Dewan Negara

Dewan Negara

Bil. 13 Rabu 11 Julai 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 (Halaman 20) USUL: Menangguhkan Mesyuarat di Bawah P.M. 15(3) (Halaman 67) UCAPAN PENANGGUHAN: Pendaftaran Sijil Kelahiran Anak Tak Sah Taraf -YB Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Halaman 68) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DN 11.7.2012 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 7. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 8. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Timbalan Menteri Luar Negeri I 9. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Timbalan Menteri Kewangan I 10. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak) 11. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik) 12. “ Dato’ Boon Som a/l Inong (Dilantik) 13. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik) 14. “ Tuan Chiew Lian Keng (Dilantik) 15. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik) 16. “ Datuk Chiw Tiang Chai (Dilantik) 17. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak) 18. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) – Timbalan Menteri Kewangan II 19. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik) 20. “ Tuan Gan Ping Sieu (Dilantik) – Timbalan Menteri Belia dan Sukan II 21. “ Datuk Heng Seai Kie (Perak) – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 22. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 23. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 24. “ Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh (Dilantik) 25. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan) 26. “ Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya (Sabah) 27. “ Puan Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 28. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor) 29. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 30. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka) 31. “ Tuan Lihan Jok (Sarawak) 32. “ Dato’ Lim Nget Yoon (Pahang) ii DN 11.7.2012 33. Yang Berhormat Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz – Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II 34. “ Datuk Maijol Mahap (Sabah) 35. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik) 36. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 37. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Timbalan Menteri Sumber Manusia 38. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik) 39. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan) 40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis) 41. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah) 42. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik) 43. “ Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai (Dilantik) 44. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik) 45. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik) 46. “ Datuk Seri G. Palanivel (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 47. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik) 48. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik) 49. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 50. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah (Dilantik) 51. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor) 52. “ Puan Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu) 53. “ Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang) 54. “ Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal (Dilantik) 55. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka) 56. “ Tuan Saiful Izham bin Ramli (Kedah) 57. “ Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam (Dilantik) 58. ” Dato’ Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik) 59. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor) 60. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang) 61. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Dilantik) 62. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu) DN 11.7.2012 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Dato’ Ngah Senik Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani bin Haji Sulaiman Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Che Seman bin Pa Chik PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI ( HANSARD ) Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Saipul Rizal bin Wahid Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad Hazwani Zarifah binti Anas Mohd. Zaidi bin Mahmood DN 11.7.2012 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA Rabu, 11 Julai 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Soalan No. 1 – YB. Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman tidak hadir] 2. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan, apakah tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap bangunan-bangunan lama yang terbiar dan lusuh di sekitar Kuala Lumpur, dan adakah DBKL tidak bercadang untuk menjadikannya sebagai satu tarikan pelancong seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang berjaya mengubah bangunan-bangunan terbiar sebagai satu tarikan sejarah. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Datuk Saravanan a/l Murugan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedia maklum bahawa terdapat bangunan-bangunan lama yang terbiar dan lusuh di sekitar Kuala Lumpur. Memandangkan bangunan-bangunan ini mempunyai daya tarikan kepada pelancong di samping memberikan identiti dan karakter terhadap reka bentuk Kuala Lumpur, maka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil beberapa inisiatif seperti berikut: (i) menaik taraf persekitaran kawasan yang mempunyai bangunan- bangunan tersebut; (ii) memberi notis kepada pemilik-pemilik bangunan melalui Jabatan Reka Bentuk dan Bangunan agar menyelenggarakan serta menjaga premis-premis mereka supaya berada di dalam keadaan yang baik; (iii) mengadakan program mengecat semula bangunan-bangunan yang dikenal pasti dan program ini dirangka dengan kerjasama syarikat pengeluar cat; dan (iv) mengenal pasti bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan yang terlibat dalam usaha mewujudkan dan membangunkan satu pangkalan data bangunan warisan dan berkarakter. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, selain daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara juga telah membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur manakala Gereja St. Mary Kuala Lumpur telah dibantu dari segi kewangan untuk kerja-kerja baik pulih bumbung. Di samping itu, Jabatan Warisan Negara turut memberi khidmat nasihat dan teknikal kepada beberapa bangunan warisan termasuk Bangunan Masjid Jamek Kuala Lumpur, Bangunan Parlimen, Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Bangunan Mahkamah Syariah. Diharapkan dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk pemilik-pemilik bangunan yang terbiar dan lusuh tetapi mempunyai nilai-nilai warisan dapat menjadi tarikan pelancong di negara ini khususnya di Kuala Lumpur sendiri. Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Terima kasih daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. 2 DN 11.7.2012 Seterusnya saya ingin tahu juga bagaimana respons di kalangan pelancong terhadap bangunan-bangunan yang telah kita kawal selia ini dan yang kedua berkenaan dengan lokasi-lokasi bangunan-bangunan yang telah dikawal selia oleh DBKL sendiri dan kalau tidak boleh dapat secara detail pada hari ini mungkin boleh secara bertulis dan juga dari segi jabatan di dalam DBKL sendiri untuk mengawal selia bangunan-bangunan lama ini supaya ia terus kekal untuk generasi yang akan datang. Terima kasih. Datuk Saravanan a/l Murugan: Tuan Yang di-Pertua, dari segi sambutan daripada pelancong, memang hampir setiap tahun meningkat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah memohon, jika banding dengan Melaka, Melaka telah menerima bantuan kewangan melalui UNESCO tetapi di Kuala Lumpur kita telah mengenal pasti beberapa kawasan ataupun bangunan yang memang layak untuk bantuan peruntukan daripada UNESCO tetapi masih dalam proses dan sekiranya kita layak untuk menerima peruntukan daripada UNESCO, maka kita akan memperbanyakkan program membantu bangunan seperti ini. Walau bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri sedang menggunakan melalui program untuk menaik taraf ataupun membantu bangunan-bangunan yang usang dan tidak menggunakan penguatkuasaan. Terima kasih. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah, apakah persediaan DBKL sebagai menghadapi ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi dan juga hari raya dari segi menyediakan tapak-tapak perniagaan. Ini menjadi satu isu yang sensitif selalunya tiap-tiap tahun apabila tapak-tapak

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    77 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us