MELAYU KEMANA 2 June 18, 2010 Chedet.Co.Cc Sebenarnya Tidak Ada Apa-Apa, Itu Hanya Untuk Menakutkan Orang Melayu Sahaja Kerana T

MELAYU KEMANA 2 June 18, 2010 Chedet.Co.Cc Sebenarnya Tidak Ada Apa-Apa, Itu Hanya Untuk Menakutkan Orang Melayu Sahaja Kerana T

MELAYU KEMANA 2 June 18, 2010 chedet.co.cc Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri. "Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya. "Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010). 1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya. 2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti. 3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih. 4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus. 5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar. 6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah. 7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus. 8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus. 9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah. 10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan. 11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar. 12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran. 358 Comments 358 Comments By drnurdinAuthor Profile Page on July 1, 2010 10:53 AM Ahli Akademik dunia naik kerana kecemerlangan ilmiah, penyelidikan dan penulisan ilmiahnya yang memberi sumbangan kepada manusia sejagat. Itulah ahli akademik sebenar. Sebenarnya di Malaysia, ahli akademik ramai yang meningkat kerana kecemerlangan itu. Walaubagaimanapun manusia sudah semakin tamak dan mula mengenepikan nilai-nilai mulia di atas. Apa saja akan dilakukan untuk naik pangkat dan mendapat tempat demi menambah sumber pendapatan. Golongan inilah yang merosakan nama akademik di menara gading hingga terpalit kepada yang lain. Terdapat trend ahli akademik mencipta kontroversi bukan ilmiah (tetapi atas nama ilmiah) untuk mendapat perhatian. Perebutan jawatan pentadbiran sekecil-kecilnya Penyelaras hinggalah jawatan Naib Canselor telah mengenepikan perkiraan nilai akademik yang tinggi. Ataupun membuat pengumuman masuk parti itu ini untuk menarik perhatian disebalik double standard AUKU yang ada. Imbuhan elaun dan mudahnya mendekati pihak berkuasa lebih dipentingkan. Maka jadilah mereka profesor pentadbiran atau profesor mesyuarat. Penyeliaan pelajar sudah berkurang, pengajaran juga dikurangkan dan diambil alih oleh pensyarah yang baru balik dari belajar. Ahli akademik pertengahan akan dipendamkan dan dilambatkan peningkatan. Maka gap antara orang lama dan orang baru semakin luas. Maka terjadilah situasi bahawa tiada pelapis yang sesuai dan terpaksalah mereka diteruskan perkhidmatan sedangkan golongan pertengahan dimatikan peranannya. Semoga kerajaan dapat mengembalikan kegemilangan akademik seperti dahulu berdasarkan merit dan sumbangan ilmiah. Rakyat menjauhkan diri dari kerajaan bukan kerana tidak sukakan pemimpinnya tetapi kerana direndahkan martabatnya oleh pemimpin jabatannya secara berterusan semata-mata kononnya hubungannya yang intim dengan pemimpin negara. Kalau PDRM boleh melaksanakan anggota dan pegawainya membuat kerja hakikinya dijalanan dan meninggalkan pentadbiran dipejabat kenapa ahli akademik tidak boleh menumpukan kepada kerja-kerja ilmiah. By Ir. SyahrizanAuthor Profile Page on July 1, 2010 10:44 AM The Argument: Prof Madya Dr Azmi Sharom is telling us that; 1/3 = 1 Meanwhile, Tun Dr. Mahathir is telling us that; 1/3 = 0.333 (please get a calculator if readers find this math is quite hard to understand) Conclusion: Professor might have skipped the "number division" chapter during his primary school days. So please forgive him. Maybe math is not his strong subject. By mikolaj Author Profile Page on July 1, 2010 10:11 AM salam Tun, Sepatutnya isu bangsa tidak menjadi soal saya rasa, yang sepatutnya dibela adalah golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah. Saya dah bosan mendengar orang bercakap soal hak istimewa melayu, tetapi apa yang orang melayu dapat? Saya bagi contoh, objektif pengambilan UiTM adalah untuk membela nasib anak-anak melayu, sekali dengar memang bagus, tetapi kalau kita jenguk-jenguk di UiTM, rata-rata anak melayu yang masuk UiTM adalah anak golongan aristokrat melayu, anak dato, anak Tan Sri, dan macam-macam lagi. Golongan melayu pertengahan dan miskin berapa ramai sahaja yang ada di UiTM? Jadi jangan terkejutlah kalau orang melayu pertengahan seperti kami ini berasa tidak banyak (bukan TIADA LANGSUNG!) yang kerajaan bantu orang melayu dalam hal seperti ini. Ini merupakan salah satu contoh yang saya tahu sedang dan akan terus berlaku. Pada pendapat saya, sudah tiba masanya kepentingan rakyat berpendapatan rendah diutamakan TANPA mengira kaum. kalau orang cina itu miskin, bantulah mereka. kalau keluarga india ini miskin, bantulah mereka. Itu lebih baik daripada memberi kepada golongan yang tidak layak layak! Bila kegawatan ekonomi berlaku, siapa yang paling merasai kesanya? Tentulah golongan pertengahan dah rendah inilah yang paling teruk. Kegawatan ekonomi langsung tidak mengenal status kaum seseorang itu, yang ia kenal, berapa kukuh kewangan kita. Ketika itu, baru kita sedar yang golongan kaya (baca sangat kaya) tak kira melayu, cina atau indialah yang paling minimum merasai kesannya. Disuruhnya mereka berjimat cermat. Padahal yang "sangat kaya" itu langsung tidak merasai penderitaan rakyat bawahan ini. Harap maaf jika komen saya menyinggung mana-mana pihak. inilah realiti yang rakyat bawahan rasakan. "Hak Istimewa Rakyat Bawahan"... mungkin ini agak radikal, tetapi inilah yang dinantikan rakyat sebenarnya. By sitinurAuthor Profile Page on July 1, 2010 3:17 AM Asalamualaikum... ini pendapat saya jer lah bapak ek...kenapa org melayu ramai yg tak mendaftar utk mengundi....kes saya sbb dah malas dah nak menyokong melayu sbb masa mengundi kan main lg tabur janji...parti lain beria2 nolong bangsa deme....melayu bila kat atas luper diri mcm m'sia negara dia sorang...pastu dah tau takder sambutan dr melayu pn masih tak sedor kediri nak tarik melayu balik bergabung sama... nak salahkan yg marhain jugak...dah yg marhain nengok takder perkembangan apalagi pembangunan yg diwar2kan tak nampak jelas nak nyokong mende....naper masa zaman bapak tak payah yg marhain di ajak2 tapi totap nyokong bapak...sbb hati yakin dan percaya... ini cakap jer cakap jadinya ntah biler...dengar boleh.....takat dengar jerlah..... By amidalaAuthor Profile Page on June 30, 2010 7:42 PM salam... kpd: M. Effendy A. Hamid mungkin saja tokoh terkenal di negara jiran itu menegur masyarakatnya agar jangan senasib seperti minoriti Melayu di Singapura....kerana sememangnya Singapura itu dulunya sebahagian dprd negara jiran itu, maka Melayunya juga dulunya sebahagian dari Melayu negara jiran itu...juga mungkin kerana dari negara jiran itu juga lah asalnya dtg sebahagian Melayu Singapura itu By enciklatifAuthor Profile Page on June 30, 2010 6:06 PM Salam Tun, Rumpun Melayu selalu jatuh dek kerana adanya pengkhianat, pendengki, pengampu dsb sepertimana Si Kitol & Raja Mendeliar seperti yang dikatakan oleh Tun. By samuraimelayuAuthor Profile Page on June 30, 2010 1:31 PM SALAM KASIH DAN SAYANG AYAHANDA RAKYAT TUN IZINKAN, By wajaperak on June 29, 2010 4:18 PM Assallammualaikumwarahmatullahiwabarokatuh. Para moderator Blog ini Tun punya..ikut suka hati dia lah apa Tun nak tulis atau tak nak bagi orang tulis..Tapi.. Tun membiarkan anti hadith di blognya dan menghalang saya membela Islam..apa ni Tun?? ADIKKU YANG BUDIMAN, SABAR ITU SEPARUH IMAN.. BANYAK JUGA HUJAH DAN LUAHAN OTAK DAN HATI ABG SAMURAIMELAYU DIHALANG TERUTAMANYA MENYENTUH ISU AGAMA. KADANGKALA PERKARA YANG TERSIRAT BIARLAH MENJADI 'REZKI' BAGI YANG MENCARI DAN SEPERTI ADIKKU NYATAKAN 'BLOG INI TUN PUNYA...' MAKANYA KITA KENA HORMATI NYA...SETIAP KEMAHUAN KITA, HANYA ALLAH SWT YANG MENENTUKAN, BEGITU JUGA LAH KEMAHUAN AYAHANDA TUN. PERLULAH KITA

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    159 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us