(05 JULAI 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Kes Baharu COVID-19

(05 JULAI 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Kes Baharu COVID-19

Kenyataan Media JPBN Bil 186/2021 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK KENYATAAN MEDIA (05 JULAI 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Kes Baharu COVID-19. Hari ini terdapat 424 kes baharu COVID-19 dikesan. Sejumlah 318 atau 75 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di lima (5) buah daerah iaitu di Daerah Miri, Kuching, Telang Usan, Meradong dan Sibu. Hari ini, daerah Miri merekodkan sebanyak 120 kes positif COVID-19. Sebanyak 113 kes atau 94.17 peratus adalah kes yang dikesan melalui saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja di sebuah kilang papan lapis di Kuala Baram, Miri. Daripada 113 kes tersebut, 107 adalah terdiri daripada bukan warganegara (BWN) dan enam (6) adalah warganegara Malaysia (Sarawak). Kuarters pekerja kilang tersebut telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 01 hingga 15 Julai 2021 yang melibatkan kira-kira 210 orang penduduk bagi tujuan mengekang perebakan jangkitan. Kluster Industri 121, Kuala Baram yang melibatkan kes- kes dari kilang tersebut juga telah diisytiharkan. 1 Kenyataan Media JPBN Bil 186/2021 Notis perintah tutup premis selama 14 hari, iaitu dari 05 hingga 19 Julai 2021, dan kompaun berjumlah RM10,000 telah dikeluarkan kepada pengurusan kilang tersebut atas kesalahan gagal memastikan bilangan pekerja <50% mengikut kebenaran yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED Sarawak). Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Miri (120), Kuching (92), Telang Usan (40), Meradong (34), Sibu (32), Sri Aman (19), Kanowit (14), Selangau (8), Bintulu (8), Sarikei (7), Mukah (7), Bau (7), Tatau (6), Kabong (5), Bukit Mabong (5), Subis (4), Samarahan (4), Kapit (3), Serian (3), Lundu (2), Julau (1), Belaga (1), Song (1) dan Saratok (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 66,985. Daripada 424 kes baharu yang dilaporkan, seramai 22 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, seramai 380 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada: • 238 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (kes tidak bergejala); • 140 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (7 kes bergejala); 2 Kenyataan Media JPBN Bil 186/2021 • 29 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (kes tidak bergejala); • 15 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan; • 2 kes melibatkan individu yang balik dari luar negara (Import A) iaitu dari Taiwan (kes tidak bergejala). B. Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di PKRC. Hari ini terdapat 322 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu: • 83 kes dari Hospital Umum Sarawak dan PKRC di bawah Hospital Umum Sarawak; • 61 kes dari Hospital Sibu dan PKRC di di bawah Hospital Sibu; • 53 kes dari Hospital Bintulu dan PKRC di bawah Hospital Bintulu; • 52 kes dari Hospital Miri dan PKRC di bawah Hospital Miri; • 24 kes dari Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei; • 17 kes dari PKRC Betong; • 10 kes dari Hospital Sri Aman dan PKRC Sri Aman; • 8 kes dari PKRC Mukah; • 7 kes dari Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit; dan • 7 kes dari PKRC Serian. 3 Kenyataan Media JPBN Bil 186/2021 Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 56,374 orang atau 84.16% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak. Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 10,037 orang. C. Kluster Baharu [Tiga (3) Baharu]. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga (3) kluster baharu iaitu Kluster Sungai Sebetan, Saratok, Kluster Sega, Bau Dan Kluster Industri 121 Kuala Baram, Miri. Ringkasan kluster-kluster tersebut adalah seperti berikut: I. Kluster Sungai Sebetan, Saratok Kluster Sungai Sebetan merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah persendirian dan sebuah rumah panjang yang terletak di Batu 5, Jalan Engkudu- Peligong, Sungai Sebetan, Saratok. Sejumlah 101 individu telah disaring di mana: • 45 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 55 kes didapati negatif; dan • 1 kes masih menunggu keputusan makmal. 4 Kenyataan Media JPBN Bil 186/2021 Kesemua kes positif COVID-19 ini telah telah dimasukkan ke Hospital Saratok, Hospital Betong dan PKRC di daerah Betong bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. II. Kluster Sega, Bau Kluster Sega merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa buah keluarga dari rumah yang berlainan di Kampung Sega, kawasan Serumbu, Bau Sejumlah 61 individu telah disaring di mana: • 17 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 28 kes didapati negatif; dan • 16 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. III. Kluster Industri 121 Kuala Baram, Miri Kluster Industri 121 Kuala Baram merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan kuarters pekerja sebuah kilang papan lapis di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Baram, Miri Sejumlah 221 individu telah disaring di mana: 5 Kenyataan Media JPBN Bil 186/2021 • 132 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks melibatkan 125 Bukan Warganegara dan enam (6) warganegara (Sarawak); • 60 kes didapati negatif; dan • 29 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Miri dan PKRC di daerah Miri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. D. Kluster Tamat [Dua (2) Kluster Tamat]. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini iaitu: i. Kluster Hulu Spaoh, Betong. ii. Kluster Jalan Airport, Miri. E. Kluster Yang Masih Aktif. Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 98 kluster. Sebanyak 12 kluster aktif yang telah merekodkan 238 penambahan kes baharu manakala 86 kluster tidak merekodkan penambahan kes. 6 Kenyataan Media JPBN Bil 186/2021 F. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak. Hari ini, daerah Kabong telah bertukar ke status Jingga daripada status Kuning setelah merekodkan sebanyak 24 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga meningkat kepada tiga (3) daerah. Daerah Tanjung Manis pula telah bertukar ke status Kuning daripada status Merah setelah merekodkan hanya 15 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Jumlah daerah berstatus Kuning sebanyak sepuluh (10) daerah dan jumlah daerah berstatus Merah telah berkurang kepada 26 daerah. Manakala, satu (1) daerah kekal berstatus Hijau. 2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 42 kompaun di daerah Kuching (25), Miri (5), Sibu (5), Bintulu (4), Serian (1), Padawan (1) dan Lawas (1) kerana telah melanggar SOP seperti berikut: i. Tiada penjarakan fizikal (11) ii. Penumpang melebihi had yang dibenarkan (10) iii. Melakukan aktiviti yang dilarang (6) iv. Berkumpul di tempat awam (5) v. Berada ditempat awam selepas jam 10 malam tanpa alasan munasabah (4) vi. Gagal mengimbas MySejahtera (3) 7 Kenyataan Media JPBN Bil 186/2021 vii. Tidak memakai pelitup muka (2) viii. Rentas daerah tanpa permit (1) Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 8,810 kompaun. Manakala, pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan sepuluh (10) kompaun di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Bintulu (4), MD Bau (3), MD Sarikei (2) dan MP Kota Samarahan (1) atas kesalahan melanggar SOP seperti berikut: i. Tidak mengemaskini buku daftar/buku daftar tidak lengkap (6) ii. Tidak mengimbas MySejahtera (2) iii. Tidak menyediakan kod QR MySejahtera (1) iv. Tidak menyediakan hand sanitizer (1) Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 01 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,234 kompaun. 8 Kenyataan Media JPBN Bil 186/2021 3. KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah membuat keputusan berikut: A. Pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bagi: i. Bilik Sewa Atas Kedai Lau Hoi Chew, Parkcity Commercial Centre, Bintulu (04 hingga 17 Julai 2021) ii. Bilik Sewa Atas Kedai V-12, Assyakirin Commercial Centre, Bintulu (04 hingga 18 Julai 2021) iii. Rh. Kunjang Sembayang Ban, Tanjung Bijat, Sri Aman (05 hingga 18 Julai 2021) iv. Rh. Dunggau, Mendas, Saratok (06 hingga 19 Julai 2021) v. Rh. Tapoi, Sungai Setajam, Sarikei (06 hingga 22 Julai 2021) B. Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bagi: i. Kuarters Pekerja Balingian Power Generation (BPG), Jalan Sibu- Mukah, Mukah (07 hingga 14 Julai 2021) ii. Rh. John, Sg Minus Jakar, Sarikei (07 hingga 08 Jun 2021) iii. Rh. Edmund, Sg. Baji, Sarikei (08 hingga 09 Julai 2021) C. Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bagi: i. Rh. Sandai, Sungai Mapai, Kanowit (06 Julai 2021) 9 Kenyataan Media JPBN Bil 186/2021 ii. Rh. Salim anak Unang, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu (06 Julai 2021) iii. Rh. Judy anak Kudi, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu (06 Julai 2021) iv. Rh. Mathew anak Merang, Sungai

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    26 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us