Umno Bahagian Kota Melaka Calonkan Dr Mahathir Dan Abdullah

Umno Bahagian Kota Melaka Calonkan Dr Mahathir Dan Abdullah

12 MAR 2000 Umno - Kota Melaka UMNO BAHAGIAN KOTA MELAKA CALONKAN DR MAHATHIR DAN ABDULLAH MELAKA, 12 Mac (Bernama) -- Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka hari ini mencalonkan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai presiden dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai timbalan presiden pada pemilihan parti Mei ini. Bagi jawatan Naib Presiden mereka yang dicalonkan ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Osu Sukam. Umno bahagian itu ialah yang ketiga di Melaka selepas Batu Berendam dan Selandar yang mencalonkan Dr Mahathir dan Abdullah bagi dua jawatan tertinggi parti. Ketua Bahagian Datuk Amid Nordin mencadangkan pencalonan semua jawatan termasuk bagi 25 calon jawatan anggota Majlis Tertinggi, yang mendapat sokongan sebulat suara, pada mesyuarat yang berlangsung di Hotel Golden Legacy di sini. Bagi jawatan MT, bahagian itu mencalonkan Datuk Wira Mohd Ali Rustam, Perlis Tan Sri Shahidan Kassim, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, Datuk Adnan Yaakob, dan Datuk Dr Helmi Yahaya. Yang lain dicalonkan untuk kerusi MT ialah Datuk Azmi Khalid, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Senator Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman, Datuk Mohd Nazri Aziz, Tan Sri Kasitah Gadam, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin, Datuk Drs Suleiman Mohamad, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, Datuk Ishak Ismail, Datuk Zainal Abidin Zin, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shahrir Abdul Samad, Datuk Annuar Musa, Datuk Mustapa Mohamed, Datuk Dr Yusof Nor, Datuk Dr Affifudin Omar, Abdul Azim Mohd Zabidi, Abdullah Omar dan Datuk Maznah Hamid. Bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap bahagian berkenaan masing-masing mencalonkan Tan Sri Sulaiman Ninam Shah dan Datuk Seri Onn Ismail. -- BERNAMA MOZ MYD RI.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us