1 Penyata Rasmi Mesyuarat Kedua (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-13 Hari Pertama

1 Penyata Rasmi Mesyuarat Kedua (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-13 Hari Pertama

PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13 HARI PERTAMA KHAMIS, 15 OGOS 2013 BIL. 2 TAHUN 13 HADIR Y.B. Speaker Dewan, Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN., PPN. Y.A.B. Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan Negeri, Johor. Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, SPMJ., DSPN., PIS. (Permas) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Johor. Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday (Mahkota) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Johor. Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN. (Johor Lama) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Johor. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM. (Pulai Sebatang) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Johor. Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohamad, PGDK., KMN., PIS., AMN. (Benut) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri, Johor. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN. (Kahang) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor. Tuan Haji Abd. Mutalip bin Abd. Rahim (Layang-Layang) 1 Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Johor. Datuk Abd. Latif bin Bandi, DPSM, PSM. (Endau) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor. Tuan Haji Ismail bin Mohamed (Bukit Serampang) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor. Datuk Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK. (Sri Medan) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Johor. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN. (Kemelah) Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI. (Panti) Y.B. Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK. (Tiram) Y.B. Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN. (Gambir) Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali DMSM., KMN., PIS. (Semarang) Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS. (Rengit) Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM. (Pasir Raja) Y.B. Puan Hamimah binti Mansor, (Penawar) Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PJN. (Jorak) Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru, DPSM., KMN., AMN., PIS. (Tanjung Puteri) 2 Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) Y.B. Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS. (Machap) Y.B. Encik Mohd. Ismail bin Roslan, PPN. (Semerah) Y.B. Encik Teoh Yap Kun (Paloh) Y.B. Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS. (Tanjung Surat) Y.B. Puan Zaiton bin Ismail, PIS., PPN. (Sungai Balang) Y.B. Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) Y.B. Tuan Haji A. Aziz bin Ismail, PIS. (Senggarang) Y.B. Dr. Zaini bin Abu Bakar (Nusajaya) Y.B. Puan Norshida binti Ibrahim (Buloh Kasap) Y.B. Tuan Haji Abd. Razak bin Haji Minhat (Serom) Y.B. Dato’ Haji Saipolbahari bin Haji Suib, DIMP., AMN., KMN., JMN. (Bukit Naning) Y.B. Encik Suhaimi bin Salleh (Kukup) Y.B. Encik Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) Y.B. Datin Azizah binti Zakaria, PIS., PPN., AMN., KMN. (Parit Raja) Y.B. Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat (Kempas) 3 Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) Y.B. Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) Y.B. Encik Tan Chen Choon (Jementah) Y.B. Encik Abdullah bin Husin (Puteri Wangsa) Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) Y.B. Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) Y.B. Encik Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) Y.B. Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) Y.B. Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) Y.B. Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) Y.B. Encik Chen Kah Eng (Stulang) Y.B. Encik Lim Eng Guan (Bekok) Y.B, Encik Ee Chin Li (Tangkak) Y.B. Encik Chua Wee Beng (Bentayan) Y.B. Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) Y.B. Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) 4 Y.B. Cik Wong Shu Qi (Senai) Y.B. Encik Cheo Yee How (Pengkalan Rinting) TURUT HADIR (MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR) Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor. Dato’ Haji Obet bin Tawil, DPMJ., PIS. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor. Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM. Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor. Tuan Haji Marsan bin Kassim, SMJ. TIDAK HADIR (DENGAN MAAF) Y.B. Encik Lau Chin Hoon (Pemanis) 5 Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi. Y.B. Datuk Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Penolong Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR MEMANGGIL DEWAN NEGERI UNTUK BERMESYUARAT. Pemasyhuran oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Dengan ini memanggil Dewan Negeri untuk bermesyuarat dan menetapkan 15 Ogos 2013 pukul 9:30 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi memulakan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama Dewan Negeri Yang Ketiga Belas. Jurutulis : TITAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU. Y.B. Datuk Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat bagi membolehkan kita semua menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Tuanku, di hadapan Tangga Agung bangunan ini, maka saya tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 10:30 pagi. Dewan ditangguhkan pada jam 9.45 pagi. Dewan disambung semula pada jam 10:15 pagi. Y.B. Datuk Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Sukacita saya maklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan berangkat masuk sebentar lagi. Ahli-Ahli yang Berhormat Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenan untuk bertitah kepada Dewan ini. D.Y.M.M. Sultan Johor : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmannirrahim dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam, kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad, semulia-mulia Rasul, serta keluarga, dan para sahabatnya sekalian. Yang Berhormat Datuk Speaker, syukur saya ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan kurnia dan izin-Nya dapat saya hadir merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Bagi Dewan Negeri Johor Yang Ke-13 pada pagi yang berbahagia ini. Saya juga mengucap syukur kerana Negeri Johor terus maju dan makmur dan rakyatnya dapat hidup bersatu padu dalam keadaan aman, damai dan sejahtera. Persidangan kali ini merupakan Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu. Tahniah saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat sebagai wakil mereka di dalam Dewan ini. Ini juga merupakan permulaan era kepimpinan Menteri Besar Johor yang baru iaitu Yang 6 Amat Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin. Saya harap semua Ahli Dewan akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada beliau. Suka saya ingatkan di sini kepada semua Ahli Dewan Negeri Johor supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur, ikhlas dan beretika. Masa untuk kempen politik telah pun selesai. Dan, sekarang adalah masa untuk bekerja. Kepentingan rakyat hendaklah diutamakan berbanding kepentingan peribadi atau parti . Suara dan kehendak rakyat haruslah disalurkan dengan betul dan tertib. Haruslah disalurkan dengan tertib bukannya dengan cara protes yang biadab atau penganjuran demonstrasi jalanan. Setiap Wakil Rakyat adalah pemimpin contoh yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Jagalah tingkah laku, tutur kata dan imej sebagai seorang pemimpin yang hormati. Bersikap adil kepada semua dan kekalkan perpaduan rakyat yang sedia kukuh di Negeri Johor ini. Saudara saudari sekalian, rakyat Johor adalah istimewa kerana semua orang Johor adalah “Bangsa Johor”. Hanya yang membezakan mereka adalah asal keturunan kelahirannya. Oleh yang demikian, kita mesti melihat diri kita sebagai satu bangsa yang sama, yang hidup bersatu padu, bertolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain. Bagi mengukuhkan perpaduan masyarakat saya telah melantik Wakil Rakyat daripada masyarakat Melayu, Cina dan India untuk menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dengan cara ini, setiap keputusan yang dibuat akan mengambil kira pandangan semua pihak. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yang baru untuk memajukan ekonomi Negeri Johor dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya. Saya juga mahukan sebuah Kerajaan Negeri yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan bebas daripada masalah hutang. Kerajaan juga haruslah mengkaji semula projek-projek penswastaan dan semua perjanjian yang tidak menguntungkan kerajaan. Begitu juga dengan prestasi dan kedudukan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang perlu di nilai semula supaya selaras dengan dasar kerajaan dan mengelakkan daripada kerugian serta pembaziran sumber kewangan kerajaan. Saudara saudari sekalian, Negeri Johor telah membangun dengan pesat dan telah menarik pelaburan asing dan tempatan yang bernilai berbilion ringgit. Kerajaan juga telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membina kemudahan asas dan infrastruktur bagi menggalakkan pelaburan di kawasan pembangunan Iskandar dan Pengerang. Namun begitu, rakyat Johor masih merasakan pembangunan yang berlaku adalah hanya untuk orang luar mengaut keuntungan dan memiliki hartanah di Negeri Johor. Oleh yang demikian, Kerajaan perlu menggubal dasar yang tegas dan seimbang untuk memastikan rakyat Johor tidak terus terpinggir dari arus pembangunan. 7 Kadar pelaburan yang tinggi di negeri ini sepatutnya meningkatkan taraf hidup rakyatnya dengan pekerjaan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih selesa. Tetapi malangnya, kehidupan rakyat menjadi semakin tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat dan harga rumah yang melambung tinggi. Oleh itu, Kerajaan perlu bertindak

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    368 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us