Dewan Negara

Dewan Negara

DN 15.12.2011 1 Bil. 20 Khamis 15 Disember 2011 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (Halaman 21) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 36) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2011 DN 15.12.2011 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah) 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik) 4. “ Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik) 5. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 6. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis) 7. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) –Timbalan Menteri Luar Negeri I 8. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) –Timbalan Menteri Kewangan I 9. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak) 10. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik) 11. “ Tuan Boon Som a/l Inong (Dilantik) 12. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik) 13. “ Tuan Chiew Lian Keng (Dilantik) 14. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik) 15. “ Datuk Chiw Tiang Chai (Dilantik) 16. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak) 17. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) –Timbalan Menteri Kewangan II 18. “ Puan Doris Sophia ak Brodi (Dilantik) 19. “ Datuk Hajah Fatimah binti Hamat (Terengganu) 20. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik) 21. “ Tuan Gan Ping Sieu (Dilantik) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan II 22. “ Datuk Heng Seai Kie (Perak) – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 23. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 24. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 25. “ Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh (Dilantik) 26. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan) 27. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor) 28. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 29. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka) 30. “ Tuan Lihan Jok (Sarawak) 31. “ Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II 32. “ Datuk Maijol Mahap (Sabah) 33. “ Dr. Malasingam a/l Muthukumaru (Dilantik) 34. “ Puan Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik) 35. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) –Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ii DN.15.12.2011 36. Yang Berhormat Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) –Timbalan Menteri Sumber Manusia 37. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik) 38. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan) 39. “ Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik) 40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis) 41. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah) 42. “ Tuan Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik) 43. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan) 44. “ Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff (Pulau Pinang) 45. “ Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai (Dilantik) 46. “ Tuan Ng Fook Heng (Pahang) 47. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik) 48. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik) 49. “ Dato’ G. Palanivel (Dilantik) – Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 50. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik) 51. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik) 52. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 53. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor) 54. “ Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal (Dilantik) 55. “ Datuk Hj. Saat bin Hj. Abu (Melaka) 56. “ Tuan Saiful Izham bin Ramli (Kedah) 57. “ Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil (W. P. Putrajaya) – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 58. “ Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan (Dilantik) 59. " Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam (Dilantik) 60. ” Dato’ Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik) 61. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor) 62. “ Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim (Pulau Pinang) 63. “ Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam (Negeri Sembilan) 64. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Dilantik) 65. “ Puan Hajah Zainun binti A. Bakar (Terengganu) 66. “ Dato’ Zaitun binti Mat (Pahang) DN 15.12.2011 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Dato’ Ngah Senik Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani bin Haji Sulaiman Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Che Seman bin Pachik PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI ( HANSARD ) Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Saipul Rizal bin Wahid Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Ainuddin bin Ahmad Tajuddin Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad Hazwani Zarifah binti Anas DN 15.12.2011 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA Khamis, 15 Disember 2011 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Puan Doris Sophia ak Brodi minta Perdana Menteri menyatakan, pencapaian terkini intipati NKRA yang ke-7 iaitu menangani kos sara hidup yang telah dilancarkan baru- baru ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Doris Brodi kerana bertanya soalan yang memang amat relevan ini. Trend atau kecenderungan kos sara hidup yang terus meningkat, sememangnya merupakan satu fenomena sedunia yang melanda hampir semua negara. Ia adalah akibat daripada beberapa faktor seperti kenaikan harga minyak mentah, disebabkan oleh perang, kenaikan harga makanan, disebabkan oleh malapetaka semula jadi, kawalan pasaran atau sumber tertentu yang dimonopoli dan sebagainya. Berbanding dengan beberapa negara yang lain, peningkatan harga barangan di Malaysia adalah sederhana rendah di mana indeks harga pengguna atau consumer price index adalah di lingkungan 2 peratus setahun. Ini adalah kerana Kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional, sememangnya sangat prihatin terhadap tanggungjawab kita untuk mengawal dengan rapi harga barangan keperluan asas, termasuk makanan supaya meredakan tekanan inflasi terhadap rakyat kita. Di samping itu, kerajaan telah dan sedang memberi banyak subsidi kepada beberapa kategori barangan, bagi tahun 2011, adalah dianggarkan bahawa jumlah subsidi untuk petrol, diesel dan gas cecair termasuk gas makan, berjumlah RM16 bilion yang dapat mengurangkan dan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.90 setiap liter berbanding dengan harga asal RM2.75, setiap tong 14 kilogram gas masak dikekalkan pada RM26.60 berbanding dengan harga asalnya RM48.02. Pelbagai subsidi untuk harga padi, baja dan benih bagi para petani untuk beras, gula, minyak masak, tepung gandum berjumlah RM4 bilion serta pelbagai insentif bagi petani padi dan nelayan berjumlah di lingkungan RM500 juta. Subsidi dan insentif ini memang membantu meringankan beban petani dan nelayan dan juga beban kos makanan bagi rakyat jelata, terutamanya bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah. Subsidi turut diberi untuk pampasan dan pengangkutan udara luar bandar di lingkungan RM450 juta, subsidi kadar elektrik sebanyak RM150 juta, subsidi perbezaan kadar faedah termasuk pinjaman dari bank pembangunan dan bank SME bagi pengusaha kecil dan sederhana lebih daripada RM1.5 bilion. Jumlah besar bagi subsidi-subsidi tersebut dianggarkan melebihi RM22 bilion bagi tahun ini. Ini tidak termasuk program biasiswa institusi pengajian tinggi dan pelbagai bantuan pelajar sekolah yang berjumlah RM7 bilion serta pelbagai jenis bantuan kebajikan bagi keluarga miskin, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan sebagainya, termasuk Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) yang berjumlah RM2 bilion. Di samping itu, National Key Result Area (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan, GTP telah membelanjakan lebih daripada RM400 juta untuk menangani kemiskinan tegar melalui bayaran bantuan dan juga program 1AZAM iaitu memberi pekerjaan dan juga menyokong perniagaan bagi golongan ini. Pelbagai subsidi dan bantuan tersebut disalurkan dan diuruskan oleh beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan. 2 DN.15.12.2011 Selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah memperkenalkan Klinik 1Malaysia di mana bayaran rawatan hanyalah RM1, Kedai Rakyat 1Malaysia dengan harga barangan yang rendah. ■1010 Menu Rakyat 1Malaysia dengan harga makanan yang murah serta Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bersama dengan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Skim Rumah Pertamaku untuk membekalkan lebih banyak lagi rumah mampu beli bagi isi rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pada bulan Julai tahun ini Tuan Yang di-Pertua, Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menjadikan kos sara hidup sebagai National Key Result Area (NKRA) yang ketujuh di bawah Program Transformasi Kerajaan. NKRA ini dipacu oleh sebuah Delivery Task Force (DTF) yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri disertai dan diuruskan bersama

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    126 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us