Penyata Rasmi

Penyata Rasmi

Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PENYATA RASMI 6 OGOS 2018 (ISNIN) Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG 1 MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 06 OGOS 2018 (ISNIN) Kandungan Muka Surat Kehadiran Ahli Yang Berhormat 4 - 5 PENGUMUMAN OLEH YANG DI-PERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI SOALAN-SOALAN LISAN Soalan No. 1 – Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) 6 Soalan No. 2 – Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) 7 Soalan No. 3 – Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) 12 Soalan No. 4 – Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) 15 Soalan No. 5 – Ahli Kawasan Batu Lanchang (YB. Ong Ah Teong) 9 Soalan No. 6 – Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) 20 Soalan No. 7 – Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) 21 PERBAHASAN USUL UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA T.Y.T. YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG Usul Daripada Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) 23 Usul sokongan daripada Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin 31 Nasution Bin Ismail) DEWAN DITANGGUHKAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA PENGUMUMAN MELANJUTKAN MASA PERSIDANGAN OLEH YAB. 40 KETUA MENTERI DI BAWAH PERATURAN 6A(1) SESI PERBAHASAN DISAMBUNG SEMULA Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) 41 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng) mengambil bahagian dalam 55 sesi perbahasan. 2 Kandungan Muka Surat Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) mengambil bahagian 60 dalam sesi perbahasan. Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) mengambil 68 bahagian dalam sesi perbahasan. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) mengambil bahagian 77 dalam sesi perbahasan. PENGUMUMAN OLEH TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN 82 DEWAN DITANGGUHKAN 3 LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS Tarikh : 06 OGOS 2018 (ISNIN) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR Bil. Nama Ahli Kawasan 1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota 3. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai 4. YB. Chong Eng Padang Lalang 5. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 6. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 7. YB. Dr. Afif bin Bahardin Seberang Jaya 8. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga 9. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Hussain Batu Maung 10. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 11. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal 12. YB. Teh Lai Heng KOMTAR 13. YB. Lim Guan Eng Air Putih 14. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 15. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk 16. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga 17. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 18. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam 19. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar 20. YB. Satees a/l Muniandy Bagan Dalam 21. YB. Heng Lee Lee Berapit 22. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah 23. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun 4 Bil. Nama Ahli Kawasan 24. YB. H'ng Mooi Lye Jawi 25. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP. DUN/Sungai Bakap 26. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh 27. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus 28. YB. Gooi Zi Sen Pengkalan Kota 29. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang 30. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima 31. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam 32. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban 33. YB. Dato' Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak 34. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas 35. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong 36. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang 37. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir 38. YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua 39. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan 40. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga TIDAK HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Timbalan Ketua Menteri I / Pinang Abd. Rahman Tunggal AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 2. YB. Dato' Anas Bin Ahmad Zakie Penasihat Undang–Undang Negeri 3. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri 5 Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi. Setiausaha Dewan: Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bacaan doa. Timbalan Setiausaha Dewan: Bacaan Doa. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Setiausaha Dewan: Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada sesi ini Dewan akan menimbangkan 79 Soalan Lisan, 581 Soalan Bertulis, 1 Rang Undang-Undang dan 7 Usul. Mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai. Setiausaha Dewan: Pembentangan risalah. YAB. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya pohon membentangkan di atas meja Dewan, Risalah Bilangan 1 dan 2 Tahun 2018 sepertimana yang tersenarai dalam Susunan Urusan Mesyuarat. Setiausaha Dewan: Soalan-soalan. Soalan Bertulis. YAB. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis telah diletakkan di atas meja ahli yang bertanya selaras dengan Subperaturan 15(1)(h) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi. Setiausaha Dewan: Soalan lisan. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Ahli-Ahli Yang Berhormat, sesi soalan lisan bermula. Ingin saya persilakan Yang Berhormat Kebun Bunga. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee): Dengan izin, Yang di-Pertua Speaker. Soalan saya, nombor 1. No. 1. Adakah Detailed Environment Impact Assessment telah dibuat oleh Kerajaan Negeri mengenai PTMP (Penang Transport Master Plan)?” YAB. Ketua Menteri : Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia. Untuk menjawab soalan pertama berhubung dengan detail Environmental Impact Assessment yang dibuat oleh Kerajaan Negeri mengenai Penang Transport Master Plan. Tiga (3) komponen utama dalam Fasa Pertama pelaksanaan Penang Transport Master Plan adalah Projek Bayan Lepas, Light Rail Transit. Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 dan Projek- Projek Jalan Utama dan Terowong. Kerajaan Negeri telah mengemukakan Laporan EIA (Jadual Kedua) bagi komponen-komponen kepada Jabatan Alam Sekitar untuk pertimbangan kelulusan. Laporan EIA untuk projek Jalan-Jalan Utama, telah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar pada 7 haribulan November tahun 2017. Laporan EIA bagi Projek Lebuhraya Pan Island Link 1, telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar pada 7 haribulan Mei tahun ini. Pada ketika ini, pihak Jabatan Alam Sekitar dalam proses pameran awam, Laporan EIA bermula pada 11 Julai sehingga 10 Ogos. Bagi Projek Bayan Lepas (LRT), Laporan EIA telah dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar pada 31 Mei tahun 2017, dan Kerajaan Negeri masih menunggu perkembangan lanjut 6 mengenai keputusan Jabatan Alam Sekitar bagi projek berkenaan. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Terima kasih. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee): Yang Amat Berhormat, kalau boleh saya minta penjelasan sikit. Tadi Yang Amat Berhormat ada memberitahu Dewan ini bahawa EIA, detail EIA telah dilakukan berkenaan dengan beberapa projek utama iaitu Bayan Lepas (LRT) dan lagi satu PIL 1 dan juga termasuk Jalan-Jalan Utama dan Terowong. Soalan saya ialah nak penjelasan ialah sama ada itu EIA, detail EIA ada dilakukan oleh pihak kerajaan atau oleh satu consultant yang bebas? YAB. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Kebun Bunga atas soalan tambahan. Sebelum menjawab pembetulan, Yang Berhormat kata EIA bagi terowong. Dalam jawapan cuma bagi jalan-jalan utama sahaja. Tidak masuk terowong yang masih dalam peringkat feasibility study. Laporan-laporan EIA ini bagi jalan- jalan utama dilantik oleh pihak syarikat, tetapi dibayar oleh pihak Kerajaan Negeri setelah siapnya laporan ini. Manakala bagi Pan Island Link dan juga LRT, ianya adalah tanggungjawab syarikat konsessi atau project delivery partners yang dilantik di mana mereka melantik juruperunding EIA, untuk menyiapkan laporan bagi tujuan mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar. Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor): Soalan tambahan. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Sila. Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor): Laporan EIA adalah merupakan satu hal yang penting dalam kita melaksanakan projek untuk menepati pembangunan mampan sustain development...(dengan izin). Jadi, apa yang saya ingin bangkitkan di sini dan persoalkan adalah berkaitan dengan public hearing ataupun pameran awam yang saya rasa tidak, tidak mencukupi dari segi hebahan dan publisiti. Ada pihak yang tak, tak dapat, tak tau tempat di mana public hearing dibuat, pameran awam ini dibuat untuk EIA. Jadi, saya ingin penjelasan jika terdapat banyak bantahan daripada pihak awam, adakah projek ini akan diteruskan kalau terlalu banyak bantahan daripada pihak public ataupun masyarakat awam berkaitan dengan projek PIL 1 dan juga lebuh raya yang terlibat dan juga LRT. Adakah akan diteruskan jika terdapat banyak bantahan awam? Soalan kedua, berkaitan dengan peranan Jabatan Alam Sekitar dan juga peranan pihak-pihak kementerian yang terlibat, jika EIA

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    82 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us