Peristilahan Dalam Dunia Sukan Ahmad Faisal Mohamed Fiah

Peristilahan Dalam Dunia Sukan Ahmad Faisal Mohamed Fiah

Peristilahan Dalam Dunia Sukan Ahmad Faisal Mohamed Fiah, Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Abstrak Sukan merupakan antara elemen penting dalam menyatukan rakyat di mana-mana negara khususnya di Malaysia. “Kuasa” yang dimiliki sukan boleh membuatkan rakyat berbilang agama, bangsa mahupun mempunyai ideologi politik yang berbeza bersatu. Namun, sukan hanya mampu dicapai menerusi medium yang betul, iaitu media cetak, elektronik dan media dalam talian. Peminat sukan mengikuti perkembangan sukan menerusi medium ini dan pastinya sukan perlu disampaikan menggunakan bahasa yang betul dan difahami oleh mereka yang mengikutinya. Bagi pengamal media, terutamanya media yang menggunakan bahasa kebangsaan, inilah antara dilema mereka. Kebanyakan istilah sukan merupakan istilah yang bukan bahasa kebangsaan. Media tidak mempunyai banyak “pilihan” selain menggunakan istilah asal memandangkan ketiadaan istilah yang sama maksud dalam bahasa kebangsaan. Kertas kerja ini cuba mengupas “fenomena” istilah dalam sukan khususnya media. Selain itu, kertas kerja ini turut membincangkan serba sedikit perkembangan media yang berkaitan dengan sukan. Kertas kerja ini juga mencadangkan kepada pihak berkuasa yang terbabit dengan peristilahan untuk mengemukakan suatu daftar kata terkini istilah sukan bersesuaian dengan perkembangan dunia digital hari ini supaya terus relevan hingga ke masa hadapan. Kata kunci: Sukan, media, istilah sukan 1.0 Pengenalan Jika kita amati sejarah negara ini, antara peristiwa bersejarah terawal yang mampu dijadikan bukti penglibatan sukan di kalangan masyarakat bermula dari kisah Raja Muhammad Shah, putera kedua Sultan Mansur Shah di Melaka yang “dihukum” oleh ayahandanya untuk menerajui negeri Pahang selepas bagind menikam Tuan Besar, anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang telah menjatuhkan dastar baginda semasa bermain sepakraga dengan tidak sengaja. Peristiwa dicatatkan berlaku pada 17 September 1475 (Arkib Negara). Sejarah juga membuktikan sukan merupakan antara cabang dalam negara yang penting bagi mencapai perpaduan nasional. Pengalaman Malaysia dalam menganjurkan beberapa kejohanan atau temasya besar di peringkat antarabangsa bukan sahaja telah menyatukan rakyat negara ini yang datang daripada pelbagai latar belakang agama, kaum dan bidang. Selain itu, kejayaan yang ditempa atlet negara ini hasil daripada penyertaan pelbagai kejohanan dan temasya yang dianjurkan menunjukkan bahawa sukan merupakan elemen yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan lapisan. Antara kejohanan atau sukan yang sangat sinonim dengan rakyat negara ini tanpa mengambil kira latar belakang kaum dan agama termasuklah sukan bola sepak dan badminton. Jika diimbas kembali, pada 1992 iaitu tahun terakhir Malaysia menjuarai kejohanan badminton Piala Thomas, rakyat negara ini meraikan kejayaan tersebut sebagai satu “keluarga” besar. Pada ketika itu, tiada persoalan bangsa dibangkitkan dan tambah menarik, pasukan Piala Thomas diketuai mantan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, BAM, Allahyarham Tan Sri Elyas Omar manakala mendiang Dato’ Punch Gunalan bertindak selaku ketua jurulatih sambil skuad dibarisi pemain handalan negara termasuklah Rashid, Raziff dan Jalani Sidek, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit, Soo Beng Kiang dan Kwan Yoke Meng. Skuad negara ini sahaja sudah menunjukkan betapa majmuknya negara ini dan atas satu semangat membawa kejayaan yang kali terakhir digapai sebelumnya pada 1967, Malaysia muncul juara sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan selama 25 tahun. Dalam sukan bola sepak pula, kita mungkin tidak boleh lupa dengan kejayaan yang dilakar skuad Piala Suzuki pada tahun 2010. Pada tahun tersebut Malaysia muncul juara selepas menewaskan musuh tradisi, Indonesia. Kejayaan tersebut adalah antara kejayaan yang pernah dilakar skuad bola sepak negara. Walaupun terdapat sasaran yang masih belum dicapai iaitu layak ke Piala Dunia, namun kejayaan di peringkat serantau seperti Piala Suzuki mahupun Sukan Sea sedikit sebanyak mengubat “rindu” rakyat negara ini yang sentiasa mengharapkan kejayaan gemilang mampu dicapai skuad bola sepak negara. Sukan bola sepak sememangnya diakui sebagai sukan “nombor satu” dunia dan Malaysia sendiri tidak terkecuali. Kedua-dua sukan ini merupakan antara contoh untuk menunjukkan betapa sukan amat penting dan mampu mengeratkan hubungan rakyat Malaysia. Selain itu, sukan juga mempromosikan pelbagai nilai murni termasuklah kerja berpasukan, tidak berputus asa, tekun berusaha, setiakawan dan sebagainya. Namun segala nilai murni dan perpaduan di kalangan rakyat tidak akan dicapai tanpa peranan yang dimainkan pihak lain dalam menyalurkan maklumat iaitu media massa. Sukan dan media Sukan merupakan antara bidang yang membawa atau menghasilkan pulangan yang lumayan. Ada yang menggelarkannya sebagai “industri sukan” dan tidak kurang juga yang menganggap sukan sebagai satu bentuk hiburan. Mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik, pernah menyatakan, industri sukan bernilai sekitar $40 billion dollar Amerika setahun. Walaupun secara khusus, nilai yang dinyatakan tidak dapat dibuktikan tambah lagi dalam konteks Malaysia, nilai tersebut mempunyai logiknya yang tersendiri. Antara sukan yang terlibat dengan nilai mencecah billion dolar Amerika ini termasuklah sukan bola sepak terutama dalam liga-liga bola sepak utama dunia seperti Liga Perdana Inggeris dan beberapa liga yang terdapat di Eropah. Selain itu, pulangan lumayan juga mampu dijana dalam sukan-sukan yang terdapat di Amerika Syarikat seperti bola keranjang. Selain itu, temasya-temasya utama dunia seperti Sukan Olmpik, Piala Dunia FIFA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia juga melibatkan hasil dan kos yang mampu mencecah billion dollar Amerika. Hasil yang dijana melalui sukan datang daripada pelbagai sumber namun antara yang paling utama dan menghasilkan pulangan yang sangat lumayan adalah menerusi hak penyiaran televisyen serta media-media lain. Maka dengan itu, tidak hairanlah sekiranya sukan telah dianggap sebagai satu industri. Itu belum mengambil kira cabang-cabang lain seperti pelancongan sukan (sports tourism) yang mana tempiasnya datang daripada penganjuran temasya sukan di sesebuah negara termasuklah Malaysia. Ini semua mampu memberikan pulangan yang tersendiri bukan sahaja kepada negara secara umum malahan kepada penduduk setempat. Peranan media dalam bidang sukan Sarimah Ismail (2011), menyatakan bahawa perkembangan akhbar yang diterbitkan sebelum negara ini mencapai kemerdekaan, seawall 1876 menerusi penerbitan akhbar Jawi Peranakan menunjukkan berita-berita sukan langsung tidak mempunyai tempat dalam akhbar tersebut. Memetik Lent (1984) Sarimah menambah keutamaan akhbar pada ketika itu lebih kepada penerbitan berita tuntutan kemerdekaan dan peningkatan taraf Pendidikan terutama di kalangan orang Melayu. Sarimah menambah, ruangan yang lebih banyak diberikan kepada berita-berita sukan hanya penunjukkan peningkatan sekitar 1970an dan ia terus berkembang sehinggakan kebanyakan akhbar menjadikan sukan sebagai antara ruangan tetap dan ia berterusn hingga ke hari ini. Jika kita lihat pada hari ini, sungguhpun dalam keadaan akhbar dan media tradisional lain perlu “bersaing” dengan media baharu, ruangan sukan adalah antara ruangan yang paling banyak dalam satu-satu edisi akhbar manakala dalam penerbitan elektronik khususnya televisyen juga memperutukkan slot khas untuk berita sukan. Tahun 2010 pula satu lagi sejarah dalam media sukan tercetus menerusi kewujudan Astro Arena, satu saluran khusus untuk berita dan rancangan sukan dalam dan luar negara yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu. Astro yang juga stesen televisyen berbayar di negara ini juga memperuntukkan hampir 10 saluran keseluruhan untuk rancangan sukan termasuklah Fox Sport yang sebelumnya dikenali sebagai ESPN, satu saluran sukan yang sememangnya telah terkenal di peringkat antarabangsa. Ini menunjukkan bahawa sukan mempunyai peranan tersendiri dan media adalah medium terbaik yang mampu menjadi penghubung dengan masyarakat. Kewartawanan sukan Sepertimana yang telah dinyatakan, media mempunyai peranan yang penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat mengenai perkembangan sukan dalam dan luar negara. Sudah pasti tenaga kerja yang terlibat dalam usaha ini termasuklah wartawan, penerbit dan sebagainya bagi memastikan setiap maklumat dapat disampaikan kepada kelompok sasaran. “Kewartawanan sukan” adalah antara cabang dalam jurus kewartawanan. Sepertimana yang difahami umum, kerja-kerja kewartawanan adalah sesuatu yang berkait dengan penulisan dalam media sama ada media cetak atau elektronik. Tiada kriteria khusus yang ditetapkan untuk melantik seseorang itu menjadi wartawan sukan. Untuk menjadi seorang wartawan sukan yang baik, seseorang itu perlu “minat” dengan sukan secara umum walaupun seseorang itu mungkin mempunyai minat tersendiri dalam sukan tertentu. Seseorang itu juga perlu memahami bagaimana sesuatu sukan itu dimainkan namun tidak semestinya beliau perlu mengetahui secara mendalam peraturan permainan. Seseorang bekas atlet atau pemain mungkin boleh menjadi seorang wartawan sukan yang baik namun itu bukanlah kriteria utama kerana dalam masa beliau perlu mempunyai kemahiran teknik menulis dengan betul terutama menulis berita. “Kewartawanan sukan” sememangnya telah lama bertapak di negara barat terutama di United Kingdon dan Amerika Syarikat malahan di Amerika Syarikat sahaja terdapat beberapa institusi yang menawarkan program pengajian yang khusus kepada kewartawanan sukan. Di Malaysia, “kewartawanan sukan”

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    15 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us