Anwar Mahu Penjelasan Mengenai Kos Ubahsuai Kediaman Mb Selangor

Anwar Mahu Penjelasan Mengenai Kos Ubahsuai Kediaman Mb Selangor

03 DEC 1997 Anwar-Kediaman ANWAR MAHU PENJELASAN MENGENAI KOS UBAHSUAI KEDIAMAN MB SELANGOR LANGKAWI, 3 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau akan mendapatkan penjelasan berhubung kos sebanyak RM5 juta bagi pengubahsuaian kediaman rasmi Menteri Besar Selangor. " Saya baru baca (laporan akhbar)...saya akan dapatkan maklumat daripada Menteri Besar (Datuk Abu Hassan Omar) dan penjelasan beliau dan kemudian saya akan bagi keterangan selepas itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Galeria Perdana yang menyimpan koleksi cenderamata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Kilim dekat sini. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau cuma mengetahuinya selepas membaca laporan akhbar hari ini dan tidak diberitahu mengenai perkara itu. "Elok saya tanya Menteri Besar dahulu sebelum membuat apa-apa komen", kata Anwar yang meluangkan kira-kira setengah jam melawat Galeria Perdana bersama-sama isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Turut sama melawat Galeria Perdana ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Pembangunan Negara dan Perpaduan Masyarakat Datin Paduka Hajah Zaleha Ismail. Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini menyebut kerajaan Selangor membelanjakan RM5 juta untuk mengubahsuai kediaman Menteri Besar di Bukit Megawati, Shah Alam. Laporan itu memetik anggota Exco Kanan kerajaaan negeri Datuk Zainal Dahlan yang memberitahu Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa pengubahsuaian itu menggunakan peruntukan di bawah Jabatan Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Ia dibuat selepas mendapat cadangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan diluluskan dalam mesyuarat Exco Kerajaan. Menurut laporan itu, kediaman rasmi yang dibina pada 1974 itu didiami oleh Datuk Hormat Rafie sehingga 1982 sebelum didiami oleh Datuk Ahmad Razali Mohamad Ali (1982-1986) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (1986 hingga April 1997). -- BERNAMA NH NMO .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us