Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 36 Khamis 16 Oktober 2014 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2015 (Halaman 23) USUL: Anggaran Pembangunan 2015 (Halaman 23) DR 16.10.2014 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Khamis, 16 Oktober 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Seri Reezal Merican [Kepala Batas] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah perkembangan terkini Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) dan sudah berapa ramai anak muda yang terlibat secara holistik dengan penubuhan pusat ini. Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Kepala Batas yang bertanyakan soalan tentang MaGIC ataupun Malaysian Global Innovation & Creativity Centre, dengan izin, dalam Bahasa Melayu ialah Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Presiden Barrack Obama pada 28 April 2014. Ibu pejabat MaGIC ini di Cyberjaya. MaGIC merupakan sebuah agensi yang diwujudkan oleh kerajaan bertujuan untuk memupuk dan membangunkan keusahawanan, khasnya usahawan baru di Malaysia. Sejak penubuhannya, lapan program keusahawanan dikendalikan. Yang pertama, Program Dialog Usahawan yang merupakan satu sesi di mana para usahawan diberikan peluang untuk memberi pendapat-pendapat bernas kepada pihak kerajaan, itu yang pertama. Yang kedua, program GREAT iaitu Gabungan Rakan Entreprenur Aspirasi Terhebat. Diadakan empat hari dan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada 17 September hingga 20 September yang lalu melibatkan usahawan pelbagai agensi seperti SME Bank, UiTM, Perbadanan Nasional Berhad, FAMA, Start Up Malaysia, Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia dan NGO yang lain. Lebih kurang 5,000 orang hadir dalam program yang berkaitan. Yang ketiga, 24 forum dan bengkel yang telah berjaya dikendalikan oleh MaGIC sepanjang tahun ini melibatkan 8,400 orang usahawan daripada 429 buah syarikat baru. Definisi syarikat baru dalam definisi MaGIC ialah syarikat-syarikat dalam lingkungan 24 bulan. Yang keempat, Kem Keusahawanan Sosial. Mengendalikan latihan permulaan kepada 50 orang peserta yang terlibat dalam keusahawanan sosial. Yang kelima, kita akan menghantar 70 orang usahawan daripada 42 syarikat ke Stanford University pada November 2014 ini supaya mereka boleh didedahkan kepada syarikat-syarikat tersohor seperti Google, Facebook dan syarikat-syarikat yang seumpamanya di Amerika. Yang keenam, kewujudan Akademi Start DR 16.10.2014 2 Up MaGIC yang dilancarkan semalam. Seramai 1,000 orang sedang menghadiri kursus di MaGIC - Cyberjaya pada saat dan ketika ini selama lima hari dan di antara perkara-perkara yang mereka pelajari ialah seperti Hari Pelabur dan Hari Kerjaya. Ini adalah untuk membawa usahawan tempatan yang berpotensi ke taraf antarabangsa. Yang ketujuh, pelancaran platform MaGIC Central iaitu pusat platform MaGIC di mana di MaGIC Central di Cyberjaya itu, kita adakan suatu bilik yang boleh mendapat akses segala agensi-agensi yang mengendalikan keusahawanan. Kelapan, seramai 63 orang usahawan baru sedang menyewa ruang pejabat di bangunan MaGIC - Cyberjaya menjadi sebahagian daripada ahli komuniti MaGIC. Terima kasih. Datuk Seri Reezal Merican [Kepala Batas]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan sebentar tadi. Saya nak ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kerajaan, terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mewujudkan MaGIC ini, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre yang sememangnya bersesuaian kerana untuk mewujudkan, bermatlamat untuk membina generasi muda dalam keusahawanan yang mempunyai pertumbuhan tinggi, terutamanya berorientasikan inovasi dan kreativiti. Soalan saya ialah, ada satu lagi outfit yang juga telah ditubuhkan oleh pihak kerajaan and sanctioned by Cabinet iaitulah Yayasan Inovasi Negara yang mempunyai peranan yang hampir sama dan banyak program-program yang telah dilakukan. Antaranya MyIdeas@Youth, MyIdeas@School yang juga dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Apakah terwujudnya kolaborasi di antara MaGIC dengan Yayasan Inovasi Negara ini? Keduanya, adakah MaGIC ini bersifat Cyberjaya centric. Maknanya, hanya berpusat di Cyberjaya sahaja ataupun ada outreach program yang memungkinkan sentuhan-sentuhan MaGIC ini sampai ke laman-laman, kawasan-kawasan pedalaman. Terutamanya bagi membolehkan akses peluang kepada anak-anak muda di luar bandar, termasuk di kawasan saya Kepala Batas mahupun di Sabah dan di Sarawak. Bagi memungkinkan ia lebih merata dan untuk menjadikan sebagaimana yang dihasratkan oleh MaGIC iaitu start up capital of Asia. Terima kasih. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Ya, Yayasan Inovasi Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. MaGIC harapannya akan mempunyai kolaborasi dengan pelbagai pihak dan lagi banyak lagi bagus sebenarnya untuk membina usahawan ini sebagaimana kita ada pelbagai skim pinjaman. Amanah Ikhtiar ada, TEKUN ada, skim mikro kredit ada. ■1010 Ia tidak dianggap bertindih tetapi ia memberikan peluang yang pelbagai. Saya akan memastikan MaGIC di bawah Kementerian Kewangan ini akan pergi ke negeri-negeri. Sebagai contoh GREAT itu, Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat itu, saya akan mengarahkan mereka supaya dilaksanakan bukan hanya di Cyberjaya sebagaimana Yang Berhormat Kepala Batas kata tadi, Cyberjaya Centric. Ia perlu pergi ke negeri-negeri di empat belas buah pusat yang lain dan untuk memastikan usahawan-usahawan di negeri-negeri itu dapat akses kepada MaGIC. DR 16.10.2014 3 MaGIC ini diberi peruntukan yang agak banyak RM50 juta untuk tahun ini dan kita akan memastikan bahawa ia dilaksanakan dengan baik, bukan program-program yang bertumpu hanya di Cyberjaya yang menyebabkan orang-orang bandar sahaja yang mendapat manfaat. Saya juga ingin memaklumkan bahawa kewujudan MaGIC ini bermula daripada 1MET, 1Malaysia Entrepreneur yang kita lakukan dua tahun yang sudah melalui Kementerian Kewangan. Setiap tahun itu lebih kurang 5,000 orang usahawan kita kumpulkan, anak-anak muda kebanyakannya, 70% ialah anak-anak muda dan mereka ini datang daripada pelbagai pelosok negara. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepala Batas yang mengharapkan agar ia sampai macam TEKUN lah, macam Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga, sampai ke pedalaman. Terima kasih atas cadangan itu. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah MaGIC ini mensasarkan inovasi dan juga penglibatan keusahawanan. Jadi soalannya ialah bagaimanakah diukur kejayaan projek ini dan apakah yang berlaku sekarang, MaGIC mengambil alih peranan yang telah ditinggalkan oleh Kementerian Keusahawanan dulu. Terima kasih. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tidak, MaGIC tidak akan mengambil alih peranan itu sebab peranan Kementerian Pembangunan Usahawan diberi kepada 11 buah kementerian di bawah 11 orang Menteri. Jika dulu Kementerian Pembangunan Usahawan hanya di bawah seorang Menteri, tidak dapat mencapai kejayaan. Oleh kerana itu kita bubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan, kita beri 11 orang Menteri jaga. Kalau 11 orang Menteri yang menjaga keusahawanan pun gagal, saya pun tidak tahulah. Kalau kita bagi satu kemungkinan gagal dan telah pun gagal. Jadi kita beri kepada 11 kementerian, sebelas orang Menteri Tuan Yang di-Pertua untuk menjaga pembangunan usahawan ini. Satu lagi hal keusahawanan di MaGIC ini sebagai contoh, apabila Barack Obama dan Dato’ Sri Najib dibawa melihat kepada tiga orang usahawan muda. Apakah contoh keusahawanan yang ditekankan di MaGIC? Seorang anak muda mereka cipta satu perkara yang tidak pernah wujud di dunia ini iaitu sebuah alat semacam jam tangan yang boleh mengukur kandungan gula dalam darah. Apabila kandungan gula dalam darah itu terlalu sedikit dan menyebabkan pengsan, secara automatik alat itu akan mewujudkan penggera kepada waris yang terdekat, supaya waris terdekat tahu di mana suami atau isteri atau anaknya yang sedang menerima kecemasan, yang menghadapi kecemasan itu. Itu satu contoh, tidak pernah ada alat ini dalam dunia. Yang kedua seorang lagi anak muda kita mereka pelbagai reka bentuk kereta elektrik. Negara Jepun menempah lima puluh buah kereta elektrik daripada beliau ini. Selalu Malaysia yang beli kereta Jepun, yang ini Jepun membeli kereta Malaysia. Itu usahawan yang kedua. Yang ketiga seorang anak muda wanita. Apa yang dia buat ialah menyediakan suatu software untuk taklimat, presentation yang pelbagai kaedah. Pie chart, bar chart, 3D dan segala jenis bentuk, apabila kita masukkan segala data kalau kita ingin dalam bentuk pie chart, ia akan keluar dan segala yang menarik daripada software itu. Suatu yang tidak ditunjukkan tetapi saya juga ingin menyatakan di sini suatu alat kecil yang disediakan oleh dua orang anak muda. Apakah alat itu? Boleh menuras air yang kotor dan dalam alat yang kecil itu juga terus DR 16.10.2014 4 membunuh kuman, air itu boleh diminum. Ini di antara contoh-contoh yang dikeluarkan di MaGIC dan kita akan meneruskan usaha-usaha seumpama ini supaya perkara itu boleh dikomersialkan di peringkat antarabangsa dan khususnya di peringkat domestik. Terima kasih.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    100 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us