'Tsunami Cina' Malaysian Insider July 9 , 2013 Oleh Yiswaree Palansa

'Tsunami Cina' Malaysian Insider July 9 , 2013 Oleh Yiswaree Palansa

Pemimpin komponen BN tak sekata keputusan PRU13 sebagai ‘tsunami Cina’ Malaysian Insider July 9 , 2013 Oleh Yiswaree Palansamy dan Jennifer Gomez Kunci untuk mengkaji keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menggambarkan hanya orang Cina mengundi pembangkang hingga mendominasi undi popular. Itu yang digembar-gembur media arus perdana terhadap masyarakat Cina yang digelar mereka sebagai mengkhianati Barisan Nasional (BN). Akan tetapi, apakah ahli parti komponen BN bersetuju? Benarkah ada tsunami Cina atau tidak? Tentulah ada dan apa salahnya ungkapan itu," tanya Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum cepat-cepat menyatakan mereka tiada niat jahat sebalik ungkapan itu. "Benar, orang Melayu dan India juga undi pembangkang tapi ia tidak seketara orang Cina. "Dalam sesetengah kawasan, hingga 96 peratus orang Cina mengundi pembangkang," katanya pada forum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menyimpulkan kegagalan BN akibat tindak balas pengundi bandar, bukannya tsunami Cina. Kata Rahman, makna tsunami ialah sesuatu perubahan yang besar dengan merujuk bencana di Banda Aceh sebagai contoh dan menganggap ia berlaku dalam perubahan undi Cina. Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin juga percaya ia sememangnya tsunami Cina terutama di lokasi tertentu, hasil kempen intensif pembangkang dan isu yang mereka canang. Namun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup mengakui tiada adil untuk mengatakan ia tsunami Cina kerana bukan undi Cina sahaja beralih ke pembangkang Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abd Rahim Bakri yang juga Ahli Parlimen Kudat juga menyifatkan keputusan PRU13 sebagai tsunami Malaysia. "Bukan tsunami Cina," katanya yang mengakui sebahagian rakyat terus bersama BN walaupun tidak gembira dengan beberapa isu. Ahli Parlimen Mambong, Datuk Dr James Dawos Mamit, pula menyatrakan tidak adil untuk menyatakan keputusan PRU13 sebagai tsunami mana-mana kaum. "Ia undi rakyat untuk perubahan," katanya. - 9 Julai, 2013. Hakcipta © 2013 The Malaysian Insider Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-komponen-bn-tak-sekata-ke putusan-pru13-sebagai-tsunami-cina/ .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us