita yang ada? Sejauh mana kerjasama

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    196 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us